8: Ada Luka Dibuka Semula

1 0 0
                                    

Apa termaktub susah diubah,
Menelan sahaja apa ditabur,
Baik pahit duka berdarah,
Diri palsu hanya mampu menghibur.

Aku takut ini jadinya,
Sinar harapan menjadi mendung,
Dek kerana dihina nayanya,
Pola kehidupan tak terima senandung.

Olah dan kata amatlah berbisa,
Tak kira apa pangkatmu,
Segala perbuatan meninggal sisa,
Susah dibuang diambil dijamu.

Keliru aku adakah ini malu?
Keliru aku adakah ini kecewa?

Ilmu sahaja menjadi pergantungan,
Anasir hinaan ditolak tepi,
Runtuh lagi diminta jangan,
Diriku dulu bukan diriku lagi.

Aku punya satu tujuan sahaja,
Dalam perjalanan aku menuju,
Onak duri mula menjadi penaja,
Sakit bermula di segenap bucu.

Perangai orang sepergaulan semacam aniaya,
Diri berdiri di atas kaki sendirinya,
Alam menimba ilmu bukanlah seindah yang disangka,
Selagi tak tahu akan ciri-cirinya.

Semakin hari semakin aku kenali,
Garang dan gagah bukan topeng sebenar,
Hati lembut disentuh sedikit senang dikendali,
Cepat sangat terasa dengan segala onar.

Wahai si suara pendengar,
Ingin aku luahkan segalanya,
Dengan titis air mata keluar,
Penulisan jiwa terpaksa dihentinya.

Fall Of Flower PetalsWhere stories live. Discover now