Bab 05

276 7 0
                                    

"HAH? Dah last seen?"

"Kenapa Qila? Nampak macam stres aje. Emir ke tu?" tanya Elia, rakan serumah Aqila merangkap rakannya sejak kecil lagi. Mereka bagaikan tidak mahu berpisah. Sudah 19 tahun persahabatan mereka berkekalan.

Rancangan yang terpapar di televisyen tidak dihiraukan. Sebaliknya, gadis itu asyik menatap telefon bimbitnya dengan wajah yang agak tegang. "Tak lah. Kau ingat tak lelaki yang aku cerita kat kau tadi? Yang temankan aku cari phone tu?"

"Yang engineer kapal terbang tu ke?"

"Haah!"

"Kenapa dengan dia?"

"Kan mama aku suruh aku belanja dia makan. Aku pun Whatsapplah dia nak tanya dia free ke tak esok. Tapi, dia bukan nak jawab soalan aku pun. Dia tanya aku macam-macam adalah! Dia tanya aku tinggal dekat mana, asal mana, sekolah kat mana dulu, umur berapa... Seram pula aku."

"Hisy! Peliknya dia!" Berkerut kening Elia.

Aqila menekan gambar profil Aidan bagi memastikan yang itu betul-betul ialah Aidan.

Betul.

"Itu ke Aidannya?" soal Elia. "Macam kenal," sambungnya lagi.

"Hisy! Dia ni! Orang tanya lain, dia jawab lain."

Awak free tak esok? Kalau bukan esok pun, hari-hari lain sebelum Khamis ni pun boleh. Sebab Khamis ni saya kerja. – Aqila

Aqila mengulangi kembali soalannya tadi walaupun dia tahu yang Aidan dah tak online. Biarlah! Nanti kalau dia online balik, dia balaslah tu! Daripada asalnya nak tanya Aidan, sudahnya dia pula yang ditanya. Sabar ajelah.

*****

Awak free tak esok? Kalau bukan esok pun, hari-hari lain sebelum Khamis ni pun boleh. Sebab Khamis ni saya kerja. – Aqila

Sorry... Lupa pula nak jawab soalan awak. Tengah hari esok saya free. – Aidan

Kalau macam tu, esok dalam pukul 2.15 kita jumpa ya? Awak nak makan dekat mana? – Aqila

Saya tak kisah pun. Saya ikut awak aje. – Aidan

Mana boleh... Saya yang nak belanja awak makan, kenalah ikut tekak awak. – Aqila

Betul... Saya tak kisah... Kalau ikut saya, dekat mamak pun boleh. – Aidan

Tak nak! Saya nak pergi Pavilion. Lama dah tak pergi sana. – Aqila

Okey... Saya ikut awak aje. – Aidan

Kalau macam tu, Serai jom! – Aqila

Serai? Awak ni biar betul? – Aidan

Betullah! Makanan kat sana sedap apa... - Aqila

Lah... Awak ni... Cakaplah nak makan dekat Serai... Cuak saya tadi... - Aidan

Eeeiii... Awak fikir apa ha? Dahlah... So, esok, pukul 2.15, kita jumpa dekat entrance Pavilion ya... - Aqila

Esok kita berdua aje ke? – Aidan

Yalah. Tapi bila berdua, mesti ada yang ketiga kan? – Aqila

Ayat sentap ke ni? – Aidan

Haha saja aje... Alah kita nak makan aje kan... – Aqila

Ok... See you tomorrow.- Aiman

"EEEIII!!! Boleh pula dia fikir serai yang tu! Sabar ajelah!" getus Aqila.

Aqila tersenyum sendiri. Tak sabarnya nak pergi makan dekat Restoran Serai. Dia sudah menelan air liur apabila teringatkan keenakan makanan-makanan di situ. Walaupun makanan di situ agak mahal, tetapi memang berbaloi dengan kualiti dan kesedapannya. Kalau nak makan sekali-sekala tu sesuailah. Tapi kalau nak makan selalu, pokailah jawabnya. Aqila bukanlah jenis yang suka melaburkan wang semata-mata untuk makanan. Padanya, wang tersebut lebih baik kalau digunakannya untuk membeli baju, tudung, beg ataupun kasut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 01, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kau Panah HatikuWhere stories live. Discover now