Siri 246-Diancam Dengan Parang Panjang

1.1K 17 0
                                    

  Sambungan Siri² Bercakap Dengan Jin  

Pemandu dan saya didakap keresahan. Begitu juga dengan tiga manusia laknat. Mereka menanti ungkapan yang bakal dilontarkan oleh Pak Habib atau datuk. Kalau elok kata yang keluar, selamatlah mereka. Kalau buruk yang diucapkan, celakalah hidup mereka.

" Aku maafkan perbuatan kamu semua."

Ketiga-tiga manusia laknat menarik nafas lega. Serentak menatap bumi di kaki dan serentak pula mengangkat wajah bersama tangisan kesyukuran. Dalam saat yang sama, salah seorang daripada mereka (yang berwajah separuh bulat) merenung tajam kearah saya. Kemudian terus mendekati datuk.

"Apa tuan tidak melepaskan kutukan dan sumpah buat kami dan keturunan kami?" Itulah pertanyaan yang dlemparkan pada datuk.

"Kamu orang Islam?" Datuk renung biji matanya.

"Iya, " angguknya, "tetapi Islam pada nama saja."

"Soal kutukan, soal sumpah, bukan kerja orang yang beriman. Orang Islam yang beriman tidak percaya pada kutukan, pada sumpah, pada tangkal azimat selain pada Allah."

"Tuan, saya jadi orang Islam yang baik dan beriman, bagaimana tuan?"

"Carilah ilmu dari orang yang ada ilmu,"

BERKERUT

Lelaki itu terdiam seketika, dahinya nampak berkerut. Dua orang rakannya yag dapat mendengar kata-kata datuk turut termenung. Macam ada sesuatu yang berlegar di dalam tempurung kepala mereka.

"Ah......."

Tiba-tiba saja lelaki berdarah dahi mengeluh pendek. Bayangan kekesalan terpamer di muka. Agaknya menyesali diri sendiri. Sepatutya sebagai sebagai seorang yag mempunyai asas ugama serba sedikit, tidak wajar dia terpengaruh dengan perbuatan syirik.

"Allah ampunilah perbuatan hamba mu ini yang dhaif dan hina ini," keluhan leaki berdarah dahi berlanjutan dengan sedu yang mengocang bahu.

"Sudahlah," pujik datuk, tangisan bersama sedu beransur reda dan akhirnya hilang. Keadaan sekita terasa sepi dan hiba. Angin malam yang bertiup terus mengugurkan dedaun tua.

"Tidak ada apa yang harus kamu risaukan," nada suara datuk begitu simpatik sekali.

"Pak Habib ini orang baik, aku fkir dia akan memaafkan kamu semua. Jadi kamu bertiga harus sedar, mesti insaf dan bertaubat."

Saya lihat ketiga-tiga laknat itu terdiam membatu. Pemandu disisi saya menggaru hujung hidungnya. Dia tahu datuk akan menyambung kata, penunjuk arah agar ketiga-tiga manusia menjadi insan yang baik.

"Sekiranya kamu bertiga berjanji palsu dan meneruskan perbuatan ini lagi, munkin kamu bertiga dak akan bertemu dengan orang yang sebaik Pak Habib. Kalau silap carannya, isi perut kamu terburai kena kerambit," satu persatu wajah ketiga-tiga lelaki itu datuk tatap.

ARAH

Lelaki berdarah dahi, kelihatan tidak tentu arah. Dia menark nafas dalam-dalam. Kemudian renung muka dua orang kawannya. Pak Habib kelihatan tenang. Sesekali dia merenung ke dada langit.

Secara mengejut lelaki berdarah berdarah dahi memeluk uuh kedua-dua orang temannya sambil berbisik sesuatu.

"Kami bertiga berjanji , tidak akan melakukan perkara seperti ini di masa akan datang," ketiga-tiga manusia laknat mengangkat tangkat kanan, berikrar di depan Pak Habib dan datuk. Tetapi, datuk dan Pak Habib tidak memberikan reaksi positif.

"Kami bertaubat, berjanji tak buat lagi perkara macam ini, maafkan kami, jangandihukum kami," serentak tiga lelaki laknat bersuara.

"Aku memang sudah lama memaafkan kamu."

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Sambungan 3)(COMPLETE)Where stories live. Discover now