BAB 15

70 9 1
                                    

   "korang jangan pergi mana2 eh! Aku keluar sekejap je!"

  Aku mengeluh lega. Dia cakap dengan si Mirza rupanya. Aku terus mempercepatkan langkah ke kereta. Lantas aku membuka pi tu kereta dan masuk.

  "Nak beritahu siapa ni? Takkan nak jaga rahsia ni seorang."

  Aku mengeluh perlahan. Siapa je yang aku rapat lagi selain Aqisya,kawan aku dari kecil.

  Aku menunggu kereta Aqisya meluncur keluar dari perkarangan rumah banglo kosong ini. Lihat sahaja keretanya keluar pergi terus aku menghidupkan enjin kereta.

  Dengan perlahan aku pergi.

~~~~~~~~~~~~~~~

  No one's pov

 
  Minuman nes ais kegemarannya di sedut. Fikirannya melayang memikirkan kawannya yang sekarang hampir gila. Leidya mengeluh berat. Susah nak pujuk kawannya ini. Dahlah jenis degil.

  Lelaki di depannya hanya memandang wajah Leidya yang sedang susah itu. Lalu di tegurnya.

  "Leidya,cuba kau cerita kat aku apa masalahnya. Dari tadi aku tunggu. Sampai je kat sini kau termenung." Ujarnya.

  Leidya melepaskan keluhan berat lalu memandang lelaki di hadapannya dengan sayu.

  "Huh..aku tak tahu nak cerita macam mana. Tapi,aku harap kau dapat tolong aku. Boleh ke,Akmal?"

  Lelaki itu ataupon yang di gelar sebagai inspektor Akmal itu mengangguk perlahan. Dia memberi reaksi bersedia dengan apa yang akan di beritahu oleh Leidya.

  Leidya menceritakan kembali apa yang berlaku dari awal hingga akhir.
Tapi tak kesemuanya. Leidya hanya menceritakan tentang sifat Aqisya yang sudah berubah hanya di sebabkan cinta.

  Yang dia culik Mirza tu...dia lupakan.

  "Ish..biar betul kawan kau tu. Obses ke?"

  Akmal mengelengkan kepalanya perlahan sambil mata melihat luar restaurant.

  "Aku harap dia akan berubah. Kau boleh tolong aku tak? Kau sorang je yang rapat dengan aku sekarang ni." Rayu Leidya.

  "Mestilah boleh. Aku kan sepupu kau yang baik lagikan hensem"

  Akmal tersengih sengih sambil menjungkitkan kening sebelahnya. Leidya dah buat muka meluat.

  "Kalau boleh..kau tolong aku untuk berhentikan perbuatan dia."

  Leidya tersenyum senget. Akmal pula dah terpinga pinga.

~~~~~~~~~~~~~

Keesokannya~

  Leidya keluar dari kereta dan menguncinya. Pusing belakang terus nampak Aqisya yang sedang menuju ke kawasan universiti. Leidya terus melintas dan menegurnya.

  "Hei! Qisya.." sapa Leidya dengan riang.

  "Hai.."

  Leidya sudah membuat muka pelik.

  "Kenapa kau macam taknak cakap dengan aku je ni"

  Qisya menoleh Leidya sekilas pandang. Dia tersenyum nipis.

  "Cuma malas nak cakap je."

  Leidya hanya menganggukkan kepala. Terus Qisya mempercepatkan jalannya menuju ke kelas. Leidya sudah fikir benda lain.

 DENDAM SEORANG KAWAN ✔Where stories live. Discover now