Dengan bulan dan bintang menjadi saksi.
Aku tertawa seorang diri
Mengenangkan kita,
Ya,aku tertawa
Mungkin kerana tiada yang benar tentang kita
Sering memperdaya sesama sendiri
Masing masing mahu pendam
Masing masing senyum
Sedangkan hati sebak
Aku tertawa memikirkan kita
Yang derita tetapi bertopengkan bahagia.