Bab 17

107 9 1
                                    

Sekarang~

  "Macam tu lah ceritanya."

  Minuman yang terhidang di hadapannya di hirup. Lelaki yang sedang ralat memikirkan masalah itu di pandang.

  "So,sekarang aku tak tahu nak buat macam mana dah. Dia dah melampau. Aku nak jumpa dia."

Kata seorang perempuan itu dengan keyakinan.

  "Tak,jangan. Kita kena buat plan dulu."

  "Okay. Apa plan dia?"

  Lelaki tadi itu merapatkan dirinya. Lalu membisikkan seuatu.

  Terangguk angguk kepala perempuan itu tanda memahami.

  "Tapi,aku dah lama tak nampak dia. Dia menghilang sejak dia ceritakan kenagan pahit dia kat sekolah dulu"

  Riak wajah perempuan itu bertukar sedih. Rindu pada kawannya yang ceria dahulunya,tetapi sekarang menjadi gila. Mungkin kerana kemurungannya yang tidak sempat di rawat.

  "Kita cari dia. Kalau kau dah jumpa dia,kau call aku cepat2 and then aku akan teruskan plan kita" rancang lelaki itu dengan bersungguh sungguh.

  "Okay"

  Perempuan itu tersenyum.

~~~~~~~~~~~~~~~~

  Pintu rumah itu di kuak malas. Kepenatan seharian bekerja di office. Sofa empuk di tujunya lalu menghempaskan dirinya.

  Matanya di pejam memikirkan hal yang di bincangkan tadi.

  "Mana aku nak cari dia"

  Keluhan berat di lepaskan.

  Dia bangun menuju ke biliknya. Lalu laci di di sebelah katilnya itu di buka. Satu buku diary milik kawannya itu diambil.

  Diary itu di ambil selepas Aqisya menghilangkan dirinya hampir tiga minggu. Rumah itu di selongkar untuk mencari pisau yang meragut nyawa Mirza dan Syamia.

  Jadi rumah itu sudahpun di tutup bagi kes siasatan. Diary itu di selak. Tulisan yang hampir hilang itu di baca. Kisah hidup Aqisya yang sangat menyedihkan.

  Lima helai muka surat di selak. Dna menemukan helaian kosong. Hanya lima helai sahaja diary yang di tulis oleh seorang perempuan yang bernasib malang itu.

  Lalu di tutup dan di letakkan kembali dalam laci.

  "Qisya..mana kau pergi?"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 

  Dia sentiasa ada berdekatan namun tiada siapa yang perasan akan itu di sebabkan perubahannya. Rambutnya yang panjang dahulu kini pendek sehingga paras bahu.

  Stylenya juga berbeza. Dahulu selekeh,kini berfesyen. Mask pula sentiasa menutupi hidungnya sehingga bibirnya. Setiap kali ingin keluar dia pasti akan memakai topeng muka itu.

  Kini,rumahnya berada jauh dari rumah dulu. Namun,jiwanya yang jahat dan kejam itu masih belum berubah. Kemarahannya akan di lepaskan dengan cara membunuh.

  Sekarang,masih banyak juga berita tentang pembunuhan. Tetapi sehingga sekarang masih belum mengetahui siapa pembunuhnya. Hanya seorang sahaja yang tahu. Iaitu Aqisya,pembunuh dalam selimut.

  Dia berjalan menuju ke restoran berdekatan rumahnya. Topeng yang sentiasa ada bersama itu di betulkan agar mukanya tidak di ketahui.

  Tingg

  Pintu restoran itu berbunyi setiap kali customer masuk. Kakinya menuju ke satu meja hujung berdekatan tingkap.

  Menu yang sentiasa ada di meja itu di belek. Pelayan yang berdiri di sebelahnya setia menunggu.

 DENDAM SEORANG KAWAN ✔Where stories live. Discover now