1 : Sekolah

11 1 0
                                    

Suasana pagi yang damai di Sekolah Menengah Damanjaya pada hari pertama persekolahan membuatkan Rihana Resya , seorang pelajar tingkatan 5 bersemangat untuk memulakan hari persekolahannya. Sementara menunggu kelibat rakan baiknya , Liya Sakinah tiba ke sekolah, Rihana menjenguk ke dataran sekolah iaitu Dataran Alawiyah untuk melihat barisan kelasnya iaitu 5 Amanah. Selama 4 tahun bersekolah di sini, baru tahun inilah Rihana akhirnya dapat masuk ke kelas yang sama dengan rakan baiknya itu.

'Tak sia-sia usaha aku selama di tingkatan 4 untuk masuk ke program Sukses dan masuk ke kelas yang sama dengan Liya, Alhamdulillah,' monolog Rihana dalam hatinya.

Program Sukses merupakan sebuah program khas untuk pelajar tingkatan 4 yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun mereka dan diberi program khas dalam persiapan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini. Rihana sangat bersyukur dikurniakan sahabat sebaik Liya kerana Liya sering memberi tunjuk ajar dalam subjek yang dia lemah. Liya merupakan salah seorang pelajar cemerlang di SMD dan mereka sering bersaing secara sihat untuk mendapat keputusan akademik dan kokurikulum yang cemerlang. Namun, melalui itulah persahabatan mereka semakin utuh dan akrab.

"Assalamualaikum cik kak, lama tunggu aku?," sapaan secara tiba-tiba oleh Liya menyebabkan Rihana hampir saja melatah namun masih dapat control ayunya.

"Hish kau ni, buat aku lemah jantung je pagi-pagi ni," Rihana sempat menepuk bahu rakannya itu sebelum berpelukan sesama mereka. Walaupun mereka sering berhubung melalui aplikasi Whatsapp dan Instagram selama cuti persekolahan, namun perasaan rindu terus hilang apabila dapat bertemu wajah dalam kehidupan sebenar.

"Kau nampak semakin kurus la Ri, jeles aku . Berkesan jugak cara kau diet tu. Aku pulak asyik menambah lemak je kat rumah hurmm," Liya memulakan perbualannya.

"Eh mana ada kurus. Aku rasa sama je badan aku selama ni. But if betul kau nampak aku kurus, thanks for your compliments bestie!, " Rihana cuba untuk merendah diri tetapi itulah, siapa saja yang tidak suka dipuji .

"Haaa, dah nak perasan dah tu, kang aku tarik balik pujian aku tadi..." belum sempat Liya menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba mereka disapa oleh seseorang

"Ehem, aku taulah kau dah lama tak jumpa best friend kau, tapi masuklah barisan kelas kau dulu. Dah cepat-cepat ," Haris Fahmi , adik kepada Liya berdiri di antara mereka sambil membuat gaya tangan menghalau.

"Ewah, ingat ni sekolah kau ke nak halau-halau orang. Kau tu baru form 3, pengawas baru pulak tu, hormat sikit kami yang form 5 ni ! , sibuk je, dahlah Ri jom jalan," respon Liya terhadap adiknya menyebabkan Rihana terhibur melihat keletah dua beradik itu.

"Sebagai pengawas beretika, aku hanya menjalankan tugas, taknaklah tulis nama kakak sendiri kat buku rekod, tak sanggup tau," kemudian Haris memandang ke arah Rihana , " Hi Kak Ri , lama dah tak jumpa akak ," katanya kepada Rihana sambil tersenyum mesra.

"Amboi kau, dengan member aku kau nak hi hi pulak. Pergilah jaga awek-awek kau tu," Liya menarik tangan Rihana , tetapi Rihana sempat membalas sapaan Haris, " Hi Haris , jadi pengawas elok-elok," sebelum mereka beredar pergi.

"Hah, kau cakap macam tu kat dia, balik rumah nanti mulalah perasan dia hot guy," kata Liya yang kelihatannya agak marah.

"Relax sister, aku bagi semangat je kut, kesian dia asyik kena kecam dengan kakak sendiri," Rihana tampil membela dirinya sebelum mereka berdua kelihatan gelak bersama.

***

"Semua murid boleh bergerak ke kelas masing-masing sekarang. Pastikan kelas dibersihkan sebelum pdp bermula. Pastikan guru-guru masuk ke kelas mengikut waktu jadual kelas." pesanan ringkas yang sering diberikan oleh pengawas bertugas merupakan rutin setiap hari bagi warga SMD sebelum memasuki kelas.

Para pelajar kelihatannya agak berpusu-pusu untuk menuju ke kelas, semestinya untuk mengecop tempat duduk di dalam kelas. Tidak ketinggalan juga bagi dua sahabat itu. Sampai sahaja di kelas 5 Amanah, mereka terus menuju ke tempat duduk berdua di bahagian tengah kelas. Tidak lama kemudian, pelajar-pelajar 5 Amanah mula memenuhi ruang tempat duduk di dalam kelas. Liya dan Rihana lega kerana mereka mendapat tempat duduk yang agak selesa.

"Selamat datang ke 5 Amanah , Ri! Akhirnya ada jugak muka lain yang masuk ke kelas kita ni," Sarah Amani yang terkenal dengan sikap peramahnya itu menyapa Rihana.

"Hi Sarah and the geng, semoga anda semua dapat menerima saya sebagai sebahagian keluarga 5 Amanah," seperti biasa, Rihana sentiasa merendah diri walaupun ketika bercakap dengan orang yang dia selesa bergaul.

"Untunglah, dah sama kelas dengan crush uuuu," muncul Irina secara tiba-tiba sambil menepuk bahu Rihana dengan kuat. Kata-kata Irina itu membuatkan Rihana mahu sahaja menyorokkan dirinya kerana malu.

"Ish kau ni, tengok muka dia dah merah dah, kesian la dia awal-awal pagi dah kena sakat dengan kau," Liya membela Rihana namun pada masa yang sama, turut ketawa melihat perubahan muka Rihana

Belum sempat Rihana mahu membalas, guru kelas mereka sudah tiba. Rihana mampu menghela nafas lega.



Cinta Dalam DendamWhere stories live. Discover now