“ Maafkan kami puan...Kami tidak dapat menyelamatkan kandungan puan...” doktor Farina menggenggam tangan Thalia.
Thalia hanya mampu mengalirkan air mata. Sebenarnya dia langsung nda sedar dia mengandung. Dia telampau sibuk mengurus kebun dan mengurus Audrea. Cuma beberapa minggu yang lalu, dia memang kuat tidur. Bau-bau masakan di dapur juga selalu buat dia mual. Dia ingatkan sebab dia penat bekerja.
Tyler masuk dengan mendukung Audrea yang sedang lena. Ada plaster bertampal di dahi Audrea. Kesian betul Audrea ni. Umur dia sudah 1 tahun 5 bulan tapi dia belum merasa belaian kasih seorang bapa. Tylerlah yang dia anggap bapa selama ini.
“ Kakak okkah? doktor bilang bulih pulang sudah lepas ni. Audrea pun tiada apa-apa sebab terhantuk sikit saja. “ Thalia senyum tawar. Dia masih bersedih tapi dia pasrah. Mungkin baby tu bukan rezeki dia.
Lewat petang sikit, Thalia pun keluar wad. Bila tinguk kereta dia, nampak bersih saja. Rasanya Tyler sudah cuci sebab mungkin kena darah tadi. Terasa sayu pula hati tapi takdir tidak menyebelahi Thalia. Thalia masuk di bahagian penumpang dan kereta meluncur ke kampung Thalia. Nasib baiklah juga Audrea tidak meragam.
Thalia menjalani pantang seperti orang bersalin juga. Mama Maria banyak membantu dia. Dia nda bagitau mummy pun. Takut menyusahkan. Biarlah dia jaga diri sendiri. Mama Maria pun pandai mengurut juga.
Masuk seminggu berpantang, Thalia dapat panggilan dari mummy.
“ Hai mummy..apa khabar?” Thalia menyapa dulu.
“ Mummy sihat ba.Mummy adaberita gembira ni..” mummy kedengaran sangat teruja.
“ Kenapa mummy? abang Jordan sudah balikkah?” Thalia nda sabar-sabar bertanya.“ Bukanlah..ni pasal c Clara. Dia sudah meninggal..dia eksiden minggu lalu. Ada saturang lelaki sama-sama dia. Nda payah sudah cari. Family datang kasitau kemarin..” mummy bilang.
“ Kemalangan di mana? macam mana bulih kemalangan?” Thalia cuma mau kepastian. Dia yakin betul kemalangan hari tu adalah angkara Clara.
“ Dekat stesen minyak. Clara bertembung dengan lori masa keluar dari stesen minyak. Tu lah kalo banyak buat jahat. Sekejap saja kena bayar cash..bla..bla..bla...” Thalia nda sempat menyampuk pun sebab rancak mummy bercerita.
Thalia mengeluh perlahan. Penderitaan dia nampaknya sudah berakhir. Kalolah mummy tau dia kehilangan cucu disebabkan oleh Clara, mesti lagi dia kutuk Clara sampai hari kiamat.
Thalia garu belakang Audrea perlahan. Memang habit Audrea tidur bergaru. Kalo nda, bergulik-gulik nda mau tidur.
Seperti hari-hari yang lalu, Thalia banyak memikirkan Jordan. Ntah pigi manalah Jordan ni. Langsung nda dapat dijejaki. Dia mula syak yang bukan-bukan. Mungkin Clara buat sesuatu yang buruk. Siapa tahu kan.. Mummy bilang Jordan pigi oversea tapi macam mana Jordan mau pigi oversea sedangkan dia langsung nda ingat apa-apa.
Sudah 8 bulan berlalu sejak Thalia keguguran. Thalia mula merasakan yang dia tiada harapan sudah mau jumpa Jordan. Entah kenapa susah betul dia mau melakar bahagia. Beberapa bulan lalu, dia betul-betul hampir gila kerana rindukan Jordan. Tambah-tambah lagi dia baru keguguran jadi emosi dia nda stabil. Tyler juga terpaksa cuti panjang untuk jaga dia. Audrea terabai kerana dia melayan rasa rindu yang sukar untuk diubati. Syukurlah ada Tyler yang sudi melayan karenah Audrea.
Baru-baru ni juga Thalia mula menampakkan perubahan yang positif. Mungkin juga sebab doktor psikiatri yang merawat dia sentiasa memberi semangat sampailah Thalia sudah boleh ketawa. Perlahan-lahan Thalia mula merasakan ada sinar bahagia untuk dia.
Suatu hari, mummy Jordan ajak Thalia ke rumah. Mummy bilang mau bincang sesuatu. Thalia pigi juga ditemani Audrea dan Tyler.
“ Lia, mummy sudah buntu cari Jordan. Kami sudah buat macam-macam tapi jejak Jordan langsung nda jumpa. Mummy kesiankan Lia sama Audrea. Lia perlukan seseorang yang bulih menjaga Lia..Audrea pun perlukan bapa. Terpulang sama Lia..kahwinlah dengan seseorang. Mummy minta maaf sebab nda dapat membantu mencari Jordan...mummy betul-betul nda berdaya” panjang kata-kata mummy.
YOU ARE READING
Seteguh Dandelion
RomanceBiar sekuat mana ribut melanda, biar diri rasa terpinggir, dirinya akan terus mekar berbunga. Umpama bunga dandelion yang teguh dan tumbuh walau di atas batu di musim salji. Kerana dia adalah Thalia...