2 : Kelas

5 1 0
                                    

"Terima kasih cikgu!" , laungan itu bergema sejurus sahaja guru kelas 5 Amanah, iaitu Cikgu Anisah yang juga merupakan guru mata pelajaran Fizik selesai mengajar. "Sama-sama semua. Jangan lupa siapkan kerja rumah yang baru itu ya" Cikgu Anisah yang terkenal dengan sifat lembutnya itu tidak lupa memberi peringatan mesra buat anak murid tersayang.

Sedang mereka bersiap-sedia untuk matapelajaran seterusnya, beberapa orang pelajar 5 Amanah sibuk berbincang mengenai aktiviti kokurikulum yang bakal mereka sertai pada tahun ini. Rihana yang terdengar perbincangan itu lantas mencuit Liya dan beberapa lagi rakannya yang lain.

"Korang nak join sukan apa tahun ni? kalau boleh aku nak join badminton je macam last year." Rihana seperti biasa akan menjadi orang pertama menyuarakan pandangan.

"Aku ikut kau je. Yang penting kita kena cepat time berkumpul untuk mesyuarat agung nanti. Taknaklah jadi macam kita form 3 dulu." Liya turut bersepakat dengan Rihana. Mereka berdua sentiasa bersama-sama dalam apa jua aktiviti yang disertai sehinggakan rakan-rakan lain pun sudah mengetahui tabiat mereka itu.

"Aku pulak teringin nak join bola jaring. Tapi aku dah termasuk jombola last year. Tengoklah macam mana " sahut Irina sambil mengunyah keropok.

"Kami bertiga sepakat akan setia dengan jombola. Cikgu dah janji nak beri jawatan tinggi dalam kelab." Sarah bersama dua orang rakannya, Nisa dan Huda pula memberi kata putus.

Sedang mereka rancak berbual, muncul 3 sahabat yang sentiasa bersama-sama seperti belangkas ke mana-mana datang ke meja mereka.

"Hi guys, nak join discussion korang boleh? Macam serius je." Danial, yang merupakan Ketua Murid di SMD menyapa mereka. Danial yang terkenal dengan sifat sweet-talking dalam kalangan pelajar perempuan juga merupakan salah seorang pelajar harapan sekolah, sama seperti dua sahabatnya yang lain iaitu Ilhan dan Amar.

"By the way, hi new classmate, Rihana." sudah masuk kali kedua Rihana disapa oleh rakan-rakan kelas barunya. Rihana hanya tersenyum, kerana sedar akan kehadiran seseorang yang diminatinya.

"Oh sure Danial. Join je la." Liya mengajak.

Tidak semena-mena Irina terbatuk-batuk sambil memandang ke arah Rihana tersenyum-senyum. "Untunglah orang tu..." Irina tersengih seperti kerang busuk.

Rihana membuat tidak endah, namun dia perasan bahawa Ilhan sedang merenung ke arahnya. Mahu sahaja dia bersorak, namun dalam hati sahajalah.

"Ok dah-dah, lets start our discussion." Sarah bertindak menenangkan keadaa

Sedang mereka sibuk berbincang, ada sepasang mata memerhati dari jauh perbuatan mereka secara senyap.

Cinta Dalam DendamWhere stories live. Discover now