Perjalanan: Keluarga angkat Wei Wuxian

118 9 1
                                    

        Di dalam petempatan klan YumengJiang , kelihatan di sebuah ruang utama. Masing-masing menikmati makanan yang di hidang oleh para pelayannya. Jiang Cheng ,Jiang Yanli dan Wei Wuxian duduk di belah kanan berhadapan,dengan seorang wanita yang mempunyai penampilan angkuh. Wanita tersebut ialah Yu Ziyuan yang duduk di sebelah kiri , isteri kepada Jiang Fengmian,beliau pula duduk di bahagia tengah antara anak dan isternya . Kedua mereka ini ibu bapa kepada Jiang Yanli dan Jiang Cheng.

       Jiang Fengmian merupakan ketua klan YumengJiang. Beliau seorang yang baik hati kerana sanggup menjaga Wei Wuxian dan membawa masuk Wei Wuxian kedalam, keluarga Jiang, Selepas ibu bapa Wei Wuxian meninggal dunia. Di ruang utama itu, suasana adalah seperti hari-hari biasa. Makanan di atas meja menjadi tumpuan mata sambil dijamah lalu dimakan oleh mereka. Tetapi apabila kedengaran bunyi batukkan yang keras dari seseorang yang berada di ruang utama itu. Mata masing-masing terus memandang ke arah suara itu dengan langkah tangan memegang chopsticknya terhenti seketika begitu juga dengan,Jiang Fengmian.

       "A-niang?" Kata Jiang Fengmian yang menujukkan wajah risau apabila melihat Yu Ziyuan menyentuh lehernya dengan penampakan muka sedikit pucat.

         "Aku baik-baik sahaja. Aku sudah selesai makan. Kamu semua teruskanlah makan." Kata Yu Ziyuan sambil menyapu bibirnya dengan sapu tangan lalu di letakkan  di atas meja makan, sebelum meninggalkan ruang utama itu.

        Wei Wuxian memandang kearah kakaknya,Jiang Yanli yang duduk paling dekat dengannya iaitu di sebelah kanannya. Tetapi sebaliknya Jiang Yanli dengan wajah risau masih tidak lepas menatap ke arah ibunya, Yu Ziyuan yang masih berjalan ke arah pintu keluar,ruang utama itu. Lalu pandangan Wei Wuxian hanya di balas oleh Jiang Cheng yang duduk di sebelah kanan kakaknya. Kepala Wei Wuxian diangkat sedikit menunjukkan tanda tanya. Tetapi dibalas geleng yang kecil dari Jiang Cheng yang bermaksud tidak tahu. Kedua-duanya tidak mengeluarkan suara. Jiang Fengmian yang melihat keadaan ruang utama itu menjadi sedikit tidak terkawal kerana makanan di atas meja tidak lagi di jamah.  setelah isterinya, pergi dari ruang utama itu pun berkata.

       "A-Xian, A-Cheng, A-Li. Teruskan makanan kamu " Tegur Jiang Fengmian dengan baik. Jiang Cheng dan Jiang Yanli sedikit terkejut apabila mendengar nama mereka di sebut lalu posisi mata mereka kembali menatap makanan yang masih belum habis dan langkah tangan memegang chopsticks diterus. Manakala Wei Wuxian yang tidak mendengar teguran Jiang Fengmian tadi sedikit pelik kerana tatapan Jiang Yanli dan Jiang Cheng terus beralih ke meja makan.

      Mata Wei Wuxian terus menatap ke arah tempat duduk Jiang Fengmian dengan tanda tanya kerana suara Jiang Fengmian baru tadi tidak didengarnya dengan jelas. Wei Wuxian sedikit terkejut apabila mendapati matanya dengan Jiang Fengmian memandang antara satu sama lain. Serta-merta Wei Wuxian menggaru kepalanya yang tidak gata, sambil mengukir sebuah senyuman dengan menampakan gigi putih miliknya.

      "Maaf, Pak cik Jiang" Kata Wei Wuxian lalu menatap terus ke arah makanan di atas meja. Tangannya terus menerus menjamah makanan dengan menggunakan chopsticks.

     Lalu suasana ruang utama itu menjadi seperti biasa semula. Masing-masing menjamah makanan termasuk, Jiang Fengmian. Walaupun dalam pikirannya masih memikirkan keadaan isteri,Yu Ziyuan. Selesainya makan,para pelayan datang mengambil pinggan mangkuk lalu membersihkan setiap meja milik tuan rumah itu. Wei Wuxian dengan pantas berlari keluar dari ruang utama terlebih dahulu selepas selesai makan. Jiang Cheng tidak mahu kalah mengejar Wei Wuxian dari belakang. Diikuti oleh Jiang Yanli yang berjalan pelahan melihat gelagat adik-adiknya dengan senyuman lembut. Tetapi larian mereka terhenti apabila mendengar nama ketiga-tiga mereka di sebut dari sudut belakang mereka. Serta-merta mereka menatap kearah suara itu.

