Chanyeol langsung menuju ke tempat duduk di bahagian hujung kafe. Gadis berambut panjang dengan dress kuning menjadi klu agar Chanyeol mengenali mana satu gadis yang akan dijumpainya untuk blind date kali 37 ini.
Chanyeol merapikan rambutnya yang sedikit serabai selepas menanggalkan helmetnya dan langsung menuju ke arah gadis itu.
"Annyeonghaseyo" sapa Chanyeol sebaik sahaja berada tepat di hadapan gadis itu .
"Ah nae,annyeonghasaeyo jeoneun Min Yina ibnida." Seraya Yina berdiri lalu membongkokkan badan sedikit sebagai tanda hormat."Jeoneun Chanyeol ibnida" Chanyeol menghulurkan tangannya dan langsung disambut 3 saat oleh tangan Yina.
Sebaik sahaja kopi yang dipesan oleh Chanyeol dihantar oleh pelayan,Chanyeol menghirup sedikit lalu menatap Yina yang dari tunduk."Yina ssi" sapa Chanyeol seraya membuatkan Yina menatap kedua matanya.
"Nae?"
"Awak kenapa kekok dengan saya?"
"Taklah, tak kekok. Mana ada" ujar Yina yang berselisih dengan ketawa yang sangat kedengaran awkward.
"Saya sekolah dekat Korea International School. Sekolah tu cukup terkenal jadi saya yakin awak tahu sekolah tu. Awak sekolah mana?" Ucapan Chanyeol yang sangat yakin dengan apa yang baru dikatakan membuatkan Yina jadi lebih santai untuk berhadapan dengan Chanyeol.
"Yongsan International School of Seoul" Yina menyelitkan rambutnya ke telinga menampakkan anting anting panjang yang terletak cantik di telinganya.
"Yo-Yongsan?" Kali ini Chanyeol merasa seolah olah dihentam sebaik sahaja menyedari gadis yang ditemui semalam juga berasal dari sekolah yang sama.
"Ya.. Kenapa?"
"Ah takde apa,cuma bukan ke ada.." Belum sempat Chanyeol menghabiskan ayat,Yina langsung mencelah.
"Pembunuhan berantai?" Ujar Yina seraya jarinya bermain dengan bibir gelas.
"Ha benda tu"
"No wonder lah kalau awak tahu, keluar berita kan semalam"
"Neo jinjja nae yeoja style" ujar Chanyeol dengan harapan dapat memecahkan suasana yang suram antara mereka berdua.
"Ne?"
Chanyeol tersengih melihat reaksi Yina yang dapat diterjemahkan dengan reaksi muka yang sedang dipaparkan.
Yina yang kelihatan malu malu mula menundukkan muka lagi, seraya tangan Chanyeol mengangkat dagu Yina menggunakan tangannya. Kini keadaan mereka lebih mesra dengan gelak tawa dan kelakuan masing masing yang ceroboh menaikkan lagi mood suasana.
🗡🗡🗡
Panggilan yang memaparkan nama Suzy di screen samsung S9 milik Rose langsung diangkat.
"Rose,keluar jom. Bosanlah" Rose langsung membetulkan posisi duduknya sebaik sahaja mendengar ajakan Suzy.
"Hah jom , kita kat luar ni. Awak siap siap 20 minit lagi kita sampai rumah awak" ujar Rose yang sememangnya memaparkan wajah yang ceria .
"Kita dah siap dah, datang cepat tau"
"Okey" Rose langsung mematikan panggilan dan meminta pemandunya Kang Daniel menuju ke rumah Suzy.
Daniel yang melihat Rose begitu ceria dan bersemangat merasakan kelegaan di dalam hatinya. Manakan tidak kalau Rose langsung tidak menunjukkan sebarang energi positif selepas bertemu dengan Presiden Won.
Kang Daniel memberhentikan kereta di hadapan pagar rumah Suzy . Rumah 3 tingkat dengan rekaan moden itu sememangnya antara rumah yang sangat mahal untuk dimiliki , hanya orang orang yang mempunyai kerjaya yang kukuh sahaja mampu memilikinya.

YOU ARE READING
Innocent Killer || Park Chanyeol || Rose
Fanfiction"Kenapa masa terlalu mencemburui kita sampai kau kena pergi?!" ChanRose shipper💑 Chanyeol_are_rosie ChanRose🐣🐣❤❤