Waktu pulang,aku balik keseorangan. Menunggu kedatangan ayah untuk menjemputku pulang ke rumah.
Aku menceritakan segalanya tentang kawan ketigaku. Iaitu Leidya. Perbuatannya dan kelakuannya juga aku cerita. Memang gembira dan bahagia.
Aku naik ke bilik dan merehatkan diri sebentar. Senyumanku juga tidak hilang lagi. Tiba tiba fikiranku melayang memikirkan dua orang kawanku. Kalau di biarkan begini tak boleh juga.
Aku melupakan semua perkara itu dan membersihkan diri.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di dalam kelas
Seperti biasa,aku membaca buku sambil menunggu mereka. Beberapa minit,aku sudah tidak menentu. Memikirkan apa yang akan aku cakap untuk meminta maaf?
Bagaimana?
Aku mendengar bunyi tapak kaki melangkah masuk ke dalam kelas. Aku menoleh dan jantungku mula berdegup pantas. Aku memberikan senyuman.
"Erm..Mirza,Syamia. Awak marahkan kita ke?"soalku dengan gagap.
"Taklah. Buat apa nak marah awak. Awak tak ada buat silap pun." Jawab Mirza.
Aku jujurlah..aku suka perangai si Mirza ni. Sebab apa? Sebab dia ni layanlah juga aku. Tapi lagi seorang itu,hanya ingin rapat dengan si Mirza. Aku pernah sekali mimpi aku di tinggalkan kawan sehingga kehilangan mereka.
Bangun je dari tidur,mataku sudah mengalirkan air mata. Aku rasalah kan,aku trauma lah.
Setelah mendengar ayat itu dari mulut Mirza,aku berasa lega. Hilang semua keraguan yang aku fikir.
Sekarang,aku dan mereka mula berkawan seperti selalu.
Dua bulan kemudian.
Peperiksaan hampir tiba. Aku dan kawan kawanku mula mengulangkaji bersama sama. Leidya juga ada untuk belajar bersama. Gelak ketawa juga ada,tapi kurang. Ia membuat group itu tidak sunyi malah menenangkan diri seketika.
"Lusa kita dah mula peperiksaan. Nanti jawab betul betul tau. Saya doakan korang untuk berjaya. Tawakal okay?" Pesan Leidya. Kami mengukir senyuman.
Waktu peperiksaan.
Aku mencari tempat dudukku yang telah ditetapkan. Alat tulis yang aku sediakan aku pegang dan letakkannya di atas mejaku. Aku menarik nafas dan membaca doa penenang hati.
Kelihatan kawan kawanku berada di hadapan sedang menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan yang akan bermula sebentar sahaja lagi.
Guru yang bertugas menulis subjek bahasa melayu dan pada waktu bila ianya akan bermula dan berakhir. Aku melihat jamku. Tepat pukul 1.45,peperiksaan ini akan bermula.
Setelah kertas soalan dan jawapan telah di beri, kami di benarkan menjawab.
2 jam kemudian.
"Korang,tadi macam mana? Okay?" Tanya Leidya. Aku dan Mirza mengangguk dan senyum lega. Tetapi, Syamia tidak kelihatan begitu.
"Syamia? Kenapa?" Tanya Mirza yang sedar dengan kelakuan Syamia.
Dia menggelengkan kepala. "Tadi,karangan..taksempat nak habiskan" katanya layu.
Kami semua menenangkannya untuk bersabar dan tawakal. Jika kita berusaha maka dapatlah keputusan yang bagus.
Kami mengulangkaji bersama pada waktu lapang ini. Subjek seterusnya adalah Pendidikan Seni Visual. Memang subjek ini tidak penting,tapi kami menganggap ianya penting untuk pengetahuan.
Peperiksaan bermula selepas waktu rehat.
Dengan perbuatan yang sama aku lakukan. Baca doa , tenangkan diri. Kemudian jawab seperti biasa. Memang senang nak jawab bila kita dah ulangkaji.
Lima hari kemudian.
Peperiksaan telah pun tamat. Semua berasa gembira dan lega. Namun bagi aku dan kawan kawan tidak. Keputusannya belum di ketahui. Jadi kami masih tidak putus berdoa.
Tapi..ada kelainan. Mirza dan Syamia tidak lagi rapat denganku dan Leidya. Setiap kali aku dan Leidya tiba di sekolah. Mereka mengendahkan aku dan Leidya.
Aku berasa hairan dan sedih. Kerana..kebahagian bersama rakan rakanku hanya palsu dan seketika. Aku menahan dari menangis. Aku cuba untuk itu namun tidak bertahan. Aku luahkannya semua kepada Leidya.
~~~~~~~~~~~~~
Hai readers..sory bab kali ni tak berapa nak panjang. Tapi harap korang enjoylah ngn ceritani. Takdelah seram mana pon.heheh
Yang penting..vote ye kengkawan😙😙😙😙
YOU ARE READING
DENDAM SEORANG KAWAN ✔
General Fiction"Aku buat semua tu hanya untuk balas dendam."-Aqisya Aku memang seorang yang sensitif. Kau buat masalah sikit je dengan aku, aku dah marah dan terasa hati. Tapi tak semestinya kita kene marah dia balik. Kan?