First impression

699 7 1
                                    

HOT&SPICY RESTAURANT

Airis hanya menggigit bibir bawahnya geram apabila pasangannya Zakhwan yang sedari tadi perhatiannya hanya melekat pada ipad pro miliknya.

Dia mencebik bibir tebalnya sambil membebel geram. Tangannya sibuk mengacau air ice green tea dihadapannya dengan harapan Zakhwan akan memberi perhatiannya terhadap dia.

"Sayang, you nak I tunggu you berapa lama!"

Tinggi suara dinaikkan oleh Airis Adrina. Dia sudah tak boleh tahan dengan Zakhwan yang berkelakuan seperti stranger dengan dia seolah-olah macam dia sorang je yang ada perasaan cinta.

"You, tak sayang I ke?"

Kata Airis Adrina dengan nada merengek manja. Aduh, cringe bila dengar. Dengan kaki dihentak tak henti-henti. Zakhwan yang dah mula rimas hanya memandang girlfriend gediknya dengan kerutan di dahi.

" You ni annoying la. Come on you're not 4, are you?"

Kata Zakhwan perli. Dahlah dia busy dengan kerja berlambak kat ofis. Ingat boleh la rileks dengan girlfriend time lunch tapi, girlfriend pulak tak understanding. Nasib badan betullah.

" I annoying? You yang annoying la Zakhwan. Dari first kita duduk, dah past 10 minutes sepatah pun you tak cakap! Food pun you tak order. Dahlah kita lama tak date! Lepastu you nak cakap I annoying? Woww"

Bebel Airis panjang lebar. Ei, jantan ni buat aku naik angin betullah!

"First of all, you yang ajak lunch eventhough I dah kata I busy. Second, you boleh order sendiri since you ada mulut. Last, you order air tapi tak order makanan kenapa?"

Perhatian Zakhwan kembali lagi pada ipad pronya. Melihatkan kelakuan Zakhwan, Airis menggigit bibirnya menahan air mata. Dia memang jenis yang cengeng. Senang sangat nak nangis!

Zakhwan mengeluh panjang apabila melihat muka Airis yang bertukar merah serta pipinya yang basah dengan air mata. Peliknya, sedikit pun make up girlfriendnya itu tak rosak. Ikutkan nafsu, memang Zakhwan nak usap air mata Airis pakai tangannya namun bila fikir hukum agama dia kemudiannya menghulurkan tisu sahaja untuk Airis. Airis menyambut sambil tersendu-sendu pilu.

"Waitress."

Panggil Zakhwan sambil jarinya dipetik menghasilkan bunyi yang jelas boleh didengari oleh waitress yang tak jauh daripada meja tempat dia duduk.

Waitress itu memalingkan mukanya, perkara pertama yang menarik perhatiannya bukanlah Zakhwan lelaki kacak yang berpakaian segak. Namun, matanya tertancap kepada wanita yang kelihatan seperti baru lepas menangis. Hana hanya diam membisu tak seperti apa yang waitress selalu kata iaitu "Ya, Encik nak order apa?".

Dia hanya berdiri tegak disisi Zakhwan, sesekali dia memandang Airis kemudian kepada Zakhwan. Apabila dia mengkaji eksperasi muka kedua-dua customernya itu Hana dan imaginasi liarnya membuat anggapan yang customer lelaki itu dah break dengan girlfriendnya yang tengah menangis tu.

'Mesti lelaki ni playboy. Perempuan ni nangis sebab dia dapat tahu rahsia boyfriend dia lepastu laki tu amik keputusan nak putuskan hubungan diorang...'

Hana membeliakkan biji matanya sambil tangan kanannya menutup mulutnya kerana dia menyangka yang imaginasi liarnya adalah reality. Hana diam memaku sebab dia ingatkan yang girlfriendnya nak simbah air dekat yang lelaki tu sebab ada air depan perempuan tu instead

"Kenapa you pandang I?"

Tanya Airis. Suaranya sedikit crack plus sengau sebab baru lepas nangis.

" Apa you ingat kitaorang break? You nak try laki I ke?"

Tanya Airis bertubi-tubi. Dalam hatinya sedang membakar sebab dia ingat waitress ni nak try Zakhwan. Zakhwan pulak hanya memandang waitress tu lagilah Airis fikir lain.

"Dengar sini perempuan, kitaorang nak kahwin dah. Back off, okay!" Suara tinggi Airis berjaya menarik perhatian setiap orang dalam restoran tu.

Splash.

