Breakfast part II

20 5 1
                                    

Sosej, roti bakar, keju, salad dan banyak lagi menu menyelerakan terhidang di atas set pinggan kaca yang berkilat. Hidangan yang disediakan jelas sekali boleh dimakan lebih 4 orang. Angeline yang tercegat di sebelah Ryan hanya mampu memandang sosej panas. Dia menelan air liur tanpa sedar. Ryan nampak gerak-geri Angeline dan sempat berbisik.

     "Tak payah pandang-pandang. Satu pun takde untuk awak."

     "Saya nak makanlah!" jerit Angeline tanda protes.

     "Cubalah kalau berani!"

     Angeline hanya mampu menunduk kecewa."Tak guna punya Ryan. Siaplah kau!" Hati Angeline seolah mula menyimpan dendam.

     Brian yang sedang makan memandang adiknya. Dengan senyuman terukir di bibir, dia meletakkan sudu dan garpu sambil memandang Ryan. Ryan buat-buat tak nampak kelakuan abgnya. Brian pula tak kisah kerana dia sudah terbiasa dengan kedinginan adiknya.

     "Selamat pagi ayah, ibu." Ryan menyapa perlahan.

     "Ye." Si ibu mengangguk.

     Tak pasti itu tanda dia menjawab sapaan si anak atau sedang memberi arahan supaya Ryan duduk. Si ayah yang sedang menghirup kopi panas pula tak lekang dengan surat khabar di tangan. Langsung tak tercuit hatinya untuk membalas sapaan si anak. Ryan mula tak  senang duduk. Dia angkat kepala memandang jam. Terpampang jam antik Eropah yang besar & berat. Entah berapa banyak wang dibelanjakan untuk membeli jam itu.

     Namun, apa yang Ryan tahu jam itu hakikatnya adalah pembantunya untuk mengira detik melangkah keluar dari rumah setiap pagi. Ryan umpama cacing kepanasan bila duduk terlalu lama di meja makan lebih-lebih lagi bila terpaksa menadah telinga mendengar kritikan ibunya. Sekarang pukul 6:45 pagi. Tinggal 15 minit je lagi sebelum dia boleh melangkah keluar. Ryan menjeling Angeline di sebelah sambil berharap dia tak buat kerja gila.

     Angeline asyik merenung Brian yg berusia 14 tahun itu. Dia kelihatan lebih matang berbanding Ryan. Ciri-ciri itulah menjadi pilihan Angeline kerana ia cukup 'perfect' di matanya.

     "Hei! Hari-hari tengok pun, abang awak tetap kacak!" ujar Angeline teruja sambil menepuk-nepuk bahu Ryan.

     Ryan yang baru sahaja meneguk susu tiba-tiba tersedak dengan tindakan spontan Angeline. Dia terbatuk-batuk sekali gus memecah kesunyian di meja makan.

     "Okey tak ni?" Brian mahu menepuk belakang Ryan tapi tangannya terhenti.

     "Okey!" balas Ryan sambil menggigit roti diiringi jelingan amaran pada Angeline.

     Angeline memberi isyarat maaf pada Ryan dengan aksi lucu. Ryan pandang tempat lain, tanda dia enggan menerima kemaafan Angeline. Sikap Angeline yang kebudak-budakan menambah lagi kebenciannya.

     "Tak boleh ke kamu contohi abang kamu ni? Cubalah makan tu tertib sikit!" Si ibu menggeleng tanda tak puas hati dengan sikap Ryan.

     Baginya, anak lelaki kedua ini lambat matang, tidak seperti abangnya. Mendengar bebelan itu, Ryan terus menunduk sambil mengunyah makanan. Dalam waktu yang sama, muka Angeline merona dek bersalah. Dia tak sangka Mrs Dickson meluahkan kata-kata itu di depan mereka.

     "Ibu...dah lah. Ryan tak sengaja tu..." Terbit rasa kasihan di hati Brian terhadap adiknya.

