Di sebuah hutan,
Hidup sepasang lelaki dan perempuan
Mereka bahagia,mahu bina istana bersama katanya,
Hari demi hari fajar demi fajar
Mereka terasa sukar
Untuk hidup sepasang didalam sana
Lalu mereka keluar mahu melihat alam
Difikirkannya diluar lebih senang
Rupa rupanya di luar sana mereka terlihat neraka lagi liar.
Neraka dunia
Seksa hidup mereka
Dihenyak kerana tidak berharta
Dihentak kerana tidak berupa
Derita.
Disesali sudah tidak berguna
Terkunci di neraka
Hina.
Dusta.
Hancur mereka di neraka dunia.