Siri 243-Tepuk Bumi petaka Tiba

1.2K 23 0
                                    

  Sambungan Siri² Bercakap Dengan Jin

Secara lembut ( sebenarnya memaksa) datuk menyuruh lelaki berdarah dahi duduk di tengah-tengah, antara datuk dan Pak Habib. Kemudian secara penuh diplomasi disuruh menjerit dengan sekuat hati, mendesak agar kedua-dua kawan-nya berhenti dari bertarung.

Ternyata kali ini, agak sukar mengubah pendiriannya. Dia masih seperti tadi, mahu keduadua kawannya itu bertarung hingga salah seorang daripada mereka menemui maut. Sudah tentu cara itu tidak diperkenankan oleh datuk dan Pak Habib.

Hasrat lelaki berdarah dahi itu harus dihalang. Ertinya. datuk dan Pak Habib mesti bertindak. Kalau tidak melakukan sesuatu yang berkesan, datuk dan Pak Habib tetap meniadi mangsa permainan lelaki berdarah dahi itu. Walau apa pun kerenah yang dipersembahkan oleh lelaki berdarah dahi itu, datuk dan Pak Habib tetap sabar melayani nya

Saya yang berada jauh adakalanya naik darah dengan tingkah laku berdarah dahi. Tetapi, apakan daya,saya tidak boleh masuk campur. Mesti sabar menanti hingga satu keputusan muktamad yang bijak akan dilakukan oleh Pak Habin dan datuk.

Angin malam yang bertiup agak keras membuat saya terasa dingin. Api yang memamah motorsikal terus menyala dan bergerak ke arah kiri dan kanan mengikut tiupan angin.

"Biarkan mereka berlawan sampai mati."

LETUPAN

DATUK dan Pak Habib saling berpandangan. Suara lelaki berdarah dahi kali ini, sungguh luar biasa lantangnya. Saya dan pemandu yang berada jauh dari mereka. turut merasa bimbang. Terdengar letupan kecil dari tempat motor terbakar. Segumpal bunga api terbang ke uaara.

"Biarkan mereka mati," ulang leiaki berdarah dahi.

Dia ketawa sekuat hati macam orang mabuk dan mula bertindak agak agresif sedikit. Dua lelaki yang bertarung pada pusingan kedua ini, tidak serancak tadi. Masing-masing memperlihatkan tanda-tanda keletihan. Dan ini membuat lelaki berdarah dahi itu bertambah garang dan bersemangat.

"Biarkan-biarkan mereka jatuh mati."

Dla mula bertepuk tangan dan menari-nari, seolah-olah dalam beberapa saat lagl dia akan merayakan sebuah kemenangan besar. Dan situasi yang tidak menggembirakan ini membuat datuk resah semacam.

"Biarkan mereka tersungkur, dua-duanya pengkhianat pada kawan sendiri. Mungkir janji," lelaki berdarah dahi julang sepasang langannya keatas. Pak Habib menarik nafas dalamdalam. Dia juga berada dalam suasuna yang meresahkan

Mungkin datuk sudah hilang sabar dengan karenah lelaki berdarah dahi yang agak keterlaluan. Inilah yang memaksa datuk bertindak agresif di luar dari kebiasaannya.

KETAWA

DI saat lelaki berdarah dahi ketawa gamat. datuk terus menekup mulut lelaki itu dengan telapak tangannya yang kasar dan lebar. Buat beberapa ketika lelaki berdarah dahi tergamam. Beberapa saat berikutnya dia mula bertindak dan menggigit telapak tangan datuk. Berkerut muka datuk menahan kesakllan.

Sebelum gigitan menjadi lebih parah, datuk segera memulas leher lelaki berdarah dahi dan terus diapit kecelah ketiak. Seluruh badan lelaki berdarah dahi bergoyang dan bergerak macam ikan keli menyondol selut.

Kian kuat lelaki berdarah dahi menggerakkan badan untuk melepaskan diri, makin kuat kepalanya diapit dan ditekan ke celah ketiak. Datuk pun mengheret lelaki ilu ke pangkal pokok merbau.

"Duduk disini."

Kepala lelaki itu dikeluarkan dari celah ketiak dan terus ditekan supaya duduk.

"Jangan ke mana-mana, selagi tak dapat perintah dari aku," keras dan garang suara datuk.

Entah apa ayat yang dihembuskan oleh datuk kepada leJaki berdarah dahi hingga dia tidak melawan, tidak berani tentang biji mata datuk. Menurut kata, macam kerbau dicucuk hidung.

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Sambungan 3)(COMPLETE)Where stories live. Discover now