Siri 242-Jasad Jadi batang pisang

1.8K 20 0
                                    

  Sambungan Siri² Bercakap Dengan Jin 

 Perkelahian dua insan yang berlaku di depan mata sungguh mendebarkan. Tetapi tidak pula bagi lelaki berdarah dahi.

Perkelahian itu buatnya sungguh menyeronokkan. Setiap kali orang bertarung di tanah lapang melepaskan tikaman pada lawannya, lelaki berdarah dahi ketawa kepuasan.

"Hebat, " dengusnya.

Bila pihak lawan membalas dengan tikaman bertubi-tubi, lelaki berdarah dahi bertepuk tangan. Ketawanya semakin keras dan dia melompat-lompat sambil menjerit. Tidak ubah macam orang kena histeria.

"Pelik," saya merungut dalam hati.

Si pemandu hanya mengigit bibir melihat telatah lelaki berdarah dahi. Datuk memalingkan wajahnya ke arah lain. Dia tidak mahu melihat pertarungan maut yang tidak menguntungkan sesiapa.

"Leraikan mereka!," seru datuk keras tanpa menoleh ke arah orang yang bertarung.

Si pemandu tahu. saya juga tahu, begitu juga dengan Syed Hamid AI-Hadad. Kata-kata itu datuk tujukan kepada lelaki berdarah dahi. Ternyata seruan itu tidak diendahkannya.

"Berhentikan."

Syed Hamid Al-Hadad atau Pak Habib, secara mendadak menyokong datuk. Saya dan si pemandu jadi serba salah. Apakah kami juga disuruh bertindak meleraikan perkelahian tersebut? Ertinya, ungkapan yang diluahkan Pak Habib sebentar tadi, tidak terhad pada lelaki berdarah dahi saja.

"Kamu berani meleraikannya?," Secara berbisik saya bertanya pada pemandu.

"Aku tak sanggup. bagaimana dengan kamu?," si pemandu menyoal saya kembali. Dengan pantas saya gelengkan kepala. Kemudian kami segera berpandangan.

"Cubalah leraikan mereka," ulang Pak Habib.

"Biarkan mereka mampus," lelaki berdarah dahi membantah.

"Haaaa.........."sahut datuk.

Dengan pantas datuk memusingkan tubuhnya. Wajah lelaki berdarah dahi ditatapnya dengan seribu tandatanya. Penuh rasa hairan dan pelik.

Situasi yang berlaku, membuat Pak Habib tidak tentu arah. Dia bimbang benar, kalau lerjadi pertengkaran antara datuk dengan lelaki berdarah dahi. Akhirnya, Pak Habib menarik nalas lega. Datuk tidak pula memperlihatkan sikap yang agresif, begitu juga dengan lelaki berdarah dahi.

Dua insan yang bertarung di tanah lapang terus memperjudikan nasib. Sukar diduga, antara mereka berdua siapa yang lebih dulu gugurkebumi. Satu hal yang pasti. mereka saling berbalas tikaman. Saling melepaskan buku lima dan tendangan tajam.

Ada ketikanya, kedua-dua insan tersebut saling bergulingan, berlompatan. Dengan mata terbuka, saya melihat beberapa tikaman yang dilakukan tepat mengenai sasaran di tubuh. Tetapl. tidak meninggalkan sebarang kesan. Tidak luka, tidak pula berdarah,

Tubuh kedua-duanya tidak mampan atau lut dengan senjata tajam. Si pemandu mengikuti setiap gerak langkah yang diatur oleh kedua-dua insan itu. Lelaki berdarah dahi. tidak berubah tetap seperti tadi. Ada masanya melompat tinggi, di ketika yang lain menjerit dan ketawa terbahak-bahak sarnbil ber-tepuk tangan.

"Ahhhhhhh........."

Salah seorang daripada mereka yang bertarung menjerit panjang. Dia lergelincir lalu jatuh ketika menepis tikaman iawannya. Dalam keadaan yang terkial-kial mahu bangun dia menggunakan kaki untuk mengelak dan menyelamatkan nyawanya. Segala-galanya berlaku dengan pantas sekall.

TIKAM

DI SAAT lawan menerkam dengan senjata terhunus ditangan lelaki yang terbaring segera mengangkat kaki kanannya. Dia melepaskan tendangan yang padu dibahagian punggung lelaki yang menerkam. Tendangan itu menye-babkan lelaki yang menyerang terdorong ke belakang lalu jatuh terlentang.

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Sambungan 3)(COMPLETE)Where stories live. Discover now