Pemulaan - keluarga angkat Wei Wuxian 3

122 2 0
                                    

Di luar kediaman bilik itu kelihatan air hujan yang masih belum berhenti turun dari langit. Bunyi titisan hujan masih kedengaran walaupun tidak lebat. Jiang Yanli dengan prihatin membantu adik- adiknya mengeringkan rambut yang basah. Baju masing-masing sudah ditukar dengan baju yang kering.

"Terima kasih,shijie!" Kata Wei Wuxian dengan senyuman yang ceria setelah rambutnya diikat kemas oleh Jiang Yanli, dengan ikatan rambut tocang satu seperti ekor kuda. Rambut Wei Wuxian diikat menggunakan reben merah yang panjang. Manakala, Jiang Cheng mengikat rambutnya sendiri menggunakan reben ungu yang panjang.

"Sama-sama,A-Xian"Balas Jiang Yanli dengan senyuman lembut. Dia membelai rambut panjang Wei Wuxian yang di ikatnya itu. Lalu memandang ke arah adiknya ,Jiang Cheng yang duduk di hujung katil. Matanya menandang tetap ke arah tingkap membelakangi kakaknya, Jiang Yanli.

"A-Cheng,kenapa kamu tidak tunggu sehingga hujan reda. Lagi susah kalau kamu demam esoknya." Kata Jiang Yanli sambil memandang ke arah adiknya itu. Tanpa mendengar balasan daripada adiknya dalam tempoh beberapa minit. Jiang Yanli memutuskan untuk menghampiri adiknya itu, tangannya cuba menyentuh dahi adiknya itu tetapi ditepis lembut oleh Jiang Cheng dengan lemah. Jiang Cheng mengeleng kepala lalu berdiri dan berjalan meninggalkan ruang biliknya.

"A-cheng....." Kata Jiang Yanli yang risau melihat adiknya seperti tidak mahu diganggu itu. Wei Wuxian, yang dari tadi melihat rambutnya dari pantulan cermin bilik memandang ke arah kakaknya. Wei Wuxian berdiri lalu duduk di atas katil

"Shijie, pak cik Jiang dan puan Yu berada di mana ?" Tanya Wei Wuxian ingin tahu. Lalu badannya mendarat atas katil dengan menjadikan lengan sebagai bantal, sambil matanya memandang tepat ke arah Jiang Yanli. kakaknya yang mendengar hanya mengeleng lembut lalu berfikir sebentar.

"Mereka berada di klan Lanlingjin untuk beberapa hari dalam minggu ini. Tapi kenapa kamu bertanya tentang hal itu bukan kamu jenis tidak peduli keberadaan mereka? " kata kakaknya itu sambil ketawa lembut. Matanya memandang tepat ke arah Wei Wuxian yang terbaring di atas katil. Mendengar kata-kata kakaknya itu,dengan serta-merta Wei Wuxian bangkit dari atas katil dan duduk lalu berdiri, meregangkan badannya.

"Ouh begitu, kakak tidak perlu risau. Biar aku yang memujuk Jiang Cheng itu "Kata Wei Wuxian dengan senyuman lalu berlari dengan pantas meningalkan kakaknya yang masih tertanya-tanya di bilik itu, seorang diri. Tetapi setelah beberapa minit Jiang Yanli memahaminya sendiri lalu tersenyum lembut sambil menghela nafas lega.

Hujan masih berterusan di pertempatan klan YumengJiang .Di sebuah laluan yang menyambungkan ruang kediaman utama dengan bilik-bilik. Jiang Cheng menatap pintu besar ruang utama dengan perasaan yang tidak senang. Dia menghela nafas berat sebelum membuka pintu. Sebaik sahaja, tangannya mencapai tombol pintu untuk dibuka. Tiba-tiba kedengaran suara memanggil namanya dengan kuat dari sudut belakangnya.

"JIANG CHENG!!"Ucap Wei Wuxian sambil berlari dengan melambai-lambai tangannya itu ke arah Jiang Cheng. Jiang Cheng yang terkejut melihat keberadaan Wei Wuxian membatalkan niatnya untuk membuka pintu besar ruang utama itu. Lalu berlari ke arah Wei Wuxian.

"Hey!! Wei Wuxian kau buat apa di sini. Kenapa tidak duduk dalam bilik sahaja?!" Kata Jiang Cheng dengan marah kepada Wei Wuxian. Wei Wuxian hanya memasang wajah senyuman dengan memperlihatkan gigi sambil ketawa kecil. Jiang Cheng yang melihat tingkah laku Wei Wuxian seperti tidak memperdulikannya hanya menyiku belakang Wei Wuxian. Wei Wuxian yang berasa sakit dengan itu menjauhkan diri dari Jiang Cheng.

"Aku yang harus bertanya kepada kau, Jiang Cheng. Kenapa kau di sini? Kenapa mengabaikan Shijie tadi? Kau membuat Shijie sedih. Jadi aku mengejar kau kerana mahu, kau mintak maaf kepada Shijie" Kata Wei Wuxian dengan nada dibuat-buat tegas sambil tangannya dilipat di dada.

Jiang Cheng hanya terdiam lalu memandang semula pada pintu kediaman utama. Dia seperti mengelamun. Wei Wuxian yang melihatnya dan berasa tidak diperdulikan oleh Jiang Cheng menghela nafasnya lalu dengan pantas melompat ke arah Jiang Cheng yang mengelamun itu dengan harapan dapat menyedarkan daripada lamunannya. Jiang Cheng yang terkejut dan hilang daya keseimbangan selepas badan Wei Wuxian mendarat di belakangnya terjatuh ke lantai.

