Kuat betul genggaman tangan c Jordan sebaik tangan dia Thalia sambut. Dia tinguk Thalia macam mau telan orang. Sempat dia jeling c Aryan dengan pandangan yang nda puas hati. Jeleslah tu. Aryan ketawa tinguk gelagat c Jordan. Nampak betul ba nda puas hati kekasih pujaan hati sama-sama orang lain. Cinta mati Clara kunun...baru anak bidadari limpas,sudah Jordan tersungkur. Aryan menggeleng lagi sambil ketawa.
“ Oii..patahlah tangan c Thalia tu...” tegur Aryan. Jordan kasi lepas perlahan. Dia nda sedar yang lama betul dia pegang tangan Thalia.
Thalia dengan Jordan masing-masing kelu seribu bahasa. Masing-masing fokus sama makanan. Tyler sama c Aryan pula rancak bercerita. Macam sengaja pula diurang biar Thalia sama c Jordan berbicara guna minda.
Thalia bangun mau ambil desert dan Jordan mengekor di belakang. Nda selesa sudah Thalia mau berjalan sebab mau melekat sudah c Jordan di belakang Thalia. Thalia cedok ais krim, Jordan pun ambil benda yang sama. Thalia ambil puding, Jordan pun sibuk mau menghimpit menyenduk puding. Akhirnya Thalia berpusing tinguk c Jordan.
“ Ko ni kenapa? semua yang saya mau ambil, itu juga ko mau..” Thalia tunjuk muka garang.
“ Kenapalah...kebetulan saya suka benda yang sama..” Jordan buat muka kerek. Makin dia himpit c Thalia. Geram pula Thalia. Thalia letak penyepit atas alas. Dia biar Jordan pula yang ambil duluan. Tapi macam kena pukau pula dia ikut ambil apa yang c Jordan ambil. Jordan ketawa baru Thalia sedar. Thalia malu sendiri..
“ Kenapa ko keluar sama c Ian?” Jordan bisik perlahan.
“ Suka hati sayalah...kebetulan saya suka dia..” Terus Thalia balik pigi tempat duduk. Jordan ternganga. Thalia tiru ayat dia!!
Hampir pukul 3 tapi masih lagi diurang di Promenade. Nda abis-abis cerita. Jordan pun join cerita diurang sudah. Dia sudah berpindah tempat duduk sebelah Thalia mau pigi dekat c Tyler. Tadi dia duduk berhadapan dengan Thalia.
Thalia terkulat-kulat kebingungan. Dia berkira-kira mau minta diri dulu tapi baru dia bergerak bangun, tangan Jordan cepat menggenggam tangan Thalia di bawah meja. Berabis dia tarik tapi makin kuat genggaman tangan c Jordan. Terpaksa dia duduk diam2. Nda lama jari- jemari Jordan menyulam jari-jemari Thalia. Mengalir terus karan-karan sampai pigi hati.
“ Hai...kami mau tutup sudah ni untuk dinner. Kami mau setting balik..sori ya...” tu pramusaji berdiri sebelah c Aryan.
“ Alamak...sori miss. Nda sedar pula..”Aryan senyum. Hensem ba juga sebenarnya c Aryan ni.
“ Ba mari kamurang....kamu mau tidur sinikah ni?” Aryan bangun duluan. Kami serentak bangun dan baru Jordan kasi lepas tanganThalia.
Di kaunter, berebut lagi Thalia dengan Jordan mau membayar. Aryan sama Tyler sana sudah lobi menunggu.
“ Sudah saya janji mau belanja ba....” Thalia buat muka nda puas hati. Senyum sudah tu cashier. Thalia tolak tubuh c Jordan menjauhi kaunter chasier tapi sempat Jordan hulur duit RM 400.
“ Lain kali Lia..lagipun saya mau culik ko lagi ni..” Jordan senyum dan dia sambut baki serta resit dari cashier.
Thalia tunduk beri hormat sama tu cashier. Spontan...Jordan ketawa. Dia ingat dia di Jepun mangkali ini. Laju Thalia jalan.
“ Sori...girlfriend saya ni mimang nakal...” bilang Jordan.
“ Thalia, tunggu ba...” Jordan lari-lari anak mengejar. Aryan sama Tyler macam faham-faham krisis diurang ni.
“ Joe, bagus ko selesaikan semua urusan ko sama kakak saya. Tapi jangan ko buat apa-apa sama dia aa..” Tyler tepuk bahu Jordan. Thalia kasi besar mata dia. Macam dia mau tumbuk mata c Tyler.
YOU ARE READING
Seteguh Dandelion
RomanceBiar sekuat mana ribut melanda, biar diri rasa terpinggir, dirinya akan terus mekar berbunga. Umpama bunga dandelion yang teguh dan tumbuh walau di atas batu di musim salji. Kerana dia adalah Thalia...