Jam lonceng berwarna emas yang diletakkan di bawah katil berdering tepat pada pukul 6.30. Saja Rose meletakkan di bawah agar dia tidak mematikan deringan jam lonceng itu.
Rose bangun dengan air liur basi ke tandas . Baju sukan jenama Adidas yang dihadiahkan oleh appa dipakainya buat pertama kali .
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Pagi itu, cuaca kelihatan baik untuk bersukan. Playlist Gfriend dimainkan sebaik sahaja earphone terletak di lubang telinga dengan baik. Lalu Rose memulakan langkahnya bersukan
🗡🗡🗡
"Rose bangun sarapan!" Jerit eomma dari dapur. Memandangkan tiada sebarang sahutan eomma pergi ke bilik Rose tetapi kelibat Rose tidak terlihat malahan biliknya sudah kemas dan rapi.
Bunyi pintu tertutup membuatkan eomma keluar dari bilik Rose.
"Selamat pagi" sapa Rose kepada eommanya lalu masuk ke bilik.
Seperti kebiasaan sebaik sahaja pulang dari bersukan, Rose akan pergi membersihkan dirinya terlebih dahulu baru dapat memulakan harinya dengan baik.
Seluar pendek berwarna hitam dan baju lengan pendek dengan corak bunga kecil dikenakan Rose pada hari cuaca yang baik itu.
"Dah selesai mandi" sapa eomma "Eo dah selesai"
"Makan sarapan ni eomma buat. Sorry..eomma tak dapat sarapan dengan kamu sebab eomma kena pergi sekarang nanti bas terlepas" ujar eomma yang kelihatan tergesa gesa.
"Naik bas? Kenapa naik bas? Kenapa tak naik flight?"
"Eomma taknaklah menyusahkan,lagipun eomma nak feel balik kampung"
"Kalau macam tu Rose hantar sampai bawah" ujar Rose "Eo~~" balas eomma ringkas.
Di kawasan luar apartment
"Pastikan kamu makan tepat pada waktu,bergaul dengan orang yang baik,jaga kesihatan, jaga diri kamu dengan baik dan jangan lupa tukar password rumah setiap bulan" pesan eomma sambil memegang kedua tangan Rose "Yee. Eomma pun jangan lupa jaga diri , makan ikut waktu dan jangan buat kerja berat berat sangat"
"Yelah, eomma pergi dulu ye. Jaga diri kamu dan jalani hidup dengan baik"
"Eomma pun sama" eomma dan Rose berpisah setelah berpelukan selama 30 saat. Satu ciuman di dahi Rose dihadiahkan eomma nya .
Setelah memastikan eomma pergi dengan selamat , Rose kembali semula ke apartment yang dibeli dan diletakan pemilikan rasmi atas namanya.
Sarapan yang disediakan eomma semuanya merupakan makanan fav Rose.
"Gomawo eomma!!" Rose mengucapkannya dengan gembira dan makan dengan selera .
🗡🗡🗡
Ding dong
Rose pergi melihat siapa yang datang ke rumahnya tengahari itu di screen peninjau.
"Eo..hyuna sekejap sekejap aku bukak pintu"
"Em, Rose annyeong" sapa hyuna.
"Ehm annyeong. Masuklah." Rose mempelawa Hyuna masuk ke rumah.
Hyuna langsung duduk di atas sofa yang empuk itu . Sebaik sahaja air dihidangkan. Rose langsung memulakan perbualan. " Asal tetiba kau datang ? Tak bagi tahu pun." Rose langsung menyoal.
"Hah ni cuti takde buat apa kan?."
"Takde" ujar Rose ringkas.
"Blind date jom!" Hyuna mengajak dengan riang.
"Blind date? Malaslah." Rose langsung merebahkan badannya di sofa panjang itu sambil menukar channel tv.
"Alah jomlah, nak cukupkan 6 orang ni. Nakowa, Suzy, Lisa, Pinky, aku dah greenlight dah. Sorang je lagi. Iaitu kau" Hyuna langsung menujuk kan jari telunjuknya ke arah Rose.
Jari telunjuk itu dipegang Rose dan diletakkan ke bawah. Tetapi jari itu naik balik ke arahnya.
"Jomlah, eh eh jomlah. Tak cukup orang, kitaorang berlima tak dapat blind date tu. Kau pun tahu kan ada lelaki aku minat dah lama . Hah lelaki itu ada sekali. Pliss pliss...." Hyuna membuat aegyo dengan memujuk rayu sambil membesarkan mata.
"Yelah yelah aku pergi dengan syarat"
"Yeayy!!! Apa pun syarat kau aku setuju"
"Jangan buat aegyo tu lagi,kau tahukan aku benci aegyo"
"Yelah aku tak buat aegyo tu lagi. Gomawo chingu." Hyuna berterima kasih dan langsung memeluk Rose.
Air teh yang dihidangkan langsung diminum sehingga habis sebelum pulang.
"Okeylah, aku balik dulu. Kalau perlukan apa apa , call je okey" ujar Hyuna sambil memakai beg silangnya.
"Em okey . Bye Jaga diri tu!" "Bye" Hyuna berlalu pergi meninggalkan Rose
🗡🗡🗡 Min Yina melihat kediaman apartment Rose dari bawah dan berlalu pergi