Bab 3 part I

21 3 8
                                    

Waktu rehat sudah tamat. Ryan cepat-cepat berjalan ke padang sekolah untuk melelapkan mata sebentar. Dia suka melepaskan lelah sebab pokok itu mempunyai dahan yg kukuh dan besar selain daunnya yg merimbun sekali gus dapat menghalang cahaya matahari. Dia berasa selesa di situ kerana jauh dari suasana bising di kantin. Malah dia juga boleh melupakan seketika perkara yg merunsingkan. Angin bertiup lembut ke dedaunan. Sungguh nyaman. Ryan harap sangat keadaan itu kekal selamanya. Tapi...

     "Hei!!!" Suara yg amat dikenalinya memanggil sekali gus mengacau dia nak berehat. Ryan buka mata dan bangkit. Matanya meliar. Kelibat yg memanggilnya tadi dah lenyap!

     "Angeline?" panggil Ryan.

     Dia bersembunyi di belakang Ryan tapi Ryan tak sedar. Bila bahu ditepuk, apa lagi terus Ryan berdiri kerana terkejut.

     "Warghh!" Cepat-cepat dia menoleh dan nampak Angeline di belakangnya.

     "Hehe! Tu pun terkejut ke?" Angeline ketawa mengejek.

     Muka Ryan berubah.

     "Sukalah tu dapat kenakan orang tiap-tiap hari. Puas hati dah?" Entah kenapa, dia sedikit beremosi. Mungkin kerana rehatnya diganggu dan mungkin juga kerana apa yg berlaku pagi tadi. Tapi dia tidak dapat lepaskan semuanya.

     "Laa...janganlah marah. Saya tahu awak sedih. Tapi...awak tengoklah ni!" Angeline buat mimik lucu untuk membuatkan Ryan tersenyum tapi gagal.

     Ryan berpaling seperti tidak mahu memandang muka Angeline.

     "Jangan ajuk sayalah!" tekan Ryan.

     Angeline terus-terusan membuat mimik lucu. Tapi dah nama Ryan...memang takkan tersenyum punyalah! Angeline cuba ingat, adakah Ryan pernah tersenyum bila mereka bersama? Rasanya tidak kerana yg dia tahu dan ingat, muka Ryan memang tiada sebarang ekspresi. Keras kaku sepanjang masa. Tapi Angeline tahu, sikap Ryan yg tidak kisah itu sebenarnya kerana dia tidak bahagia. Bila mengenangkan hal ini, hatinya seperti direntap-rentap.

     Hidup tanpa kebahagiaan dalam tempoh yg lama cukup membuatkan dia terlupa untuk tersenyum. Dia...ada sebab ke untuk tersenyum? Angeline menggeleng. Kalaulah dia boleh tolong buang jauh-jauh semua kedukaannya itu. Biar dia seorang saja yg boleh buat Ryan tersenyum!

     "Awak tak nak berborak ke?" soal Angeline.

     Ryan menggelengkan kepalanya sambil pandang tempat lain.

     "Tinggalkan saya kat sini. Saya nak bersendirian."

     "Awak memang bersendirian sekarang ni!" Angeline tersenyum.

     Ryan tersentak dengan kata-kata itu tapi dia buat-buat betulkan posisi duduk. Dia memejamkan mata.

     "Argh! Pergi jahanamlah!"

     Angeline termati kata dan berhenti mengusik tapi maaih tidak berganjak. Dia takkan pergi dan mahu terus berada di situ.

     "Awak takut saya usik awak lagi ya?" Angeline menyoal. Dia tidak tahu sama ada dia tengah mengugut atau mengusik Ryan.

     "Bila awak nak berhenti ni? Berhenti ganggu saya!" Ryan menjegilkan mata dan merenung Angeline tajam.

      Angeline berfikir sejenak. Kemudian dia menggeleng perlahan.

     "Tak, saya takde niat pun nak...takutkan awak."

     Selepas itu, masing-masing terdiam. Tiba-tiba ada sesuatu terlintas di fikiran Angeline.

     "Apa kata...awak buat sesuatu untuk gembirakan saya? Lepas tu, saya janji saya takkan ganggu awak lagi," ujar Angeline penuh misteri.

     Ryan pandang Angeline penuh sangsi.

     "Betul ke apa awak cakap ni?"

     Angeline mengangguk.

     "Apa saja yg awak mahu saya buat? Berapa banyak? Beritahu saya dan saya akan bagi," ujar Ryan.

     Dia sanggup buat apa saja asalkan masalah ini terhindar dari hidup.

     Angeline membalas sambil tersenyum.

     "Jadi anjing dan menyalak dua kali!"

     =Bersambung=

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 28, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Biar Apa Pun...Kau Jua di HatiWhere stories live. Discover now