⭐I.K(9)⭐

104 12 0
                                    

Suasana di balai polis menjadi riuh sebaik sahaja menerima panggilan seorang lagi mangsa dari kelas  C-04  dibunuh dengan cara yang amat serupa.

"Tuan! tuan diminta untuk pergi ke lokasi kejadian ." Ujar salah seorang anak buah Ketua Penyiasat Ko Jung Woo.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian bau busuk langsung mencucuk hidung Ko Jung Woo.

"Nama mangsa Yoon Chaeyoung,setelah diperiksa maklumat mengenai dirinya. Dia baru sahaja berumur 16 tahun dan dia merupakan pelajar dari kelas yang sama dengan beberapa orang mangsa kes utama kita." Ujar Kris selaku detektif.

"Dah berapa lama mayat ni membusuk?" Soal Ko Jung Woo terhadap salah seorang pegawai forensik yang bernama Mingyu.

"Setelah membuat beberapa pemeriksaan,kami menganggarkan mayat sudah membusuk 72 jam . Anggaran sebenar akan kami lakukan semasa melakukan bedah siasat" Mingyu menerangkan dengan terperinci sambil menunjukkan beberapa catatan yang telah dia tulis kepada penyiasat Ko Jung Woo.

"Dibunuh dengan cara yang sama ke?" soal Ko Jung Woo lebih serius.

"Akan kami pastikan semasa melakukan bedah siasat. Buat masa sekarang kami tak dapat mengetahui apa apa kerana mayatnya sudah mula membusuk dan dagingnya sudah mula pecah."

