Bab 162-Senafas Dengan Guru

1.7K 28 0
                                    

Maziah hanya mendengar saja apa yang diungkapkan oleh mahaguru dengan penuh khusyuk. Kelopak matanya yang pejam celik, setiap kali mahaguru merenung ke arahnya. Ada keresahan dan kecemasan yang bermain di hatinya. Maziah terus menanam sebuah keyakinan dalam hatinya bahawa apa yang diucapkan oleh mahaguru adalah benar dan mesti dihormati.'

Mahaguru dengan wajah yang tenang meletakkan telapak tangan kirinya ke atas tulang bahu kiri perempuan itu. Mahaguru merapatkan mukanya ke muka Maziah, hampir berlaga batang hidung. Mahaguru tarik nafas dalam-dalam, kemudian menghembuskan nafasnya kedalam lubang hidung Maziah dan nafas itu (nafas mahaguru) segera disedut oleh Maziah. Perkara itu diulang sebanyak tiga kali berturut-turut. Maziah hanya mengikut sahaja.

"Bagus."

Mahaguru menjauhkan mukanya dari muka Maziah dalam jarak antara tiga hingga empat kaki. Maziah hanya senyum sambil mengigit bibir dang menarik nafas. Dari raut wajahnya seolah-olah membayangkan yang dirinya sudah memiliki kekuatan yang tidak boleh diganggu-gugat oleh sesiapa pun.

"Mulai saat ini," mahaguru menyambung "abadikan dalam mata hati kamu yang aku ini sentiasa di samping kamu. Jangan sekali-kali cuba melupakan muka aku dari ingatan kamu. Dimana-mana kamu berada, fikirkan tentang aku. Bila mahu tidur cubaberusaha supaya kamu mimpikan aku. Bila kamu dapat buat semuanya ini, kamu selamat dunia akhirat, kamu faham tak?

"Saya faham."

"Bagus, cubalah jadi murid yang baik."

Maziah yang sedang menjalani proses menerima tauliah hanya anggukan kepala. Malah dia tidak marah bila mahaguru angkat tangan kiri dan meletakkan ke atas bahu kanannya (Maziah). Dari situ tapak tangan mahaguru menjalar ke pangkal payu dara kanan. Berhenti disitu untuk beberapa detik.

"Huuhhh keterlaluan." .

Orang kanan bersuara. Perbuatan mahaguru yangterkeluar dari batas itu dapat dikesannya. Sebelum menjadi lebih buruk, orang kanan berhak menyedarkannya. Bagaikan ada kuasa ghaib mahaguru terus mengangkat tangannya secepat kilat dari bahu Maziah.

Tiga tapak mahaguru undur kebelakang lalu memalingkan muka ke arah orang kanannya. Mahaguru tunduk kepala seolah-olah minta maaf atas keterlanjurannya.

Gelagat mahaguru dan orang kanannya sunguh melucukan. Antara mereka tersembunyi sebuah rahsia. Mereka saling curiga-mencurigai antara satu dengan lain. Dan mahaguru memang manusia yang tidak jujur, suka mencari kesempatan terutama terhadap anak murid perempuan.

Itulah kesmpulan yang saya buat setelah menliti dengan terperinci watak mahaguru dan orang kanannya. Begitu juga dengan perempuan suruhan, memang tidak boleh diharap. Sentiasa mencari peluang untuk mengenakan orang.

"Sekarang kamu duduk bersla di depan lubang. Kedua belah tapak tangan kamu mesti berada atas dua tempurung kutut. Pejamkan mata dan bayangkan diri aku dalam hati dan diri kamu," Perempuan yangmahu menjalani ujian segera akur dengan arahan mahaguru.

Dengan ekor mata mahaguru menjeling ke arah perempuan suruhan. Jelingan itu segera difahami oleh perempuan suruhan. Dia segera mendekati mahaguru. Berdiri di sebelah kanan.

LARUT

Dan malam kian larut, rasa dingin menguasai sekujur tubuh. Di langit, wajah bulan mula dilindungi awan. Suara burung hantu beransur kurang tetapi lolongan anjung lar kian rancak. Suara cengkerik tetap macam tadi, masih hebat berbunyi. Dua tiga kalisaya menguap.

Bulu roma saya tegak berdiri, bila suara burung hantu bertukar menjadi seperti perempuan menjerit danmengilai. Keinginan yang kuat untuk menyaksikan peristiwa selanjutnya membuat saya jadi berani dan keras hati.

Mahaguru pun duduk bersila didepan lubang. Tangan kiranya masih berada di atas bahu Maziah yang sudah pun merapatkan kedua belah kelopak matanya serta mencantumkan telapak angannya atas tempurung lutut kiri dan kanan. Gelas yang berisi rambut, darah dan air limau tetap berada di tangan kanan mahaguru.

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Jilid 12 )(COMPLETE)Where stories live. Discover now