“ Kak, mari masuk...” Tyler tarik tangan Thalia masuk ke dewan. Di sebelah kanan, Aryan sama-sama mengiringi Thalia masuk ke dewan.
Thalia tercari-cari di mana Clara sebab tetamu mula berbaris di kiri kanan karpet merah menuju ke altar. Malu pula dia terduluan masuk dari pengantin perempuan. Di pertengahan jalan, seorang perempuan separuh abad sambut tangan Thalia dari Tyler dan terus dia pimpin ke altar.
Thalia mula keliru. Lain juga pengapit sekarang. Bulih pula main pimpin-pimpin siap mau hantar terus sama pengantin. Tapi Thalia kehilangan kata-kata. Di tangga terakhir ke altar, perempuan separuh abad itu berbisik ke telinga Thalia.
“ Terima kasih Lia sebab sudi menggantikan tempat Clara. Mummy nda tau macam mana mau berterima kasih sama Lia. Doa mummy agar kamu bahagia sama anak mummy...” Pipi Tahlia dicium penuh kasih sayang. Thalia terkaku di tangga. Maknanya dia pengantin perempuan untuk Jordan? Thalia sesak nafas. Dia mau lari tapi dia nda mau kecewakan harapan mummy c Jordan. Thalia tinguk mama c Jordan yang sedang tersenyum manis. Tangan Thalia mula menggeletar.
Jordan hulur tangan menyambut tangan Thalia yang sejuk macam air batu. Thalia pula macam kena pukau. Senyuman Jordan sangat manis sampai Thalia jadi blur. Rasanya inilah perkahwinan yang paling misteri. Pengantin perempuan hilang tumpuan. Fikiran dia melayang ntah ke mana. Macam robot yang kena program. Thalia hanya sedar bila bibir Jordan menyentuh bibirnya penuh perasaan menandakan diurang sah sebagai suami isteri.
Selesai segala majlis, Thalia dan Jordan beriringan naik pigi suite yang ditempah khas untuk pengantin. Semua barangan Thalia sudah Tyler hantar di bilik Jordan. Thalia masa ni waras sudah betul-betul. Hati dia mendongkol marah, geram dan rasa tertipu.
Di depan lif, dia terserempak dengan adik dia Tyler. Thalia pegang tangan adik dia yang pura-pura nda nampak diurang. Jordan bagi signal mau jumpa mummy dia kijap. Dia mau bagi peluang Tyler kena marah duluan.
“ You owe me an explanation Tyler. Kenapa ko nda cakap apa-apa pun sama kakak?” Thalia betul-betul sakit hati.
“ Nanti kakak tanyalah Joe...dia yang patut cerita semua. Apa pun, congrats kakak...nda sia-sia demam hari tu..” usik Tyler.
Tyler peluk Thalia dan dia cium dahi kakak dia. Sempat Thalia cubit perut Tyler. Tyler hanya ketawa. Dia sebenarnya pun masih bingung bila Jordan mesej suruh bawa kakak dia masuk dewan. Dia bilang pengantin perempuan melarikan diri. Dia malu kalau majlis batal saat-saat akhir.
“ Moga kakak bahagia..mungkin inilah yang dikatakan takdir ba kak. Macam mana pun halangan, kalau sudah tertulis jodoh kakak dengan Jordan, perkahwinan tetap berlaku..” Tyler pegang tangan Thalia.
Nda lama kemudian, Jordan sampai. Dia peluk pinggang Thalia erat. Thalia kalut dan dia tolak Jordan kuat. Nasib baik Jordan nda terpelanting. Tyler ketawa berabis. Ganas betul kakak dia ni.
“ Joe, jaga kakak saya bagus-bagus. Saya serahkan dia sama ko. Jangan ko ganas-ganas malam ni..” Tyler berpeluk dengan Jordan.
“ Tyler!!!!!” jerit Thalia geram.
“ Tq Tyler..saya nda akan kecewakan kakak ko. I will gentle to her..” Jordan cium pipi Thalia sebelum melangkah masuk dalam perut lif.
“ Mana kad?” Thalia hulur tangan minta card access suite. Garang betul muka Thalia. Langsung dia nda tinguk muka c Jordan. Jordan terburu-buru mencari kad tersebut. Jordan telan air liur balik-balik. Dia tau makna muka Thalia sekarang. Dia tengah marah..
Masuk saja dalam bilik, Thalia terburu-buru kasi tanggal tu veil. Habis tertarik rambut dia tapi Thalia nda peduli. Dia korek pencuci muka dalam beg dia dan kuat pintu bilik mandi dia hempas. Jordan senyum kelucuan. Marah betul bini dia ni.
YOU ARE READING
Seteguh Dandelion
RomansaBiar sekuat mana ribut melanda, biar diri rasa terpinggir, dirinya akan terus mekar berbunga. Umpama bunga dandelion yang teguh dan tumbuh walau di atas batu di musim salji. Kerana dia adalah Thalia...