Seorang yang kental
Seorang yang tabah
Yang tak kenal susah
Yang tak mahu anak anaknya susah
Setiap kekurangan ditutupinya dengan senyuman
Setiap doanya menutup segala kesulitan
Abah semakin tua,
Senyuman juga sudah kurang kelihatan
Mungkin kerana anak anaknya
Sudah meningkat dewasa
Senyumannya hanya disorok sorok
Mungkin juga tidak,dia mungkin juga sedang bersedih
Bagiku,dia lah pewira,yang tak kenal erti lelah
Yang tak kenal apa susah
Dihadapinya agar anak anak tidak resah
Kadang kadang aku terfikir
Untuk apa aku hidup nanti kalau bukan untuk membalas jasanya,
Ya Allah,jika diatas takdirmu abah aku pergi,ambillah aku juga
Kerana sudah tiada indah hidup disaat itu,tiada senyuman manis disaat itu,Ya Allah,jika diatas takdirmu abah kekal muda,
Berilah kepadaku kelembutan hati,untuk sentiasa mencium tangannya,mencium dahinya
Selalu,sentiasa,bila bila saja
Selalu aku pendam rasa ini
Ucapan ucapan sayang
Tidak terucap,entah kenapa.
Jika tidak hidupku Ya Allah,Jika tidak hidupku berbakti pada orang tuaku,berilah aku kesedaran,peringatan
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
I Love You
Abah ')