Katakan kepada pujangga hati,
Berbolak balik menunggu hari,
Sekumpulan awam mengumpul diri,
Tiga nama yang bersuara tinggi.Redupnya rupa memetik jari,
Hujan merintis baru berhenti,
Depan lakonan berbudi pekerti,
Cuba menambat hati yang sudi.Jadikan kata di balik ini,
Riuh dipunca dijadi hening,
Akan kupesan pada sendiri,
Usah percaya pada sekeliling.Hentikan jiwa ratanya kering,
Hati berbisik dentuman getaran,
Memasang telinga di balik dinding,
Segala ungkap sayup kedengaran.Kaki menjejak bukan dipaksa,
Perut menyanyi datang menyapa,
Otak tak seberapa bermadah pula,
Bersuara lantang meluah perkara.Jambul ketiga memunculkan diri,
Si talam namanya yang mungkir janji,
Memakan mangsa dinanti-nanti,
Segala batil teramatlah keji.Tidak kusangka sekejam itu,
Otak diuji diri diolah,
Si mangsa ditikam bertalu-talu,
Akan timbul luka yang parah.
YOU ARE READING
Fall Of Flower Petals
PoésieSetiap ayat-ayat yang disampaikan oleh penulis tiada kena mengena dengan hidup sesiapa. Penulisan yang dipamerkan hanyalah luahan hati yang tengah berduka oleh seorang remaja biasa. Tidak berniat untuk menjadi bacaan semua orang kerana dinasihatkan...