Chapter 51; Missing You

2.8K 407 34
                                    


"Saya rindukan awak, Taehyung" Aku menunduk memandang gambar berkahwinan Aku dan Taehyung. Semakin banyak aku sebut aku rindukan dia. Semakin banyak rindu yang aku rasakan

Sudah masuk 2 Tahun lelaki itu pergi ke New Zealand untuk dapatkan rawatan kanser. Lelaki itu hilang tanpa jejak. Berkali-kali aku cuba menelefon lelaki itu malah aku juga mengupah orang untuk mencari Taehyung namun hampa. Mereka tidak dapat mencari Taehyung.

Tapi aku masih ingat janji lelaki itu. Dia berjanji bahawa dia akan pulang ke tanah airnya semula apabila cukup 2 Tahun dia pergi dan esok adalah harinya. Sungguh aku rasa sangat takut. Aku takut jikalau lelaki itu tidak muncul dan lelaki itu pergi begitu sahaja. Aku tak mahu. Aku tak mahu Hyun membesar tanpa kasih seorang ayah dan aku tak dapat membayangkan hidup aku tanpa dia.
kerana dia adalah sebahagian daripada hidupku.

Tapi jika betul lelaki itu menunaikan janjinya. Aku mahu berada di dalam dakapan hangat lelaki itu. Aku betul-betul rindukan dia. Senyuman dia, pelukkan hangat dia, ciuman dia. Sangat rindu.

Perasaan rindu aku terhadap dia. Tak dapat di ungkapkan dengan kata-kata.

[C]Morning Sickness||K.THWhere stories live. Discover now