Apakah duka ini telah ditakdirkan buatku?
Semakin hari semakin banyak yang menghiris dagingku,
Bagaikan mempunyai cadangan melenyapkan aku,
Apakah aku sememangnya antagonis dalam hidupku?Perempuan berkuasa menghiris dagingku perlahan-lahan,
Namun di mata manusia lain akulah yang mempunyai ketulahan,
Orang membenci aku perlahan-lahan namun kaki masih mampu bertahan,
Setiap hirisan daging aku si jahat bagaikan santapan.Perempuan berkuasa menghebahkan setiap bait ayat-ayatnya,
Dinyatakan seperti nasihat yang padu-padu belaka,
Namun semakin hari semakin berdarah aku dibuatnya,
Adakah itu mempunyai manfaat atau naya?Lelaki bisu hanya mampu memendam rasa, Melihat perempuan berkuasa berkata-kata,
Lelaki bisu mengiyakan setiap bait-bait ayatnya,
Kerana baginya perempuan berkuasa betul dalam setiap perkara.Aku si jahat bukan sekadar terhiris lagi,
Apakan daya segala kontra hanya mampu ditepis berkali-kali,
Aku fikirkan sekali lagi,
Bilakah tiba waktunya aku si jahat memenangi piala sendiri?Aku si jahat sering dilihat jahil tidak berhati perut,
Setiap ayat yang mengalir keluar bagaikan racun yang menjerut,
Apakah kepunyaan sementara ini tidak layak dimiliki oleh aku si jahat?
Kerana itulah yang diluahkan oleh perempuan berkuasa untuk aku si jahat.Tiada sesiapa yang mendampingi diriku kecuali Allah yang Maha Esa,
Setiap kali aku si jahat mahu berputus asa,
Suara hatiku menjadi peneguh agar terus berjalan dalam setiap detikan masa,
Aku si jahat berharap apa yang dilakukan tidak sia-sia.
YOU ARE READING
Fall Of Flower Petals
PoetrySetiap ayat-ayat yang disampaikan oleh penulis tiada kena mengena dengan hidup sesiapa. Penulisan yang dipamerkan hanyalah luahan hati yang tengah berduka oleh seorang remaja biasa. Tidak berniat untuk menjadi bacaan semua orang kerana dinasihatkan...