Hana basah dihujani air green tea yang dicurah Airis kerana dia nak bagi pengajaran dekat setiap perempuan dalam restoran itu supaya jangan nak caras laki orang kalau tak nak kena malu dekat public.  Tanpa penjelasan jelas atas tindakannya Airis segera bangun dan meninggalkan scene drama tadi yang telah meninggalkan semua orang yang dalam restoran itu pegun. Hana dah berlinangan air mata kerana dia tahu ada yang sedang rakam dan nak viralkan dia.

"You, cepatlah!"

Teriak Airis. Dia  sudah keluar daripada restoran itu terlebih dahulu meninggalkan Zakhwan yang punggungnya masih melekat pada kerusi restoran. Setelah beberapa ketika Zakhwan segera bangun hendak mengikuti girlfriendnya yang sedang panas berapi.

Sebelum memulakan langkah, Zakhwan berpaling kepada Hana yang sedang menutup mukanya dengan kedua-dua tangannya. Biarpun begitu, Zakhwan tahu Hana sedang menangis sebab dia lihat beberapa titis air mata Hana jatuh ke pipinya.

Zakhwan membuka suit miliknya dan memakaikannya kepada Hana agar semua orang buang tanggapan negatif pada Hana dan tidak mempedulikan tuduhan palsu milik Airis. Dia juga mengeluarkan kata-kata yang diharapnya dapat menenangkan Hana,

"Hana..." Lembut suaranya. Dia tahu nama waitress tu sebab tadi dia sempat melihat nametag wanita itu sewaktu wanita itu pegun disisinya namun, Airis bertanggapan negatif memikirkan yang Hana nak goda Zakhwan.

"Allah takkan biarkan hambaNya teraniaya. Kejadian tadi memang salah girlfiend saya. Saya minta maaf bagi pihak dia. Kalau nak mengadu, mengadu dekat Allah. Doa je biar girlfriend saya dapat balasan. Sorry. Assalamualaikum."

Setelah itu, dia segera berlari keluar restoran dan mencari girlfriendnya. Hana pula memegang erat suit lelaki yang tak dikenalinya itu sambil bermenolog dalam hati

"Ya Allah, baiknya dia..."

Di dalam kereta Zakhwan

Di dalam kereta, Zakhwan hanya diam seribu bahasa manakala Airis membuang pandangan di luar kereta, dirinya kini diselubungi dengan perasaan marah yang membuak-buak apabila mengenang kembali bagaimana Zakhwan memandang waitress di restoran tadi yang digelarnya kini sebagai 'perempuan murahan.'

"Don't you ever dare to end things with me, Zakhwan." Kata Airis memberi warning. Bagi Airis, Zakhwan wajar diberi amaran agar dia tidak lupa akan Airis yang sentiasa di sisinya menunggu Zakhwan untuk menjadikannya isteri yang sah.

Namun, amaran Airis tidak diendah Zakhwan. Tiada sebarang balasan dan reaksi. Zakhwan hanya fokus terhadap tugasnya sebagai pemandu kereta. Akibat tak puas hati, Airis tambah lagi sebab kukuh untuk tindakannya yang tiada perikemanusiaan bagi Zakhwan.

"Apa yang I buat tu betul. I ada hak sebagai girlfriend you untuk ajar perempuan yang cuba nak rosakkan hubungan kita."

Kalini Airis Adrina merenung lama terhadap Zakhwan Ariff namun seperti yang lalu tiada sebarang balasan dan reaksi. Memang sah Zakhwan tak mahu bercakap sepatah pun dengan Airis.

"Perempuan murah tu-" "You!!"

Belum sempat Airis nak maki waitress tu tiba-tiba Zakhwan lajukan kereta Bugatti Divo miliknya ditahap kelajuan yang paling maksima.. Airis sangat geram dengan tindak balas Zakhwan yang menyebelahi waitress tadi.

'So, you nak defend perempuan murah tu.. Wait 'till I tell your mom about this, my darling Zakhwan...'

Fikir Airis, kalau amarannya Zakhwan tak nak hadam dia akan gunakan mama Zakhwan iaitu Puan Sri Maryana untuk sedarkan Zakhwan daripada cengkaman permainan jijik perempuan murah tadi. Dia akan gunakan parents Zakhwan untuk paksa Zakhwan supaya segera mempercepatkan perkahwinan mereka berdua.

'I takkan biarkan you tunda lagi wedding kita sayang...'

•••

23 NOVEMBER 2018

•••

Jodoh Tak Diduga | #JTDWhere stories live. Discover now