     "Kenapalah dia ni tak boleh jadi macam kamu?" luah si ibu dengan nada kecewa. Namun ia tak terhenti di situ saja.

     "Ibu tak tahu nak buat apa lagi. Result exam teruk, bakat music out, kat kelas tuisyen asyik kena marah je. Boleh sakit jantung ibu kalau kamu terus berperangai macam ni, Ryan!" Ton suara si ibu yang kecewa mula buat hati Ryan remuk.

     Walaupun ini bukanlah first time si ibu berkata-kata seperti itu terhadapnya, namun sebagai manusia biasa, dia juga punya perasaan. Dia sudah arif benar dengan perangai ibunya yang jelas berat sebelah dan pilih kasih. Ibu hanya sayangkan abangnya kerana sejak kecil lagi Brian sudah menunjukkan sisi cemerlang, baik dalam akademik mahupun sukan yang diceburi.

     Dia tidak nafikan Brian memang pandai, tapi dia...selalu dapat nombor tercorot malah tak aktif bersukan. Jadi, sekuat manapun dia berusaha dan cuba jadi lebih baik, dia rasakan ahli keluarganya tak akan menghargainya. Pendek kata, tiada siapa mahu beri perhatian kepadanya. Sebaliknya, kejayaan Brian lebih menjadi tumpuan.

     "Ish mak cik ni...sudah-sudahlah tu..." rungut Angeline perlahan tapi masih dapat didengari oleh Ryan.

     Tidak lama selepas itu mungkin kerana tidak mahu mendengar bebelan si isteri, si ayah meneguk air kopi terakhir dan terus beredar untuk ke pejabat. Pembantu yg sedia menanti di situ cepat-cepat menghulurkn briefcase. Lelaki itu mencapainya lalu terus berjalan keluar dari ruang makan tanpa menoleh lagi. Ryan hanyq memerhati kelibat ayahnya sebelum dia melaung.

     "Ayah, hati-hati pergi kerja!"

     Bagi Ryan, dalam rumah itu, dia cuma ada ayah. Macam mana sekalipun sikap dan perangai dia, ayah tetap baik kepadanya. Dari kecil lagi, dia kerap dimanjai ayah dan kerana itulah, dia sesekali tidak akan melupakan jasa dan kebaikan yang dicurahkan kepadanya. Tapi kasih sayang itu semakin pudar sejak Ryan meningkat dewasa. Adakah kerana ayah semakin sibuk?

     Tapi semua orang tahu, ayahnya turut kecewa dengan apa yang telah dilakukannya. Jadi tidak hairanlah kalau dia meletakkan semua harapan dan kepercayaan pada Brian. Dan sesuatu yang sudah terang lagi bersuluh, Brian bakal mewarisi semua perniagaannya suatu hari nanti. Walaupun sikap si ayah tidak seperti dulu, namun dia tidak pernah marah depan-depan atau buat si anak rasa lebih teruk. Kerana itulah, Ryan tetap sayangkan ayahnya.

     Jarum tepat menunjukkan pukul 6:55 pagi. Ryan ambil sepotong roti lagi dan makan dengan berhati-hati. Semua ini kerana ibunya.

     "Lima minit je lagi nak blah!" Ryan mengira detik itu dalam hati.

     Lazimnya hampir setiap hari ketika bersarapan, ada saja perbualan biasa atau gosip mereka bualkan termasuklah hal-hal di sekolah. Namun hari ini disebabkan keputusan ujian akan diumumkan, jadi mereka seolah-olah sudah tahu, membangkitkan perkara itu mungkin akan diakhiri dengan perbalahan atau bebelan dan ia telahpun berlaku beberapa minit lepas.

     =BERSAMBUNG=

Okeylah...rase sedih pulak kat Ryan..kalau korang di tempat Ryan..korang akan akan rase mcm mane?

Vote and comment guys~💕
And thanks for read this~💕
Luv u guys~💕😄

Biar Apa Pun...Kau Jua di HatiWhere stories live. Discover now