Chapter 80; Daegu

2.9K 388 173
                                    


"Hyun-ah!" Aku terus berlari ke meja solekku apabila melihat Hyun cuba memanjat kerusi. Tubuh kecil Hyun aku dukung kemudian membawa Hyun ke katil. Aku melabuhkan punggung ke atas tilam.

"Nakal eh?" Aku menepuk kaki Hyun. Mencemik sekecil Hyun "Mama.." Mata Hyun mula berair. Tergapai-gapai tangan sekecil Hyun mahu menyentuh wajahku.

"Lain kali jangan nakal. Bahaya" Makin mencemik Hyun, Hyun memeluk leherku. Aku tersenyum nipis. Nak gugur jantung aku tadi. Nasib baik tak ada apa-apa.

"Pa..pa" Sebut Hyun, Aku menunduk memandang wajah Hyun, Hyun tersengih lalu menepuk-nepuk tangannya suka.

"Kamu rindu papa ke Hyun?" Rambut Hyun aku kuak ke belakang. Hyun mengangguk. Aku hanya tersenyum nipis lalu mencium pipi Hyun.

"Macam mana mama nak lepaskan kamu Hyun?"

🎗🎗🎗

"Awak pasti ke kekasih awak dah mati?" Soal Taehyung tidak puas hati. Lelaki itu memeluk tubuh lalu dia bersandar ke sofa. Wajah Minjung di tatap dengan pandangan  yang cukup dingin. Minjung menelan airliur yang terasa perit itu.

"Ya, itu apa yang dikatakan oleh ibu dia"

"Semudah tu kau percaya? Kau dah melawat ke kubur dia?" Soal Taehyung, Minjung tercengang "Buat apa? Saya lagi suka dia dah tak ada" Kata-kata Minjung membuatkan Taehyung tergelak.

"Kau pergi cari kubur dia. Aku nak kan Bukti" Taehyung bingkas berdiri. Begitu juga Minjung, Minjung menyilangkan tangannya ke dada.

"Apa masalah awak? Saya dah cakapkan dia dah mati kenapa awak tak puas hati lagi?!" Kali ini suara Minjung meninggi. Airmata dia di tahan-tahan.

"Terima saya Kim Taehyung! Lupakan dia. Dia dah tak cintakan awak. Kalau awak nak tahu. Lepas dia lahirkan anak dalam kandungan dia tu. Hyun dan anak tu saya yang akan ambil sebagai anak angkat!" Minjung mengambil fail di tepi meja. Lalu di tunjukkan kepada Taehyung.

Taehyung merampas fail tersebut lalu di buka fail itu. Kertas di dalam fail di tarik keluar. Surat beranak Hyun?

Taehyung mendongak memandang Minjung.

"Kenapa aku tak tahu pasal benda ni?"

"Dia suruh saya rahsiakan. Tapi, saya tak boleh rahsiakan benda ni. Dia dah ada lelaki lain, Kim Taehyung"

🎗🎗🎗

"Apa ni?" Taehyung membaling fail ke atas meja. Aku tergamam. Mana dia dapat fail ni? Aku segera mengambil fail tersebut.

"Kena-"

"Aku tanya kau apa tu?!" Tengking Taehyung. Mata lelaki itu mula berkaca. Aku menarik nafas lalu dihembus. Perasaan gementar di dalam diri aku. Aku tak dapat tahan.

"Taehyung, Saya dah buat keputusan saya. Saya nak bercerai dan saya tak nak Hyun, anak ni dan awak lagi. Saya nak cari kebahagiaan baru. Saya dah cuba untuk pujuk hati saya untuk terima awak. Tapi saya tak boleh. Semakin lama saya cintakan awak, semakin sakit yang saya dapat. Saya sayangkan Hyun. Tapi saya lepaskan Hyun bersebab..."

"Hyun, dia simpan seribu satu kenangan manis dan pahit antara kita...dia lambang cinta kita. Bila saya dekat dengan Hyun. Semakin saya sakit sebab tu saya ambil keputusan untuk tinggalkan dia..."

"Saya harapkan awak dan Minjung. Awak boleh jaga dia lebih baik daripada saya" Aku tersenyum nipis. Cecair jernih mula membasahi pipiku. Begitu juga Taehyung. Terhincut-hincut bahu lelaki itu menangis. Aku mengosok lembut tangan lelaki itu.

