🌟 I.K(14) 🌟

94 11 2
                                    

"Ah penatnya sampai jugak" keluh Suzy sebaik sahaja nampak pintu rumah Rose.

Password ditekan Rose dan langsung masuk dengan badan yang kepenatan.

Suzy yang baru sahaja nak masuk, terhenti langkah sebaik sahaja terlihat kotak di tepi pintu masuk.

"Rose..kotak ni taknak bawak masuk ke?" Soal Suzy dari luar sambil membelek belek kotak tersebut.

"Tolong letakkan dekat atas rak kasut. Nanti aku bukak"

Tanpa ragu - ragu Suzy membawa kotak itu masuk dengan arahan Rose.

"Suzy... kalau nak makan masaklah ramen tapi kimchi takde. So aku nak pergi 7eleven jap" ujar Rose sambil mengeluarkan dompet dari dalam beg tangan.

"Eo..arasseo. Aku masakkan untuk kau sekali."

Setelah Rose pergi meninggalkan rumah, Suzy langsung menuju ke dapur untuk memasak air.

POV Rose.

Ramen,kimchi segera,yogurt,roti, dan beberapa makanan ringan diletakkan ke dalam bakul . Sewaktu menuju ke bahagian minuman Rose terserempak dengan Yina tanpa sengaja.

Suasana menjadi canggung seketika. Entah apa yang berada di pikiran Rose sekarang hanyalah patut atau pun tidak Rose menceritakan apa yang terjadi terhadap Chanyeol memandangkan Yina terlihat bersama dengan Chanyeol siang tadi.

"Mianhae Yina, tapi boleh tak awak luangkan masa sekejap ? Ada perkara yang saya nak katakan pada awak." Rose yang masih ragu ragu dengan tindakannya mencuba mendapatkan perhatian Yina. Walaupun perasaan takut dan rasa bersalah menyelubungi dirinya Rose tetap harus berhadapan dengan Yina memandangkan Yina sudah berada di hadapan mata.

"Boleh" ujar Yina ringkas lalu tersenyum. (Mwoya..author sendiri rasa lemas tulis part ni😥😥)

Selesai membayar barangan yang dibeli , Rose mengatur langkah perlahan menuju ke tempat duduk Yina di luar 7-E. Makin dekat jarak dengan Yina makin berdebar jantung Rose.

Rose menarik kerusi dan duduk di hadapan Yina yang sedang menikmati soda.

"Yina ssi.." ujar Rose sedikit gugup.

"Em wae?"

"Tadi siang , saya nampak awak dengan sorang lelaki. Boleh saya tahu awak ada hubungan apa dengan lelaki tu?" Soal Rose dengan memberanikan diri untuk menatap mata Yina.

"Waeyo? Em..kitaorang date? Blind date. Istilah tepatnya blind date. Tapi nampaknya saya dengan dia akan berada dalam hubungan yang menyenangkan" Yina mengakhiri percakapannya dengan ketawa kecil di hujung percakapan.

Dan sekarang Rose berada di kemuncak ketakutan. Entah apa yang harus dilakukan dalam pilihan ibarat hidup dan mati.

"Mianhae Yina."

"Wae?"

"Chanyeol terlibat dalam kemalangan dan sekarang dia koma"

"Mwo?!" Herdik Yina . Rose melihat wajah Yina. Ye memang menakutkan. Pandangan Yina kali ini lebih tajam dan menakutkan. Jantung Rose berdebar dengan laju. Nak je kaki Rose mulakan langkah berlari menuju ke apartment tapi Rose tak mampu.

"Mianhae Yina"

"Rose~ jaga diri kau." Ujar Yina perlahan sambil tersenyum nipis ke arah Rose.

"Nae?"

"Kau mungkin takkan mampu lepaskan diri kau dari aku hidup hidup" kali ini Yina berkata tepat ke arah telinga Rose ibarat berbisik lalu pergi meninggalkan Rose begitu saja.

