Awal pagi hari ini cuaca agak mendung. Angin kuat berselang seli dengan hujan renyai-renyai sejak semalam menyebabkan rasa sejuk menggigit sampai ke tulang sum-sum rasanya. Thalia balik-balik berpusing mau kasi betul comforter yang menutup seluruh tubuh. Dia malas mau bergerak pigi pendiang dalam rumah ini. Dia tarik perlahan langsir yang menutupi bingkai tingkap mau melihat keadaan luar rumah tapi hanya titisan hujan yang dia nampak. Kabus juga bulih tahan tebal pagi ini.
Setelah berkira-kira agak lama, Thalia akhirnya bangun juga sebab perut dia mula bergendang..Macam menari-nari sudah penghuni perut dia minta makan. Tapi sempat dia pakai sweater dan stokin sebelum bergerak pigi dapur. Pijak lantai rumah pun sejuk. Maklumlah lantai jenis parquet ni kalau hujan rasa macam pijak ais. Kena lagi rumah dia ni di lereng bukit di tengah hutan. Memang betullah ramalan cuaca sejak beberapa hari lalu tentang keadaan hari ini. Khabarnya hujan dan angin kuat akan berlarutan sampai seminggu lamanya. Sebelum masak, Thalia sempat kasi nyala api di pendiang. Dia terasa-rasa sudah mau memanaskan badan di depan pendiang sambil menikmati ramen korea yang pedas berasap tu.
Thalia, gadis berusia 24 tahun tinggal bersendirian di kawasan kebun yang luas hasil tinggalan arwah datuk dan nenek dia. Dia mengusahakan kebun sejak 2 tahun lepas bagi menampung perbelanjaan adik lelaki dia yang melanjutkan pelajaran di universiti. Bukan dia nda mau bekerja di bandar atau mana-mana tempat yang nda perlu dia bergelumang dengan tanah tapi dia sudah biasa. Pendapatan di kebun juga mampu buat dia hidup senang. Siapa nda kenal Thalia si tukang kebun paling berjaya di kawasan ini. Rasanya pasar sayur di pekan ni sudah dikuasai oleh dia. Dengan bantuan beberapa orang pekerja yang setia bertahun-tahun dengan datuk dia, dia bulih dikatakan hidup senang juga. Senang orang kampunglah...dia juga mampu beli kereta pacuan 4 roda. Tapi sebenarnya, dia bulih teruskan hidup senang sebab arwah datuk dia dulu orang berduit. Orang bilang, tauke kayu balak. Rumah yang dia tinggal sekarang pun serba serbi lengkap walaupun tengah hutan malah laluan sekitar kebun ni juga sudah berturap. Line internet juga kuat. Thalia nda pernah ketinggalan dengan cerita semasa. Memang Thalia nda perlu pun terlalu bersusah payah tapi kehidupan perlu diteruskan sebab duit bukan bertahan kalau sentiasa digunakan.
Mungkin orang fikir dia ni orangnya kasar. Tapi sebenarnya dia sangat lemah lembut tapi tegas bila berurusan. Pendek kata, ndalah juga orang bulih buli-buli dia. Dia ada auranya sendiri dan dia kebanggaan orang kampung tapi dia juga sukar didekati. Pemuda-pemuda kampung hanya mampu berkhayal untuk memiliki dia. Senyuman dia sentiasa mahal. Sehingga hari ini, hati Thalia belum pernah terusik oleh cinta. Bagi Thalia, cintanya pada tumbuhan mengatasi cintanya terhadap seorang lelaki.
Thalia bukanlah gadis kampung biasa sebab dia sebenarnya sangat up to date. Sebelum datuk dia meninggal pun, dia baru saja tamat belajar di Thailand. Datuk dia hantar Thalia mendalami ilmu pertanian organik di Saraburi, Thailand. Maka semua ilmu yang dia dapat, dia praktikkan di kebun ni. Cuma dia nda mampu mau piara haiwan-haiwan ternakanlah macam di Saraburi. Kalau mau tinguk kawasan kebun c Thalia ni, kenalah naik motor juga. Mimang puas hati tinguk sepanjang perjalanan tu, Buah-buah strawberi berjuntaian di bahagian atas dan bahagian bawah pejalan kaki pula penuh dengan bunga Zhinia berselang seli dengan bunga matahari. Memang datuk dia laburkan simpanan dia demi untuk kesenangan Thalia dengan adik dia. Semua kerja Thalia di kebun mimang semudah ABC. Kalau mau menyiram atau membaja, dia hanya perlu pusing on off suis di depan rumah. Kecuali masa memetik hasil atau membuang rumput liar, barulah tenaga 4 kerat dia digunakan. Kebun sayur ni mimang 100% diusahakan oleh Thalia. Kebun buah-buahan dia serahkan sama pekerja untuk urus sementara adik lelaki dia habis belajar. Kebun buah tu mimang datuk dia amanahkan untuk adik dia nanti. Bercerita tentang ibu bapa Thalia, tiada siapa yang tau. Yang Thalia tau dia mimang sejak bayi dipelihara oleh arwah datuk dan nenek.
Thalia menarik kerusi rotan menghadap pendiang. Laju dia suap ramen yang masih berasap. Panas dan pedas berasap, Thalia menikmati sarapan bersama dengan kopi kaw2. Baru beberapa suap dia makan, dia dengar suara orang memanggil di luar.
YOU ARE READING
Seteguh Dandelion
RomanceBiar sekuat mana ribut melanda, biar diri rasa terpinggir, dirinya akan terus mekar berbunga. Umpama bunga dandelion yang teguh dan tumbuh walau di atas batu di musim salji. Kerana dia adalah Thalia...