5 : Sukan

3 0 0
                                    

Februari 2000

Sedar tak sedar, sudah masuk bulan ke 2 mereka menjalani rutin harian sebagai pelajar tingkatan 5. Hari mereka juga penuh dengan aktiviti sekolah, terutamanya Hari Sukan Sekolah yang bakal membuka tirainya dalam dua minggu lagi. Para atlet yang menjadi harapan setiap rumah sukan dilihat  berlatih dengan bersungguh-sungguh di padang sekolah, sambil disaksikan oleh guru.

Tidak ketinggalan juga buat dua sahabat ini, iaitu Liya dan Rihana. Walaupun mereka tidak menyertai sebarang aktiviti sukan, namun mereka terlibat sebagai sukarela yang membantu atlet jika mereka mengalami kecederaan.

Pada petang itu, mereka turut menyertai acara padang namun hanya sebagai penonton sahaja. Sambil menonton dari kantin, mereka turut membasahkan tekak mereka dengan minuman di kantin. Hari yang sangat panas la katakan.

"Kau rasa rumah mana jadi juara tahun ni?" , sambil menikmati minuman, Rihana bertanya kepada Liya.

"Aku mula-mula expect rumah merah, a.k.a rumah sukan kesayangan kau tu, maklumlah atlet kebanggaan sekolah ada kat situ. Tapi, apa yang aku tengok harini, semua berpeluang kot." Liya memberi pandangannya.

"Aku faham apa yang kau maksudkan atlet kebanggaan tu, Rizman kan?" Rihana mengangkat keningnya.

"Yelah, siapa lagi kalau bukan dia."

"Aih, lain macam kau ni, asyik mention nama dia je." Rihana sakan menyakat . Suka benar melihat muka rakannya itu sudah kemerahan seperti udang dibakar.

"Asal merah sangat tu? Aku rasa kat sini teduh je, tak rasa panas pun."

"Memanglah tak panas kat sini, tapi aku panas hati dengan kau sekarang ni." Liya menahan geram. Mahu sahaj dia menyumbat ais-ais di dalam cawan ke dalam mulut rakannya itu.

"Ala chill lah sis, saya bergurau aja." Rihana terbahak-bahak ketawa.  Namun, aktiviti mereka terbantut seketika apabila kelibat orang yang disebut-sebut namanya itu sudah berada berhampiran mereka.

"Panjang umur dia, baru je sebut tadi. Tanda apakah ini." Rihana memulakan sesi 'gosip hangat.' Lebih-lebih lagi kelibat Sasha di sampingnya turut menambah rencah dalam gosip mereka.

"Sibuk je minah tu ish, tak malu lagi ke kena marah hari itu." Liya memuncungkan bibirna, tanda tidak puas hati.

"Kau ni, mereka kan pasangan paling hot kat sekolah. Tak sahlah kalau tak bersama-sama setiap waktu. Tapikan, aku rasa macam kesian pulak kat Rizman tu. "

"Asal pulak?" tanya Liya. Pelik .

"Kau perasan tak Rizman tu macam terpaksa je layan si Sasha tu. Entah-entah kalau diorang takde related apa-apa, Rizman taknak pun kat Sasha tu. Tengoklah, dari sini pun kita boleh lihat secara jelas diorang tu, seorang tu over excited, seorang lagi macam nak taknak je." Panjang lebar Rihana menjelaskan.

Mereka memandang secara sipi-sipi , laksana detektif yang sedang menjalankan kerja perisikan. Kelihatan Sasha dan Rizman duduk berdua di hujung kantin, sambil Sasha beriya-iya mahu menyuapkan roti ke mulut Rizman. Euw, so childish. Rizman bagaikan malas hendak melayan kerenah Sasha itu.

"Uwek..uwek...help me, aku nak muntah sekarang." Liya buat-buat mahu termuntah. Nampak sangat terdesak nak kat lelaki!

"Jomlah kita keluar, lagipun dah nak balik pun. Baik kita kemas beg." ajak Rihana seraya menarik tangan Liya. Malas nak lama-lama di sekolah sambil melihat aksi yang tidak manis dipandang. Astaghfirullah.

Akibat tergopoh-gopoh mahu membuang sampah, Rihana terlanggar seseorang. Mahu sahaja dia menjerit kerana dia telah terlanggar orang yang dia sangat menyampah.

Iaitu Rizman Faisal.





You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 04, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Dalam DendamWhere stories live. Discover now