Prolog

548 7 0
                                    

12 tahun yang lalu...

Empat orang pelajar lelaki tingkatan satu yang baru sahaja selesai program orientasi sedang melepak di tepi tandas dewan sambil berbual-bual dengan rancak. Maklumlah, teruja apabila pertama kali menjadi warga sekolah menengah. Tambahan pula, sekolah tersebut merupakan sekolah berasrama penuh. Makin seronoklah masing-masing bercerita.

"Amboi, Azad! Bukan main kau punya menyengih! Dari tadi sampai sekarang asyik tayang gigi aje! Kau ada berkenan dengan mana-mana budak perempuan group kau ke?" Shafiq menepuk lembut bahu Azad, mengusik.

"Banyaklah kau! Aku senyum sebab happy duduk dekat sekolah ni. Bukan macam kau, bukan main sweet lagi aku tengok tadi dengan budak perempuan yang nama Hanan tu! Dahlah dapat segroup dengan dia. Macamlah aku tak tahu!" Azad memberi sebuah jelingan kepada Shafiq. Seronok sangat Shafiq tu mengusik orang, padahal dia yang sedang bahagia dilamun cinta.

"Eh, mana ada!" Shafiq menidakkan.

"Bukan nak kata apalah, tapi kan, budak perempuan group kita orang ramailah juga yang cantik. Ada Hanan, ada Isha, Imaniyna dengan Aina. Boleh tahan lawalah..." tambah Aidan yang sekumpulan dengan Shafiq.

"Aku tak kenal lah dia orang yang mana! Amboi kau, bukan main lagi usyar budak perempuan ya? Ni, kalau Abang Ariff dengan Abang Syazril tahu ni, confirm kau kena marah!" Azad mengingatkan Aidan yang merupakan rakannya sejak dari sekolah rendah itu. Mereka telah enam tahun berkawan dan kini mereka meneruskan pelajaran di sekolah menengah yang sama juga.

"Alah, rilekslah! Macam kau tak ada minat dekat siapa-siapa pula!" Aidan memulangkan paku buah keras.

"Mana ada aku minat dekat siapa-siapa!" Bertaut dua kening Azad. Siapa pula yang dimaksudkan oleh Aidan ni?

"Eleh, acah tak tahu pula! Kau crush dekat budak perempuan yang putih melepak dalam group kau tu kan? Kau ingat aku tak tahu ke? Aku perhati aje. Kau duk usyar dia, kan? Lagipun, aku tahu sangatlah taste kau ni perempuan yang baik-baik macam dia kan?" Berdas-das Aidan menyerang Azad. Ternganga Azad dibuatnya.

"Wei, serius tak! Setakat seminggu dekat sini, aku tak ada minat dekat mana-mana budak perempuan lagi wei! Sedap hati engkau aje tuduh aku eh!" Azad membalas kembali. Sudahnya, Shafiq dan Afik terpaksa menanggung sakit telinga.

"Hisy! Apa benda ni bergaduh sebab perempuan! Ingat sikit, senior selalu pesan, jangan cakap pasal perempuan! Apatah lagi bergaduh pasal perempuan!" Afik yang berada di antara mereka berdua menghentikan pergaduhan mulut antara Azad dan Aidan.

"Afik, siapa budak perempuan group kau yang pakai tudung kuning tu?" tanya Aidan tiba-tiba.

Azad dan Shafiq memandang serentak ke arah Aidan. Lain macam aje bunyinya soalan tu.

"Kenapa? Kau suka dia eh!" Afik menggoyang-goyangkan jari telunjuknya ke arah Aidan sambil pamer senyum nakal. Seronok apabila dapat mengorek rahsia kawannya.

"Mana ada! Aku tanya aje!" Aidan sedaya upaya cuba untuk mengekalkan reaksi mukanya. Tidak mahu rahsianya yang satu itu terbongkar.

"Tipu! Ni mesti ada apa-apa ni! Kau suka dia ya?" Suka betul Afik dapat memprovokasi Aidan.

"Ya Allah, mana ada apa-apa! Aku tanya aje! Itu pun salah ke?" Aidan masih lagi mempertahankan dirinya.

"Kau takkan tanya kalau tak ada apa-apa!"

"Aku nak tahu nama dia aje! Kalau kau tak nak beritahu, suka hati kaulah!"

"Okeylah! Nama dia Aqila! Puas hati?" Setelah beberapa lama, barulah Afik menjawab soalan.

Kau Panah HatikuWhere stories live. Discover now