Chapter 67; Cerai?

3.2K 405 29
                                    


Sesampai sahaja di bandar. Aku terus keluar daripada kereta. Aku membayar duit tambang kemudian tersenyum nipis kepada memandu tersebut. Memandu itu juga turut membalas senyumanku. Selepas kereta itu pergi. Aku terus membuka langkah ke hospital.

Hari ni sudah masuk 3 Minggu aku mengandung. Jadi aku harus mendaftar di hospital. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam hospital. Kenangan manis dan pahit menerjah fikiranku.

Di sinilah tempat pertama aku dan Taehyung menyambut kelahiran Hyun dan di sini jugalah tempat di mana aku bertemu dengan Minjung.

"Kenapa Check Up tak bagi tahu?" Aku tersentak apabila lenganku di tarik dari belakang lantas aku memusingkan tubuhku.

Kim Taehyung?

🎗🎗🎗

"Kenapa awak datang sorang-sorang? Naik teksi lagi. Awak tahu tak awak mengandung. Bahaya. Sekarang banyak kes jenayah" Bebel Taehyung sebaik sahaja aku selesai 'Check Up' Kandunganku. Aku mengulingkan bebola matamu. Malas nak layan Taehyung jadi aku ambil telefon. Aplikasi Instagram aku buka. Baik layan Instagram daripada Layan Taehyung.

"Saya cakap dengan awak, Sayang" Daguku di angkat sedikit mengunakan tangannya. Segera aku menepis.

"Awak jangan sentuh saya boleh tak? Saya tak suka" Marahku, Taehyung terdiam. Lelaki itu mengangguk. Aku terus menyandarkan tubuhku ke kerusi. Tak lama kemudian. Taehyung menlentokkan kepalanya ke atas bahuku.

"Taehyung, ap-"

"Saya pening. Saya nak tidur sekejap ya?" Katanya sekaligus membuatkan aku terdiam. Entah kenapa sikap Taehyung membuatkan kenangan aku kembali bermain di fikiran.

Waktu aku mengandungkan Hyun dulu,  Taehyung suka menlentokkan kepalanya ke atas bahu aku. Lagi-lagi bila tunggu giliran.

Airmata aku mula bergenang. Tak mahulah menangis. Nanti baby ni ingat mama dia tak kuat :') lama aku cuba menahan rasa sebak. Akhirnya airmata aku jatuh menitis. Terhincut bahuku.

"Sayang, Kenapa menangis ni?" Soal Taehyung risau. Lelaki itu berdiri tegak. Cuba untuk membuatku tenang.

"Sa-saya lapar" Nafiku, Taehyung tergelak.

"Kita pergi makan ya?"

🎗🎗🎗

Aku memeluk tubuh sambil menjeling Taehyung sekilas. Aku dah cakap aku nak balik dia heret juga aku pergi makan. Lepas pergi makan gatal pula ajak suruh teman dia makan dessert. Katanya sebagai hadiah sebab mengandungkan anak dia? Huh, Habistu isteri kedua tu pun hadiah juga ke?

"Pancake with ice cream?" Soal Pelayan tersebut. Aku mengangguk. Pelayan tersebut terus meletakkan sepinggan Pancake dan juga aiskrim vanila. Hiasan di atas ditabur coklat berwarna-warni. Nampak sedap.

"Makanlah, Pretty Mommy" Kata Taehyung lalu menolak pinggan Pancake kepadaku. Aku termenung seketika. Pretty Mommy? Tiba-tiba aku teringat Jimin. Lelaki itu pergi ke busan bersama Hyun. Agak-agak macam mana dia orang tu? Terdetik rasa ingin menelefon Jimin. Aku terus mengambil telefon. Nombor Jimin aku dail. Belum sempat telefon itu berbunyi. Taehyung terlebih dahulu merampas.

"Janganlah main telefon. Kitakan tengah dating" Taehyung mecemik. Aku tergamam. Dating? Sejak bila aku dengan dia dating? Padahal dia ajak keluar makan je kan?

"Yelah" kali ini aku mengalah. Taehyung tersenyum suka. Aku terus memotong pancake kemudian menyuap ke dalam mulutku "Suap saya" Taehyung membuka luas mulutnya dengan suara yang dibuat-buat comel. Aku menhempas sudu ke atas pinggan.

"Lelaki jenis apa awak ni Taehyung? Dah buat kesilapan besar. Awak boleh lagi bermanja-manja macam tak ada apa-apa?" Tiba-yiba Hatiku seperti terbakar. Sekali lagi aku rasa mahu menangis.

"Awak ingat awak pujuk saya dengan cara ni saya akan maafkan awak ke? Tak Taehyung. Saya tak semudah tu. Saya tetap nak bercerai. Okay?"

"Boleh tak jangan cakap pasal bercerai?" Kali ini lelaki itu juga turut terbakar. Daripada wajah ceria bertukar menjadi dingin. Suasana tadi mula hening.

[C]Morning Sickness||K.THWhere stories live. Discover now