The End

4.7K 360 54
                                    

Aku menlangkah masuk ke dalam rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku menlangkah masuk ke dalam rumah. Selepas menutup pintu aku melabuhkan punggung ke atas sofa. Aku mengeluh. Kenangan lama menerjah fikiranku.

Dulu rumah ini di penuhi dengan gelak tawa aku dan dia. Dulu rumah ini tempat di mana aku boleh berehat di dalam dakapan hangat dia tapi sekarang? Cukuplah airmata yang mencerita segalanya.

Aku, akulah yang bersalah dalam hal ini. Aku yang lukakan hati orang yang aku sayang. Aku yang tak pernah bagi peluang pada dia untuk ceritakan segalanya. Aku ego. Aku yang rosakkan kebahagian aku sendiri.  Kalau dia bencikan aku. Aku terpaksa terima kenyataan. Aku tak boleh salahkan dia. Aku sendiri yang buat dia bencikan aku. Semuanya salah aku.

"Taehyung, Saya rindukan awak" Kataku sendiri. Airmata aku mula mengalir deras. Aku nak Taehyung. Aku nak anak-anak aku balik. Aku nak orang yang aku sayang dan aku cinta kembali semula pada aku. Tapi? Nak ke diaorang terima aku? Yang teruk ni? Layak ke? Layak ke aku rasa kebahagian?

"Sayang..." Suara lelaki yang serak basah itu membuatkan aku sedikit tersentak. Aku bingkas berdiri. Mencari suara itu. Itu suara Taehyung.

"Selamat hari lahir, Park Hyunjin" Aku tergamam apabila melihat Taehyung daripada belakang sambil membawa kek. Lelaki itu tersenyum manis.

"Taehyung? Apa semua ni?" Soalku. Aku masih lagi tidak faham dengan Taehyung. Baru berapa hari lepas dia suruh aku tinggalkan dia dan hari ini dia muncul?

"Hari ini hari lahir awak Hyunjin. Dah lupa ke?" Jawab Taehyung. Dahi aku berkerut. Taehyung hanya sekadar tersenyum.

"Tiup lilin ni sayang. Saya tak nak kek ni jadi kek lilin" Seloroh Taehyung. Aku tergelak sedikit lalu meniup lilin. Selepas meniup lilin. Taehyung meletakkan kek ke atas meja. Lelaki itu menepuk tangan.

"Taehyung. Saya tak faham" Kataku. Taehyung mengangkat sebelah keningnya dengan riak wajah yang pelik.

"Apa yang awak tak faham?" Lelaki itu melabuhkan punggung begitu juga aku. Aku duduk di sebelah Taehyung. Wajah lelaki itu di tatap.

"Awak cakap yang awak tak nak saya jadi isteri awak kenapa hari ni awak datang pula? Awak siap bawa kek lagi" Taehyung tergelak lalu memeluk tubuhku dari sisi.

"Orang gila je tak nak kan awak sayang" Kata Taehyung. Aku terdiam. Lama aku menatap wajah Taehyung, Taehyung tersenyum sedikit.

"Kita mulakan hidup baru. Nak?" Soal Taehyung, Aku mengangguk. Mestilah aku mahu. Aku mahu mulakan hidup baru bersama dia dan anak-anak kami.

"Sudi tak awak jadi isteri saya balik?"

"Saya sudi, untuk jadi isteri yang lebih baik kepada Taehyung dan anak-anak kita" Ucapku. Taehyung memegang kedua belah pipiku. Wajahnya dirapatkan. Bibir aku di cium. Aku turut membalas ciuman lelaki itu.

Saya cintakan awak. Taehyung.

💐💐💐

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada awak berdua. Maafkan saya. Kerana saya rumah tangga awak musnah. Terima kasih juga kerana sudi menerima saya dan Haneul. Saya minta maaf. Ya?" Kata Minjung. Aku dan Taehyung hanya tersenyum sambil mengangguk.

"Tak apalah. Yang penting Haneul dah jumpa ayah kandung dia. Kan Haneul?" Aku mencubit pipi Haneul geram. Haneul tergelak. Begitu juga Minjung dan Minhyun.

"Kami minta diri dulu ya?" Pamit Minhyun. Aku memeluk Minjung. Selepas pelukan dilerai. Minjung dan Minhyun terus meninggalkan aku dan Taehyung.

Taehyung memeluk tubuhku dari sisi. Rambutku di usap manja. Aku pula hanya tersengih.

"Sekarang cuma awak yang jadi isteri saya. Tiada yang kedua ataupun ketiga. Okay?" Pipiku di cium sekilas. Aku tergelak lalu memukul bahu Taehyung.

"Cepatlah kita dah lambat ni ambil Hyun" Kataku, Taehyung menepuk dahi sambil tergelak "Macam mana saya lupa yang Hyun sekolah"

💐💐💐

"

Hyun-ah! Kenapa kamu tolak adik kamu?" Marahku kepada Hyun. Taerin yang menangis teresak-esak di tepi tangga itu aku dukung. Hyun pula mencemik sambil berdiri dibelakang dinding.

"Sini kamu. Mama nak cakap dengan kamu" Kataku, Hyun mendekati aku dengan takut-takut.

"Taerin...ambil mainan Hyun"  Jelas Hyun. Aku mengeluh lalu menarik Hyun ke dalam pelukkan "Jangan bergaduh lagi ya? Kamu kan dah besar kena jaga adik. Okay?" Hyun mengangguk dengan mulut
Yang memuncung.

"Peluk cepat" Arahku. Hyun terus memeluk Taerin. Aku tergelak melihat telatah si kecil Hyun dan Taerin. Suka sangat bergaduh sebab benda kecil. Kalau dah berbaik tu. Baik sangat.

"Hyun, Taerin. Papa dah balik!" Suara Taehyung yang menjerit itu membuatkan aku tersentak. Aku mencekak pinggang. Nak tercabut jantung aku dibuatnya.

"Yeah papa balik!" Hyun terus berlari ke arah Taehyung. Manakala Taerin masih lagi merangkak. Taehyung mendukung Taerin. Hyun pula memeluk Taehyung.

"Awak tak panggil pun nama saya" Kataku sambil memeluk tubuh. Bibirku di muncungkan sedikit sebagai tanda merajuk. Taehyung tergelak lalu meletakkan kembali Taerin kebawah.

Dia mendekati aku.

"Saya panggil 'nama' awak special untuk malam nanti" Bisik Taehyung lalu mengeyitkan sebelah matanya. Pipi aku mula membahang.

"Kim Taehyung!"

•The End•


Assalamualaikum, Saya Anis/Shotong ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Readers yang sudi membaca cerita ini daripada Mula sampailah ke akhir. Walaupun saya jarang update korang masih lagi sabar menunggu chapter yang baru.

Kalau tak ada Readers mungkin saya tak berjaya. Untuk kali pertamanya cerita saya cecah 105K Views dan 22k Vote. Saya pun tak jangka dapat Views dan Vote sebanyak ni. Terima kasih sekali lagi. Apa-apa pun jangan lupa menyokong cerita baru saya yang bertajuk SYAITAN. Akan di publish tak lama lagi. Untuk cerita SYAITAN saya memilih Jeon Jungkook sebagai watak utama dan juga Jeon Wonwoo.

Nantikan♡

Terimalah bunga daripada kami😹

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Terimalah bunga daripada kami😹

[C]Morning Sickness||K.THWhere stories live. Discover now