Duhai sepi, bawalah aku keluar,
Resah di jiwa memikir menanti,
Akanku soal kenapa tawar,
Janganlah merenung memakan hati.Duhai si misteri di belakang kaca,
Inginku jeritkan kebenaran erti,
Akanku tahu musnah semua,
Yang dibina kita sepurnama rasmi.Duhai sendiri, usahlah bersedih,
Sudahnya kau berjanji tak henti,
Tiada apa berlaku, tiada yang pedih,
Walhal semuanya berputar kembali.Duhai si misteri di belakang kaca,
Tiap hari aku mengharapkan lagi,
Dikau kembali membuang masa,
Namun harapan harusnya dibawa pergi.Duhai sendiri, usahlah menanti,
Si misteri bukannya empunya diri,
Saki bakimu hendaklah dijalani,
Yang lepas biarlah menjadi memori.Melodi sepi penyambung sepi,
Melodi sepi membawa erti,
Tiada siapa tahu makna sepi,
Hanya berdua yang tahu melodi ini.
YOU ARE READING
Fall Of Flower Petals
PoezjaSetiap ayat-ayat yang disampaikan oleh penulis tiada kena mengena dengan hidup sesiapa. Penulisan yang dipamerkan hanyalah luahan hati yang tengah berduka oleh seorang remaja biasa. Tidak berniat untuk menjadi bacaan semua orang kerana dinasihatkan...