Bab 4

217 6 0
                                    

KALAU dah namanya pelajar tingkatan satu, awal-awal bulan tu memang rutinnya perkenalkan diri ajelah. Masa minggu orientasi dulu, kena perkenalkan diri kepada ahli kumpulan. Dah masuk kelas ni, kena perkenalkan diri kepada cikgu dan rakan sekelas pula.

"Assalamualaikum semua."

"Waalaikumussalam warahmatullah hiwabarakatuh," balas para pelajar yang kelihatan ceria itu.

"Semua sihat?" Guru muda itu cuba utuk menaikkan semangat pelajar-pelajarnya.

"Sihat! Alhamdulillah..." balas mereka semua serentak.

"Nama saya Siti Nor Fatina binti Mat Nor. Boleh panggil saya Cikgu Fatina. Mulai hari ini, saya adalah guru kelas awak semua. Saya akan mengajar awak semua subjek Bahasa Melayu dan Geografi." Guru perempuan berkaca mata itu menulis namanya pada papan putih.

Beberapa orang pelajar menyalin nama tersebut pada buku nota masing-masing.

Seterusnya, dia menulis sebaris angka di bawah namanya tadi. "Ni nombor telefon saya. Boleh salin. Nanti, kalau awak ada apa-apa hal contohnya sakit ke, tak dapat hadir ke sekolah atas hal-hal tertentu ke, boleh suruh mak ayah maklumkan kepada saya melalui nombor ni."

Kalau tadi hanya beberapa orang sahaja yang menyalin, tetapi kali ini hampir seluruh kelas menyalin nombor tersebut dalam buku catatan mereka.

"Ermm... Saya sebenarnya tak kenal lagi awak semua. Jadi, apa kata kita buat sesi taaruf? Kita mulakan dengan pelajar lelaki dulu. Nak mula dari siapa dulu ya? Ada sesiapa yang volunteer nak mulakan dulu?"

"Saya, cikgu!" Seorang pelajar lelaki yang tinggi dan berkulit cerah mengangkat tangan.

"Hah, baiklah. Beritahu nama panjang, nama panggilan, tinggal dekat mana dan sekolah mana dulu."

Budak lelaki tersebut pun bangun dan memperkenalkan dirinya mengikut maklumat yang dikatakan oleh Puan Fatina tadi.

Selepas itu, pelajar lelaki yang lain pun terus memperkenalkan diri mengikut giliran tempat duduk. Setelah beberapa orang pelajar lelaki selesai memperkenalkan diri mereka, tibalah giliran Aidan untuk memperkenalkan dirinya.

"Nama saya Muhammad Aidan Qhuzaimi bin Muttakin. Boleh panggil Aidan. Saya tinggal dekat Kubang Buaya, Kuantan. Dulu saya sekolah dekat SK Tok Sera."

Setelah itu, sesi diteruskan dengan beberapa orang lagi pelajar lelaki. Selepas habis kesemua tujuh orang pelajar lelaki memperkenalkan diri, tiba pula giliran pelajar perempuan. Memandangkan pelajar perempuan duduk di barisan belakang, jadi pelajar lelaki tidak dapat melihat pelajar perempuan. Tambahan pula, mereka selalu diberi peringatan supaya menjaga pandangan mereka daripada melihat pelajar perempuan. Oleh itu, sepanjang sesi taaruf itu, mereka hanya dapat mendengar suara pelajar perempuan sahaja.

Aidan tidak sabar benar hendak menantikan giliran Aqila untuk memperkenalkan diri. Memanglah dia sudah tahu nama gadis itu, tetapi dia ingin tahu juga di mana Aqila tinggal. Manalah tahu kalau mereka tinggal berdekatan. Ada jodoh, boleh berjumpa lagi di luar sekolah.

Aidan mula pasang telinga sebaik-baiknya apabila dia mendengar Hanan memperkenalkan diri. Bukan sebab dia ada apa-apa perasaan terhadap Hanan. Tapi sebab dia tahu Aqila duduk di sebelah Hanan. Jadi, kalau Hanan sudah selesai, maksudnya, yang seterusnya ialah Aqila.

Aqila pun bangun untuk memperkenalkan diri. Tapi, agak hampa bagi Aidan sebab dia tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang Aqila perkatakan. Adakah deria pendengarannya yang kurang baik? Atau mungkin suara Aqila yang terlalu perlahan.

"Boleh kuat sikit tak? Saya tak dengarlah. Kawan-kawan awak yang lain pun mesti tak dengar," pinta Puan Fatina. Rupa-rupanya memang suara Aqila yang macam bercakap dengan semut.

Kau Panah HatikuWhere stories live. Discover now