Pemulaan :keluarga angkat wei wuxian 2

128 6 0
                                    

     "pfft- hahaha" kedengaran gelak ketawa yang kecil walaupun cuba di tahan tetapi masih kedengaran. Gelak ketawa itu di dengari oleh Jiang Cheng.Jiang Cheng yang melihat tingkah laku Wei Wuxian yang riang tanpa mengira situasi yang dihadapi dengan marah menolak bahu Wei Wuxian sehingga terbaring ke lantai.

     "Diamlah!" Balas Jiang Cheng.Dalam keinginannya mahu sahaja menhentikan mulut Wei Wuxian dengan mencekiknya hidup-hidup agak suara yang riuh itu dapat dihentikan tetapi niatnya dipendamkan sahaja dalam hati kerana masih risau dengan situasi yang dihadapi oleh mereka.

     Jiang Cheng mendengar di sebalik pintu dengan teliti, setelah tidak mendengar apa-apa bunyi dari balik pintunya. Jiang Cheng menarik nafas lega. 'macam sudah selamat' kata Jiang Cheng dalam hati.Sebaik sahaja Jiang Cheng melangkah kaki mahu ke tempat Wei Wuxian yang terbaring di lantai itu. Tiba-tiba,langkahnya terhenti sebaik sahaja mendengar ketukan yang pantas dari balik pintu. Muka Jiang Cheng terus kaku. Jiang Cheng dan Wei Wuxian mendengar ketukan itu memandang antara satu sama lain.

     Jari terlunjuk Jiang Cheng diletakkan tepat di bibirnya dengan menujukkan isyarat kepada Wei Wuxian untuk senyap dan tidak mengeluarkan apa-apa suara.Wei Wuxian yang memahami isyarat itu hanya mengikutkan sahaja pemintaan Jiang Cheng. Tetapi apakah daya Wei Wuxian dengan tiba-tiba mengeluarkan bunyi bersin yang kuat kedengaran dalam ruang bilik itu. Jiang Cheng serta-merta memandang ke arah Wei Wuxian dengan wajah yang marah seperti mahu memberi amaran kepada Wei Wuxian.

     "Jiang Cheng aku kesejukkan sebab tu bersin bukan sengaja. Maaf yeee~"Kata Wei Wuxian pada tatapan Jiang Cheng  dengan suara yang dibuat-buat dan menujukkan wajah seperti orang yang tidak bersalahan. 
    
     "LEMbab, jangan mahu pura-pura.Kau memang sengajakan,Wei wuxian" Balas Jiang Cheng dengan nada yang mahu di tinggikan tapi di pelahankan kerana masih mengawal perasaan yang geram dengan tindakkan Wei Wuxian yang  dianggap dibuat-buat.

     "Tapi kita tengah basah" Balas Wei wuxian dengan posisi duduk memeluk tubuhnya kerana kesejukan.Kata-kata Wei Wuxian dikeluarkan tanpa di perlahan.

     "Shhh!!, pelahankan suara kau. Tahan lah sikit kalau mahu bersin pun!" Balas Jiang Cheng dengan suara sangat kesal dan geram tangan digenggam ingin sahaja memukul Wei Wuxian.Tetapi tindakannya terhenti apabila kedengaran suara yang lembut dari balik pintu.

     "A-Cheng, A-Xian, bukak pintu ini" Wei Wuxian yang mendengar suara itu dengan pantas berlari ke arah pintu tanpa memperdulikan Jiang Cheng. Sebaik membukak pintu, kelihatan seorang perempuan yang memakai baju serba ungu dan pink.Di tangannya membawa beberapa helai tuala sambil memasang wajah sedikit risau.
   
     "Shijie!" kata Wei Wuxian dengan ceria. Ingin sahaja memeluk kakaknya itu dan bercakap lagi tetapi niatnya tidak kesampaian apabila dia mengeluarkan bunyi bersin. Jiang Yanli yang melihat Wei wuxian  bertambah risau lalu mengambil sehelai tuala meletaknya di atas kepala Wei Wuxian yang basah itu.

☂️
☂️
☂️
☂️
☂️
☂️

    

     Hai ! nie bahagian ke dua, Sebab  bahagian petama pendek jadi aku buat bahagian kedua cepat sikit. Please support. Still newbie jadi Sila tegur ☂️

fanfiction *Wei wuxian story*Where stories live. Discover now