"Lepaskan saya, Kim Taehyung" Pujukku. Taehyung mengeleng. Lelaki itu bingkas bangun lalu melutut di hadapanku. Kakiku di peluk. Wajahnya di sembamkan ke atas pehaku. Aku terdiam, lalu mengosok rambut lelaki itu.

"Jangan pergi, Hyunjin" Rayunya. Makin kuat tangisanku. Kenapa setiap bertemuan yang indah akan berakhir dengan kesedihan?

"Awak kuat, Taehyung"

🎗🎗🎗

Aku menjengukkan sedikit kepalaku di depan pintu. Taehyung yang terbaring di atas katil itu membuatkan hati dipagut rasa pilu. Selepas aku bertemu dengan Taehyung di taman tadi. Lelaki itu tiba-tiba pengsan. Mungkin terlalu terkejut dan tekanan.

"Hyunjin..." Aku menoleh apabila bahuku di usap, Jimin tersenyum nipis "Pergilah melawat dia" Kata Jimin separuh memujuk. Aku mengeleng.

"Tak apalah. Dia nak mesti nak rehatkan? Saya balik dulu ya?" Pamitku. Aku memusingkan tubuhku. Aku mengetap bibir. Mahu sahaja aku berlari ke dalam wad
Yang menempatkan Taehyung.

"Hyunjin, Awak nak balik macam tu je?" Suara Jimin membuatkan langkahku terhenti. Aku tergamam.

"Ucapkan selamat tinggal sebelum awak bertolak ke Daegu" Aku memusingkan tubuhku memandang Jimin.

"Jimin, aw-"

"Saya tahu awak nak balik ke Daegu. Kalau awak melawat Taehyung. Saya rahsiakan pasal ni. Tapi kalau awak pergi. Saya akan bagitahu Taehyung" Ugut Jimin,  Aku mengetap bibir.

"Baiklah, saya melawat Taehyung"

🎗🎗🎗

"Kandungan awak dah berapa bulan?" Soal Taehyung. Perut yang sudah berusia 3 Bulan itu diusap. Aku terdiam, sudah lama aku tidak merasakan sentuhan lelaki itu.

"Kenapa berhenti kupas buah? Saya dah lapar ni" Aku berdehem lalu kembali mengupas buah Epal. Pipi aku mula membahang "Awak tak jawab lagi soalan saya, Hyunjin"

"3 bulan. Puas hati?" Soalku, Taehyung tergelak lalu bauh epal yang siap di kupas dan dipotong itu diambil "Awak nak?" Soalnya, Aku mengeleng.

"Tak naklah. Saya tak suka benda masam ni" Kataku, Taehyung mengangguk. Lelaki itu menarik tanganku.

"Awak jaga saya malam ni ya?"

"Kenapa pula? Panggilah isteri awak"

"Awakkan isteri saya"

"Saya tak ada suami sehodoh awaklah!"

"Tapi sehodoh-hodoh saya pun awak sayangkan?"

"Itu dulu!"

"Temankan lah saya"

"Tak na-"

"Temankan saya untuk kali terakhir sebelum awak pergi ke Daegu" Aku terdiam "Macam mana awak tahu? Jimin ke bagitahu?"

"Saya masih ada telinga Hyunjin. Mestilah saya dengar apa yang awak bualkan dengan Jimin. Suara awak tu bukannya perlahan" Perli Taehyung. Aku mengetap bibir menahan rasa sebak. Jadi lelaki itu sudah tahu rancangan aku?

"Okay saya temankan awak..." kali ini aku mengalah.

"Saya cintakan awak, Hyunjin"

"Diamlah, Kim Taehyung..." Entah untuk kali ke berapa. Aku menangis lagi.

🎗🎗🎗

Halo? Hehe. Rindu tak MS? maaf janji nak update tapi tak update-update. Huhu. Beta emo sikit tulis part Hyunjin dengan Taehyung. Tambah pula bts semalam. Nampaknya sudah masuk bulan 12 dan pukul 12 nanti beta baru boleh merasa umur 15. Kahkahkah. Kalau rajin. Nanti update chapter 81♡ Thanks♡

[C]Morning Sickness||K.THWhere stories live. Discover now