PERODUA AXIA hitam itu meluncur masuk ke pekarangan rumah teres itu. Rumah yang dikongsi bersama oleh tiga orang perempuan.
Dilihatnya jam pada skrin paparan kereta. Pukul 5.34 pagi. Waktu Subuh mula membuka tirainya.
Melangkah sahaja masuk ke dalam rumah, Aqila melepaskan nafas berat. Kepenatan habis sendi-sendi tubuhnya. Sudahlah lima hari 'memanggang' kulit di Jeddah. Pulang ke Kuala Lumpur pula, macam-macam ujian melanda. Nasiblah akhirnya dia jumpa juga telefon bimbitnya itu.
Aqila menghenyak punggung ke atas tilam. Nikmatnya, masyaAllah! Rasa macam nak baring dan tidur aje. Tapi dia tahu, kalau dia baring nanti, besar kemungkinan dia akan terus terlena sedangkan dia masih belum menyempurnakan solat Subuhnya.
Selendang yang membaluti kepalanya dibuka. Dia mahu mandi terlebih dahulu. Melekit habis badannya setelah hampir seharian dalam uniform pramugari itu. Sekurang-kurangnya, dapatlah dia solat dan tidur dalam keadaan yang selesa nanti.
*****
USAI menunaikan kewajipan dua rakaat itu, Aqila menggeliatkan tubuhnya. Rasanya lebih segar apabila sudah membersihkan diri. Rasa mengantuk pun hilang serta merta. Teringat pula dia akan mamanya. Sudah beberapa hari rasanya dia tidak menghubungi wanita berusia 40-an itu disebabkan kesibukan kerja. Kebiasaannya, dia akan menghubungi mamanya pada setiap hari. Anak manjalah katakan.
Samsung J7 Pro yang telah melakar sebuah sejarah itu dicapai. Nombor mamanya didail. Beberapa saat kemudian, talian bersambut.
"Assalamualaikum..." sapa suara di hujung sana, ceria. Ibu mana tak ceria kalau anaknya menghubunginya.
"Waalaikumussalam, mama! Mama apa khabar?"
"Sihat aje... Baru lepas solat ni. Qila tu apa khabar? Lama tak call mama."
"Tu lah... Qila sibuk sikit semalam. Ingat nak call mama bila dah sampai KLIA, tapi banyak pula aralnya."
"Aral apa pula ni?"
"Ha... Ni nak story dengan mama ni!"
"Qila ni memanjang storynya. Apa dia?"
"Macam ni, tadi, Qila sampai KLIA dalam pukul 11 malam macam tu. Lepas tu, Kimy ajak Qila minum dekat Starbucks. Qila peliklah sebab sebelum ni, kita orang tak pernah makan atau minum berdua. Rupa-rupanya ada benda yang dia nak bincangkan."
"Apa benda yang dia nak bincangkan tu?"
"Dia cakap dia nak berubah, nak tinggalkan sikap playboy dia yang dulu tu. Tapi, dia takut kalau nanti dia akan hanyut balik, kembali jadi playboy semula. Jadi, dia rasa macam dia perlukan someone yang boleh sentiasa ada dengan dia, yang boleh tegur dia kalau dia tersilap langkah. Dia cakap dia nak kahwin."
"Baguslah tu dia dah nak berubah. Tapi dia nak kahwin dengan siapa?"
"Dengan Reen."
"Reen? Bukan ke Reen sekarang dah ada orang lain?"
"Tu lah... Dia cakap, dalam ramai-ramai makwe dia, dia paling sayang Reen. Dia pun tahu aje yang Reen tu sekarang dengan Syahmin. Tapi, dia kata dia cuma nak berterus-terang dengan Reen tentang perasaan dia, tentang niat dia. Sama ada Reen terima dia semula atau tidak, dia tak kisah. Dia reda kalau jodoh dia bukan dengan Reen. Qila pun dah nasihatkan dia supaya buat solat Istikharah."
"Baguslah tu. Kalau bab jodoh ni, tak boleh buat main-main. Kena buat Istikharah, barulah dapat yang tepat."
"Tapi kan mama, ada benda yang lagi syok!" suara Aqila berubah ceria.
YOU ARE READING
Kau Panah Hatiku
RomanceGara-gara tertinggal telefon bimbit di kabin pesawat, si pramugari NOR AFIRA AQILA dipertemukan dengan seorang jurutera kapal terbang, MUHAMMAD AIDAN QHUZAIMI. Ternyata, pertemuan itu telah mengubah kehidupan mereka berdua. Aqila merupakan gadis yan...