"Aa-aduh! Sakitlah!! Kau mahu matikah, Wei Wuxian!! " Jerit Jiang Cheng dengan suara tinggi. Wei Wuxian yang terbaring di belakang tubuh Jiang Cheng hanya mampu ketawa kerana berasa lawak dengan tindakan yang dilakukannya itu. Jiang Cheng yang berasa kesakitan terus menolak badan Wei Wuxian jatuh dari tubuhnya lalu menarik rambut Wei Wuxian kerana geram . Wei Wuxian tidak hanya mendiamkan diri lalu turut membalas dengan menarik rambut Jiang Cheng Juga.Beralih dari pergaduh tarik rambut terus menjadi pergaduhan tumbuk-menumbuk di laluan menuju ruang utama itu.

Sementara itu,Jiang Yanli yang berasa tidak senang hati keluar dari bilik adiknya itu. Menuju ke laluan kediaman utama. Terkejut melihat tingkah laku adiknya yang saling bergaduh dilantai. Jiang Yanli dengan cemas meleraikan pergaduhan itu.

-Di bilik Jiang Yanli-

"A-aduh " jerit Wei Wuxian cuba menahan kesakitan luka di mukanya itu.

"Maaf, A-xian. Kakak akan buat perlahan-lahan ye" kata Jiang Yanli sambil menyapukan krim herba di muka Wei Wuxian itu dengan lembut.

"Hahahaha... Tidak apa-apa,Shijie. Aku boleh tahan. Luka kecil sahaja" Balas Wei Wuxian sambil ketawa.

"Huh! Kalau begitu jangan mengeluarkan bunyi. Kau hanya menyusahkan orang sahaja" Kata Jiang Cheng dengan dingin sambil memberi pandangan mata dingin ke arah Wei Wuxian.

"A- Cheng.. "Kata Jiang Yanli sambil memandang kearah Jiang Cheng. Jiang Cheng hanya memaling muka setelah matanya bertemu dengan mata kakaknya.

"kecederaan di muka A-Xian lebih banyak dari kecederaan yang ada di muka kamu, A-Cheng. Tidak bolehkah kamu meminta maaf kepada A-Xian? " Kata Jiang Yanli kepada adiknya, Jiang Cheng.

"Huh?! Tidak mungkin.Dia yang mulakan duhulu dan dia yang memberi peluang untuk dipukul!" Balas Jiang Cheng dengan geram matanya masih mengelak pandangan kakaknya itu

"Shijie,aku-" Wei Wuxian mahu masuk perbualan itu tetapi di potong oleh Jiang Yanli

"A-Xian" kata Jiang Yanli sambil memandang Wei Wuxian. Serta-merta Wei Wuxian mendiamkan diri.

Mata Jiang Cheng tiba-tiba memandang ke arah Wei Wuxian dan Jiang Yanli yang duduk di kerusi panjang manakala dirinya masih berdiri di penjuru bilik bersebelahan tingkap bilik sambil bersandar di dinding lalu Jiang Cheng yang berasa sedikit keletihan selepas bergaduh dengan Wei Wuxian, menutup mata seketika.

Sesudahnya Jiang Yanli menyapukan krim herba di muka Wei Wuxian. Wei Wuxian dengan pantas berdiri dari kerusi panjang itu lalu menuju ke arah Jiang Cheng yang masih bersandar di dinding. Jiang Cheng yang membuka mata pada saat itu. Tiba-tiba,terkejut melihat Wei Wuxian berdiri di hadapannya dengan senyuman

"Aku mintak maaf dengan kau. Janganlah marah nanti kau cepat tua. Pfft-" Kata Wei Wuxian sambil menahan ketawanya. Jiang Yanli dan Jiang Cheng yang melihat tindakan Wei Wuxian terpaku seketika. Jiang Yanli hanya mampu ketawa kecil. Manakala Jiang Cheng hanya menghela nafas dingin.

"Huh! kalau macam itu. Kau jangan selalu menyusahkan orang sekeliling, dasar muka tebal!" Balas Jiang Cheng sambil berjalan meningalkan Wei Wuxian. Wei Wuxian menghampiri Jiang Cheng lalu lengannya diletakkan di atas bahu Jiang Cheng sambil ketawa. Jiang Cheng hanya membiarkan dan memasang wajah tidak ambil peduli dengan tingkah laku Wei Wuxian di sebelahnya lalu mereka berdua meninggalkan bilik Jiang Yanli. Jiang Yanli hanya mampu tersenyum dan berjalan di belakang adik-adiknya itu.

"Apa maksud kau tua?! Aku baru berumur 13 tahun" Kata Jiang Cheng yang masih memikirkan ayat Wei Wuxian sebentar tadi. Manakala, Jiang Yanli dan Wei Wuxian hanya mendiamkan diri sambil menahan ketawa agar mengelak daripada berlakunya pergaduhan semula.

-End part pemulaan-
☂️
☂️
☂️
☂️
☂️
☂️

Done, selesai jugak part nie 😂 . Next, part lain pula. Tapi still tentang keluarga Jiang. Please support me with vote,guys!! ☂️
Saya sibuk juga melukis selain menulis cerita nie. Tengoklah part cover yang saya lukis tu hahahahaha XD suka tengok Wei Wuxian senyum. Sorry lama tidak lukis digital nie skill warna pun buruk~.btw, see you next week~







fanfiction *Wei wuxian story*Where stories live. Discover now