BAB 2

224 13 0
                                    

"Aryan, tunggu." Faizal terus mengejar Aryan. Namun Aryan sudah menghilang ke dalam tandas. Faizal turut masuk namun kelibat Aryan tiada. Faizal keluar dari tandas. Menunggu Aryan di luar.

"Aryan." Faizal terlihat kelibat orang yang ditunggunya keluar. Dia terus mengejar.

Dia menunggu di luar tandas semata-mata mahu meminta maaf. Namun Aryan terus melangkah laju menuju ke kereta.

Aryan terus menuju ke pintu kereta. Cukuplah tadi dia izinkan Faizal yang memandu keretanya. Sekarang biarlah dia yang memandu hingga sampai ke Kuala Lumpur. Sakit hati melihat Faizal saat ini tidak boleh dibendung.

"Jangan drive waktu marah. Biar aku drive sampai KL." Faizal menahan Aryan daripada membuka pintu kereta.

"Kenapa sampai Johor baru kau bagi tau aku yang Lily tu bakal tunang kau? Diam-diam kau dengan Lily bercinta. Padahal kau tau Lily tu awek aku." Aryan luahkan juga perasaan marahnya.

Semasa majlis pertunangan Faizal tadi, dia terkejut dengan kehadiran Lily sebagai tunang Faizal. Namun ditahan marahnya kerana hormatkan majlis. Kalau ikutkan hatinya memang Faizal kena belasah sampai lunyai.

"Maafkan aku... Kami... Kami..."

"Kau pun bodoh sangat ajak aku ikut kenapa? Apa alasan Lily reject aku?" Masuk kali ini sudah tiga kali cintanya tidak kesampaian. Mujur hatinya belum cinta mati kepada Lily. Kalau tidak memang payah untuk melupakan.

"Kau... Kau... Kau cantik sangat," jawab Faizal perlahan. Dia tahu Aryan marah sebab itu dia ikut Aryan pulang ke Kuala Lumpur. Sangkanya Aryan akan mengamuk di dalam kereta. Sepanjang perjalanan dari Johor, Aryan hanya diam. Bercakap saat menyuruhnya ganti memandu.

Aryan terdiam. Hatinya memang sakit saat ini. Sakit dicucuk ratusan jarum yang tajam. Matanya tidak mampu melihat Faizal. Dihalakan pandangan ke arah lain. Kelihatan seorang gadis sedang berjalan dengan senyuman terukir. Tenang sedikit hatinya melihat senyuman itu. Baru dia perasan gadis itu adalah pemandu kereta yang terparkir di sebelahnya tadi. Matanya mengekori gadis itu hingga ke kereta.

"Aryan."

"Diam. Aku tak nak cakap dengan kau." Aryan memerhatikan kereta yang dinaiki gadis itu keluar dari petak parkir.

Kemudian sebuah kereta Mercedes dan BMW masuk ke dalam parking bersebelahan kereta mereka. Aryan kenal pemandu kereta-kereta tersebut. Seorang lelaki memakai baju Melayu berwarna biru keluar dari perut BMW. Dan seorang lelaki lagi keluar dan hanya berdiri melihat mereka.

"Aku ingat salah sorang dari korang dah mati dah. Faizal, kau ikut Akid. Aku naik dengan Aryan." Thoriq menarik tubuh Faizal agar menjauhi Aryan.

Mulanya Faizal enggan namun melihat muka serius Thoriq, dia ikutkan sahaja. Aryan mungkin sedikit degil tapi masih punya timbang rasa. Thoriq kalau marah memang tiada kata-kata terluah. Hanya penumbuk atau penyepak yang akan singgah. Perlahan Faizal menjauhi Thoriq dan Aryan.

"Kau drive." Akid mengarahkan Faizal memandu. Dia memberi isyarat kepada pemandu kereta Mercedes tadi untuk meneruskan perjalanan. Kali ini dia akan sekolahkan Faizal. Berani dia buat onar. Akid memberi isyarat kepada Thoriq.

"Kau drive," arah Thoriq kepada Aryan. Aryan angguk.

Mereka berempat berpakat untuk mengikut Faizal dan keluarganya dengan memandu kereta masing-masing. Rancangan asal dia mahu pulang menziarahi neneknya di Melaka. Namun sebaik melihat tunang Faizal, dia batalkan niatnya. Dia pasti perang besar bakal terjadi.

"Salah aku ke rupa aku cantik macam perempuan? Termasuk Lily dah tiga orang perempuan reject aku sebab cantik sangat." Aryan mula berbicara sebaik sahaja mereka keluar dari kawasan R&R.

HERO JELITA - AEIN DHIYAUDDINWhere stories live. Discover now