Rose masih lagi terkaku di situ, masih lagi mencari cari apa yang dimaksudkan dengan kata kata Yina tadi.

Rose mengambil beg plastik yang berisi barangan yang dibeli tadi dan terus berlari anak menuju ke apartment. Hanya memerlukan 10 minit untuk sampai di hadapan pintu rumah. Password rumah *0812# ditekan laju.

"Eo Rose hah cepat sini bawak kimchi,ramen dah siap" Jerit Suzy sebaik sahaja melihat kelibat Rose dipintu masuk.

"Suzy kau letak kotak tadi kat mana ?!" Rose kelihatan menggelabah menanggalkan kasut sneakersnya. Beg plastik yang berisi makanan di letakkan di atas meja makan.

"Dekat rak kasut" ujar Suzy yang kebingungan melihat tingkah Rose.

Kotak empat segi empat ditatap Rose. Tangannya seraya mencapai kotak tersebut dan dibawa ke tengah ruang tamu.

Suzy membawa dulang yang berisi dua mangkuk ramen dan semangkuk kimchi ke ruang tamu.

Rose mula memotong tali yang mengikat kemas kotak tersebut. Perlahan Rose membuka kotak itu sambil diperhatikan Suzy.

🕵🕵🕵

"Hyung.. rupa rupanya kan yang masa Chan keluar tak mandi naik motor tu dia pergi blind date." Ujar Sung Joon lalu menghirup teh panas.

"Blind date? Dengan sape"

"Entah.. yang pastinya dengan perempuan" selamba Sung Joon menjawab lalu langsung menerima balasan atas jawapannya. Tangan Young Min yang sedang leka memintal pen terus mengetuk dahi Sung Joon menggunakan pen tersebut. Aigoo😓.

"Tapi kan.. apa hubungan Chan dengan Rose eh? Sampai Rose menangis nangis dekat hospital tadi" soal Young Min sambil membetulkan postur badannya.

"Haah ek. Bukan ke Chan kata hari tu dia takde apa apa dengan Rose."

Sontak Sung Joon menepuk kedua tangan sebaik sahaja terpikir sesuatu yang langsung membuatkan Young Min terkejut.

"Entah entah.. Chan tersuka dekat Rose" satu bantal dilayangkan ke muka Sung Joon .

"Pabo..kalau dia suka dekat Rose kenapa dia pergi blind date"

Muka Sung Joon menunjukkan reaksi kecewa. Dalam hatinya berharap Chan akan bercinta dengan Rose. Sung Joon yakin Young Min pun mengharapkan benda yang sama.

🕵🕵🕵

Pintu bilik dihempas kuat. Segala barangan di atas meja ditolak jatuh. Gambar Rose dan Chanyeol ditampal di atas meja.

"Wae??? Rose waeyo.." Yina mensebut sebut nama Rose sambil menghunuskan mata pisau di tengah gambar Rose.

"Kenapa Chan. Kenapa?!! Aaargghhhh!!!," gambar Rose dirobek robek menggunakan pisau . Airmata Yina jatuh . Dengan rambut yang tidak terurus Yina memegang gambar Chanyeol dan Rose lalu duduk memeluk tubuh di penjuru bilik.

"Kau memang tak pernah sedar apa yang kau buat selama ni kan. Kan Rose??.. gomawo Rose~~" mata Yina terus menurus menatap gambar Rose lalu tersenyum sedikit dengan air mata yang masih mengalir di pipi.

.
.
.
.
.
.
.

To be Continued~

Waduuh readers gomawo gomawo. Mianhae tapi fanfic ni 3/4 settle. Lagi 6 chapter then tamat😢☇. Huhuhuhuhu..

Perjalanan fanfic yang panjang. Dah baca tu jangan lupa vote tau hm. 😂💛 Nanti I update lagi k.

Muah😘😋🌂🌂

Innocent Killer || Park Chanyeol || RoseWhere stories live. Discover now