4 : Kelab II

5 1 0
                                    

"Cikgu, saya rasa tidak adil lah kalau kesemua jawatan itu disapu oleh pelajar 5 Amanah sahaja, kami nak campak mana?", tanpa rasa bersalah Sasha bagaikan menentang keputusan Cikgu Azah.

"Buat pengetahuan, unit beruniform kita akan menyertai pelbagai pertandingan bertaraf antarabangsa pada tahun ini. Pentadbir mengharapkan cikgu untuk memilih pelajar yang cemerlang dan komited dalam menguruskan kerja. Kami telah muktamad untuk menamakan mereka sebagai ahli jawatankuasa tertinggi pengakap, dan nama tersebut juga telah dihantar ke pejabat pelajaran." panjang lebar penerangan Cikgu Azah kepada semua ahli.

Liya dan Rihana juga agak terkejut kerana mereka fikir mereka hanya menjawat jawatan tinggi dalam organisasi PSS, namun sebaliknya pula terjadi.

"Tapi cikgu,.." Sasha cuba untuk membantah lagi.

"KEPUTUSAN ADALAH MUKTMAD. NO OFFENSE!" Cikgu Azah juga kelihatan geram dengan sikap Sasha yang bagaikan lebih sudu dari kuah itu.

"Kepada yang dilantik, tahniah cikgu ucapkan dan kepada yang lain, jadilah ahli yang aktif kerana kamu juga akan dapat markah tambahan walaupun tidak menjadi ajk tertinggi." sedar akan perbalahan yang bakal tercetus, Cikgu Maryam segera mengambil port, menggantikan Cikgu Azah yang sedang panas hati itu.

"AJK tertinggi yang baharu dilantik sila tunggu sebentar. Yang lain, kamu boleh beransur pulang ke kelas."

Sedang Rihana berjalan ke arah cikgu beriringan dengan Liya, Sasha menghalang laluan mereka.

"Dengar sini ya, Rizman itu hak aku. Kau jangan cuba-cuba nak rampas dia dari aku!" Jelas Sasha masih tidak puas hati dengan keputusan tadi dan kini bagaikan mahu menyalahkan Rihana pula.

"Dear, aku takde masa la nak tengok bf kau tu. Kau je yang tergilakan sangat kat dia. " tenang Rihana membalas kata-kata pedas Sasha itu. Setakat si Rizman tu, aku boleh dapat yang lagi boek la!

"Mulut kau ni kan, nak je aku belasah cukup-cukup. Takpe, I'll see you from afar, if you try to get him..."

"What will you do? Nak bunuh aku? Oh, come on la. Benda ni pun kau nak besar-besarkan. Such an lame thing." Rihana sudah malas mahu melayan kerenah Sasha yang entah apa-apa.

"The two of you over there, come here please. Sasha, go back to your class please. This has nothing to do with you." Wah, Mr.Rizman idaman semua sudah masuk campur. Siap speaking lagi tu. Rihana mahu sahaja melonjak keriangan kerana dia bagai tidak menyebelahi Sasha.

"Need to go now. Byee.." Rihana tersenyum kemenangan ke arah Sasha sambil menarik tangan Liya. Lega rasanya.

"Ada ubi ada batas. ada hari akan ku balas. Tengoklah." Sasha berkata-kata dalam hati.

***

"Well, berdasarkan apa yang korang tahu, kita telah diantik sebagai AJK Tertinggi Pengakap. Aku akan pastikan korang buat kerja on time. Tiada kompromi. By the way, aku akan buat satu Whatsapp group untuk ajk-ajk. Segala masalah atau hal boleh dibincang dalam group tu." Walaupun Rizman bagaikan bersifat bossy dan agak kerek, namun Rihana dapat merasakan bahawa Rizman akan menjadi seorang ketua yang berkaliber kerana gayanya yang tegas.

"Elok pulak dia cakap melayu. Tadi kemain speaking." Diam-diam Liya berbisik kepada Rihana.

"Ha, kau gosip apa tu?" Laju sahaja mata Rizman memandang ke arah Liya dan Rihana. Tangkas jugak mamat ni. Nampak saja apa orang buat.

"Err, takde apa-apa. Saja bincang nak makan apa tengah hari ni." Rihana cepat-cepat cover up untuk Liya yang sudah terkulat-kulat di sisinya.

"Apa-apa jelah. By the way, nanti aku akan roger korang if ada apa-apa kerja. Awal tahun ni banyak la kerja ya. Jangan mengelat. Aku rasa semua dah boleh balik kelas. See you all next time." Rizman memberi kata-kata terakhir sebelum bersurai.

"Tapi, bukan all of us classmates ke? Asal kitaorang je kena balik kelas?'

Sekali lagi, Rizman memandang Rihana dengan muka kereknya itu. Kemungkinan dia lupa bahawa mereka semua adalah classmates.

Malu la tu!


Cinta Dalam DendamWhere stories live. Discover now