Baiklah. Segera hubungi saya sebaik sahaja pihak anda menjumpai apa apa" lalu Ko Jung Woo meninggalkan lokasi kejadian.

~~~~~~~

Sebaik sahaja selesai mengganti baju. Rose duduk bersila di sofa dan melihat beberapa siaran tv yang mungkin menarik perhatiannya.

Jarinya yang asyik menekan remote tv terhenti sebaik sahaja melihat siaran berita.

"Seorang pelajar dari sekolah menengah Yongsan International School of Seoul telah dijumpai dalam keadaan fasa awal pembusukan di kediaman mangsa. Mangsa dipercayai telah dibunuh dan dirogol. Pihak polis akan menjalankan siasatan secara tertutup dengan kerjasama Unit Forensik Negara. Kes ini diklarifikasikan sebagai pembunuhan berantai setelah dipastikan cara pembunuhannya sama seperti mangsa mangsa sebelum ini. Ahli keluarga diminta tampil ke balai polis berdekatan." Pembaca berita itu menyampaikan berita dengan muka yang serius dan nada suara yang terdengar sangat serius.

Tangan Rose menekup mulutnya yang ternganga sebaik sahaja menyaksikan laporan berita itu. Matanya mula berkaca. Telefon pintar yang diletakkan di atas meja dihadapannya tidak henti henti berbunyi dek kerana kemasukan chat yang tidak henti henti.

🗡🗡🗡

Rose mencapai telefon pintarnya. Air matanya tidak henti henti mengalir sehingga menyebabkan screen telefon pintarnya itu sedikit basah.

Saat Rose ingin menekan aplikasi Line. Satu panggilan dari eomma muncul dan Rose langsung menjawab.

"Rose.. kamu okey? Eomma dah tengok siaran berita tadi . Bukan ke dia merupakan salah seorang kawan Rose? " eomma langsung menanyakan keadaan Rose dengan nada yang sangat risau.

"Eomma..Rose sangkakan semuanya dah berakhir tapi itu semua meleset dari sangkaan Rose. Apa Rose patut buat?? Macam mana kalau lepasni giliran Rose tak pun kawan kawan rapat Rose. Suzy,Lisa,Nako,Pinky,Hyuna macam mana kalau lepas ni giliran diorang.?!??! Apa patut Rose buat???" -Rose langsung meraung menangis. Ketakutannya mula muncul.

"Yaah...Rose. Dengar sini baik baik. Kamu akan berada dalam keadaan yang baik begitu jugak dengan kawan kawan Rose. Eomma yakin siapa pun manusia tu dia takkan mampu sentuh Rose. Kalau Rose rasa tak yakin dengan keselamatan Rose,balik ke Busan." Eomma mencuba menenangkan Rose tapi itu semuanya sama sekali tidak menenangkan Rose .

"Eomma... Rose akan jaga kawan kawan Rose. Rose takkan lindungi diri Rose sorang. Rose dah janji dengan diri Rose yang Rose akan jaga diorang walau apa pun jadi" dalam suara yang bergetar Rose cuba menangkan dirinya walaupun jiwanya terasa sangat sesak.

"Eomma harap Rose takkan buat benda yang membahayakan diri Rose. Eomma akan mintak Presiden hantarkan beberapa pengawal untuk menjaga keselamatan Rose dan rakan rakan Rose. itu mencukupi buat masa ini?"

"Gomawo..eomma" Rose mengesat air matanya sebaik sahaja mendengar eomma ingin menawarkan bantuan.

"Eomma pergi dulu,jaga diri kamu okey. Saranghae" ujar Eomma yang kedengaran sedikit lega.

"Eomma..gomabda"

"Emmm...jalja" ujar Eomma sebelum mematikan panggilan dari Busan.

Sebaik sahaja panggilan dimatikan. Rose langsung menekan aplikasi Line.

136 new message from group chat 4ek1.

Segala isi perbualan dalamnya menampakkan emosi masing masing yang sangat terkejut.

"Apa yang tengah berlaku. Kenapa Chaeyoung??!" -Moon Hye Ra

"So ini bermaksud aku dah kehilangan kawan karib aku?" -Cho Won

"Aku dah tak tahan dengan semua ni. Aku yakin ini semua pasti gara gara Yina!" -Samuel.

"Apakah selepas ini giliran aku? Aku pun dah berputus asa dengan kehidupan yang memenatkan ini. Jadi aku yakin yang aku takkan berdendam dengannya kalau dia bunuh aku" -Yeri

Melihat perbualan rakan rakan sekelasnya . Sesak di dada Rose semakin terasa. Berkali kali Rose mengetuk dada kirinya dengan harapan segala perasaan yang berkumpul disitu akan hilang.

Sepanjang hari itu , Rose hanya terbaring di lantai sambil menangis. Walaupun hari sudah larut malam. Lampu di rumahnya langsung tidak dinyalakan.

Kini Rose hanya berbekalkan cahaya dari tv. Matanya yang asyik mengalirkan air mata sejak petang tadi sudah mula bengkak. Bahkan wajahnya juga sudah mula membengkak.

Kepalanya yang terasa berat membuatkan Rose dengan mudah tertidur.

Ding dong
Ding dong.
Ding dong.
Ding dong. 6x

Bunyi loceng yang ditekan berkali kali membuatkan Rose terjaga dari tidurnya. Kepalanya yang masih terasa berat dan sakit membuatkan Rose sedikit kacau sambil tangannya memegang kepala.

Rose melihat jam di dinding yang menunjukkan 12:37 a.m .

Rose langsung berdiri dan melihat di screen tinjauan jika terdapat sesiapa di luar apartmennya. Malangnya tidak kelihatan satu orang pun. Rose langsung menyalakan kesemua lampu di rumahnya dan langsung mengambil pisau di dapur sebagai langkah berjaga jaga.

Rose membuka pintu perlahan , terlihat tepat di hadapan pintunya terdapat kotak kecil berwarna coklat cair.

Rose langsung menutup kembali pintu sebaik sahaja membayangkan jika dia mengambil kotak itu,seseorang akan langsung menyerangnya. Memandangkan baru sahaja terjadi kejadian yang tidak diingini terhadapa rakannya.

Rose langsung mengunci pintu rumahnya dan menuju ke dapur untuk mendapatkan segelas air sejuk .

Rose masuk ke bilik dan langsung duduk di balkoni. Suhu negeri Seoul yang mencecah 23°c itu menyejukkan lagi badan Rose.

~~~~~~~~

Presiden yang dimaksudkan bukanlah ahli politik atau pentadbir negara. ~^O^~

Presiden didalam fanfic ini ialah atuk kepada Rose . Namanya ialah Jung Won Deuk. Dan gelaran yang akan digunakan ialah Presiden Won.

Innocent Killer || Park Chanyeol || RoseWhere stories live. Discover now