     " Ye,A-Die" Balas Jiang Yanli yang paling dekat dengan suara orang yang memanggil nama mereka itu. Suara itu datang dari Jiang Fengmian. Beliau terus berjalan ke arah mereka bertiga. Masing-masing tertanya-tanya lalu menghampiri Jiang Fengmian .

     "A-Li, tolong jaga adik-adik kamu. A-Cheng dan A-Xian jaga sikap kamu,jangan menyusahkan kakak kamu ini. Ibu kamu tidak sihat jadi jangan membuat dia marah " Kata Jiang Fengmian kepada mereka. Masing-masing mengangguk tanda faham.

     "A-Die mahu pergi ke tempat klan LanlingJin lagi ke? " Tanya Jiang Yanli ingin tahu.

     "Iya masih ada hal yang belum selesai. Tapi ibu kamu,harus berehat kerana sakit. Tolong tengokkan dia semasa ayah tiada" Balas, Jiang Fengmian.

     "Baiklah,A- Die" Jawap Jiang Yanli sambil memberi hormat,menunduk sedikit kepadanya dengan menyatukan kedua tangannya yang diangkat sehingga paras pinggang . Lalu dibalas anggukan oleh  Jiang Fengmian. Jiang Fengmian menatap tepat ke arah Wei Wuxian. Dia menepuk sedikit kepala Wei Wuxian dengan lembut. Sebelum meninggalkan mereka di  ruang utama itu. Jiang Cheng hanya mampu memasang wajah sedikit sedih selepas melihat ayahnya pergi meninggalkannya begitu sahaja.Wei Wuxian yang perasan dengan perubahan muka Jiang Cheng terus menghampirinya dengan tiba-tiba. Sehingga membuat Jiang Cheng  sedikit terkejut dengan penampakan Wei Wuxian  yang memasang senyuman yang riang.

     "Jiang Cheng,janganlah sedih ~itu cuma tepukan kepala. Kalau kau mahu.Aku boleh bagi berapa banyak yang kau mahu"Kata Wei Wuxian dengan senyuman.

     "Huh?! Siapa yang mahu benda begitu. Hanya budak-budak manja yang inginkannya!" Balas Jiang Cheng dengan dingin.

     "Bukan.. kau pun manja kah?"Balas Wei Wuxian dengan tangan diletakan di dagu sambil pandangan matanya bergerak ke arah Jiang Cheng. Jiang Cheng yang mendengar terus menarik kepala Wei Wuxian dan memberi tumbuk melekat di kepala kerana geram dengan kata- kata Wei Wuxian itu. Wei Wuxian hanya mampu mengerang kesakitan. Jiang Yanli hanya sempat ketawa sebelum meleraikan pergaduhan itu.

      "Sudah.. sudah,bukankah A-Die suruh kamu berdua menjaga tingkah laku sepanjang ketiadaannya ?"Pujuk Jiang Yanli Kepada adik-adiknya. Jiang Cheng yang mendengar segera melepaskan Wei Wuxian dan berlalu pergi dari ruang utama itu. Wei Wuxian yang terlepas dengan cepat mengikuti belakang Jiang Cheng kerana tidak mahu di tinggalkan oleh Jiang Cheng.

     Setelah beberapa minit, Jiang Yanli pergi ke bilik ibunya, Yu Ziyuan. Sambil membawa sebakul herba di dalamnya. Masuk sahaja Jiang Yanli di bilik ibunya. Dia memberikan senyuman yang manis. Ibunya yang melihat membalas senyuman itu.

     "A- Li, apa kamu lakukan disini? " kata Yu Ziyuan setelah Jiang Yanli duduk,di sebelah tempat tidur ibunya.

     "A - Niang, apakah anda baik-baik sahaja? Aku merisaukan A-Ning " Balas jiang Yanli sambil memengang lembut tapak tangan ibunya. Yu Ziyuan yang mendengar hanya membalas dengan senyuman sambil mengusap kepala anak perempuannya itu dengan lembut.

☂️
☂️
☂️
☂️
☂️
☂️

    * 5 vote to next chapter🌷
Aku tak nak update kalau xdpt 5 vote. Kalau xupdate kire ny nie lh end dye😂 . Best ann.. Hahahaha 🌚 pls vote and support. Tahulah cite aku bosan gile😂 jln cite biasa-biasa. Aku still cuba buat jln story jgk. Bkn main bantai je. Otak aku jgk aku gune. Ngek arggg
.
  

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 08, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

fanfiction *Wei wuxian story*Where stories live. Discover now