'Kringgggg~'
Aku berhenti menulis,diangkat kepala lalu melihat papan hitam di hadapan tanpa berminat. Wajahku benar-benar lesu, bayangkan tiga jam straight belajar mata pelajaran yang sama, Math pulak tu!? Boleh gila aku..
Aku mengeluh lega saat si Fathonah, i mean CIKGU FATHONAH berhenti menulis. Pompuan ni kalau mengajar memang overdose, ditambah pula dengan perangai dia yang perasaan. LOL, aku tak tahu kenapa aku tak berkenan sangat dengan dia. Satu-satunya cikgu dalam sekolah ni, hanya dia seorang je. Waddahell sungguh.. Segala benda yang dia buat memang tak pernah kena dekat mata aku. Shit, anak murid apa aku ni.. Semoga ilmu yang aku belajar ni berkat, hu hu..
Btw, nama sebenarnya bukan Fathonah, aku saja cipta. Real name dia susah so aku tukarlah. Dia pun tak guna real name dia, semua students panggil dia Cikgu Fatin. Just geng aku je tahu name ni, tak tahulah kalau ada telinga terpasang atau mulut bocor. Well, tu wallahua'lam.. Biasa laa orang banyak 'peminat' ni.
So, apa yang aku cerita kat sini is 'bout mylifeuuu... Well, of course lah. Sebab aku main cast dalam ni. Tapi, heroin without hero mesti nampak sunyi kan? Pffft, aku lain. Aku tak kisah mana, ada ke tidak, asalkan aku happy sebab aku tahu, one day tuhan akan datangkan juga kepada aku. Sebab tuhan kan Maha Kuasa and Adil, so aku yakin tentang itu!!!
"Psstttt... Oittt... Nisa'a... "Aku mengedipkan mata berkali-kali. Tersedar dari lamunan.
"Apa?" tanyaku tanpa melihat kearahnya, rakan semejaku. Mata ku fokus terhadap nota yang ditulis tadi. 'Jap, apa benda yang aku tulis ni? 'Aku mengerutkan dahi, tak faham. Aku mengedipkan mata berkali-kali,'Bukan tulisan ni,cakar ayam ada ahh...' Aku mengomel dalam hati.
"Wey, kau tak nak balik ke???" segera aku menoleh ke arahnya, dirinya yang rapi dengan beg galas di bahu, beberapa buah buku juga berada di tangannya. Sekeliling kelas ku perhati, kosong. 'Merecik.. '
"O.. Oh.. Kau baliklah dulu." dia hanya mengangguk. Aku tersenyum kaku, menutup malu kelakuanku tadi.
"Bye.. "Kataku. Dia hanya tersenyum memandangku lalu mengangguk tanda faham.
"K lah, byee~" dia melambai kepadaku sebentar lalu berjalan keluar dari kelas. Aku mengumpat dalam hati, 'Shit, camne aku boleh tak sedar kelas dah tamat? Ni mesti melamun tadi punya pasal.' Aku mengetuk - ngetuk kepala dengan tangan. Dengan harapan otakku boleh berfungsi dengan betul.
💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞
Aku berjalan dengan penuh semangat, mengingatkan hari ni boyband K-pop aku comeback stage. Aku tak boleh terlepas live stream diorang, no way and never!!!
"Woiii, Nisa'a!!! Sini~" aku berhenti berjalan lalu memerhati sekeliling, mencari tuan empunya suara yang memanggil namaku sebentar tadi. Seorang gadis yang bertudung biru tua namun nampak sesuai dengan kulit putihnya, bersama dua orang lelaki berkot dan berkaca mata hitam di hujung jalan menarik perhatianku. Gadis itu melambai - lambaikan tangan ke arahku. Aku terkejut, lalu tersenyum sambil menggelengkan kepala melihatnya. Segera aku menuju ke arahnya, ya dia.. Sahabatku, tentu saja.
Namanya Nasya, berumur 22 tahun. Kawan baik aku, dua orang lelaki tu pulak maybe orang suruhan boyfriend dia atau pengawal peribadi yang diupah. Aku tak nak cerita banyak pasal dia, sebab aku tak nak mati awal lagi. Wajahnya yang bujur sirih dan kulitnya yang putih susu and selalu buat aku jealous.Bibir burung yang bagi aku unik, and matanya yang sepet saat tersenyum selalu buat aku tergelak tak tahu kenapa. And kalau korang rasa tergugat dia, please aku mohon, dia dah berpunya. Jangan bunuh aku kalau kau baca ni by the way.. Hehe..

YOU ARE READING
D'one
Mystery / ThrillerMemandang dari jauh sambil mencintai atau mengambil risiko meluahkan segalanya? Biarpun tidak berbalas, setidak-tidaknya.. perasaanmu diketahui olehnya. Kerana semuanya akan menjadi kenangan juga akhirnya, kan?