Bab 2

238 6 0
                                    


JAM TANGAN pemberian papanya dikerling. Jarum jam menunjukkan pukul sembilan. Sembilan? Seriuslah? Penerbangannya tadi selesai pada jam 11 malam. Selepas itu, dia bertemu dengan Hakimy di Starbucks selama lebih kurang satu jam, dan sekarang, waktu telah menunjukkan pukul sembilan? Biar betul?

Tidak lama kemudian, baru Aqila perasan yang jarum saat jam itu telah berhenti bergerak. Dah rosak? Macam mana pula boleh rosak ni? Dahlah papa yang bagi ni! Nak tak nak, Aqila terpaksa membuka beg tangannya dan... telefon bimbitnya tiada di situ! Tidak berpuas hati, zip di bahagian depan bagasinya dibuka. Mana tahu kalau dia tersalah letak telefonnya di dalam bagasi. Puas diseluk-seluk tangannya, tetapi... dia tidak dapat menemui telefon bimbitnya!

Segera diangkut bagasi kecilnya itu ke arah sebuah bangku yang berdekatan. Habis dibuka segala zip dan poket yang ada dan dicarinya telefon bimbit Samsung J7 Pro miliknya itu tapi masih tidak dijumpai. Tak kurang juga, dia turut membelek beg t angannya berkali-kali. Puas dia memikirkan kemungkinan dia tercicirkan telefonnya itu dan satu-satunya tempat yang dirasakan ada kemungkinan adalah... pesawat yang dinaikinya tadi. Aduhai... Macam mana ni? Dahlah sekarang dah malam buta. Entah-entah dah pagi. Takkan dia nak ke lapangan seorang diri pada waktu begini. Nak ajak orang temankan pun, rakan-rakannya semua dah pulang ke rumah masing-masing. Hakimy pun dah lama balik. Staf-staf yang lain semuanya nampak sibuk dengan kerja masing-masing. Dahlah dia tak nampak mana-mana pramugari, pramugara mahupun juruterbang yang kebetulan lalu. Dia dapat membayangkan betapa seramnya keadaan di lapangan pada waktu-waktu begini. Sudahlah lapangan itu luas, ditambah pula dengan deretan kapal terbang yang besar-besar, dan tiada sesiapa pun di situ, hanya dia seorang sahaja. Macam mana kalau memang betul-betul tiada sesiapa pun di situ, termasuklah mekanik dan jurutera penyelenggaraan pesawat? Dia cuma pramugari. Mana dia reti nak buka pintu pesawat. Macam mana pun, mesti kena ada pekerja yang tahu cara nak buka pintu kapal terbang tu. Kalau tak, macam mana dia nak masuk dan cari telefon bimbitnya itu.

Tapi, macam mana kalau memang tak ada orang langsung di lapangan? Tapi mesti ada orang dalam hangar. Dia orang tu kerja tak kira masa. Tapi, nak jalan ke hangar tu seorang diri, memang menyeramkan. Dahlah jauh. Macam mana kalau dah jauh-jauh jalan, sekali, memang betul-betul tak ada orang dalam hangar? Tak pasal-pasal kena jalan seorang diri balik semula. Dahlah handphone tak dapat, yang dapat cuma penat dan takut aje. Tapi... pekerja aviation ni bukan ke kerja tak kira waktu? Mesti akan ada pekerja dekat hangar tu nanti!

Hisy! Banyaknya macam mana dan tapi! Nak ambil ke tak payah ni? Kalau tak ambil sayang! Dalam handphone tu ada banyak benda kut! Gambar semua tu... Itu yang berharga... Tapi, bahaya lah... Ambil esok pagi ajelah!

Tak boleh! Kalau pekerja yang cek pesawat tu terjumpa sekali pun, macam mana dia nak call? Dahlah telefon tu ada password. Aduh! Menyesal pula letak password! Kalau tak ambil malam ni juga, takut kapal terbang tu buat penerbangan baru pula, nanti sampai ke sudah tak dapat balik telefon tu.

Okey, Qila! By hook or by crook, kau kena juga cari phone tu malam ni! Dalam phone tu ada macam-macam benda yang berharga. Kali ni aje. Kali ni aje kau kena buang perasaan takut tu dan redah aje apa-apa yang terjadi. Sekali ni aje! Kalau bukan kali ni, kau mungkin tak dapat dah phone tu sampai bila-bila. Setelah penat bermonolog sendiri tadi, akhirnya Aqila nekad. Dia mesti berani demi telefon bimbitnya itu.

*****

AQILA pandang sekeliling. Betul-betul seperti apa yang dia bayangkan. Gelap dan sepi. Tiada sebuah pesawat pun yang hendak berlepas. Lagilah sunyi sepi suasana pada pagi itu. Dari jauh, dia dapat melihat di atas salah sebuah pesawat dalam deretan tersebut, ada dua tiga orang pekerja yang sedang melakukan pemeriksaan ke atas pesawat tersebut. Dia mengurut dada. Alhamdulillah, masih terdapat orang di lapangan. Harap-harapnya, pekerja-pekerja di situ sudilah hendak menghulurkan bantuan kepadanya.

Kau Panah HatikuWhere stories live. Discover now