School part I

9 4 0
                                    

     Di sekolah, ramai yang teruja menantikan hari ini tapi ada juga yang cuak dan takut. Yang takut barangkali sebab tidak bersedia untuk menerima keputusan di luar jangkaan. Bagi Ryan pula, dia tahu dia dah lambat pagi itu tapi dia tidak mahu perasaan bimbang menguasai diri. Jadi dia memilih untuk tidak memikirkan tentang keputusan peperiksaan sekurang-kurangnya buat masa sekarang. Kalaulah Angeline tidak ingatkan dia, dah tentu dia terlupa hari ini adalah hari paling penting.

     =SKIP=

     Di kelas, rata-rata pelajar bersembang pasal keputusan yang bakal diumumkan. Ryan yang duduk di penjuru kelas hanya membisu tanpa sebarang reaksi. Disebabkan dia selalu dapat tempat terakhir dalam kelas, jadi ramai yang enggan berkawan dengannya. Angeline pula duduk di sebelah kiri bahagian depan kelas memasang telinga mendengar perbualan kawan-kawan. Sekali-sekala dia tersenyum tapi tidak pula menyampuk perbualan mereka atau memberi pendapat.

     Usai loceng berdering, seorang guru melangkah masuk ke kelas tepat pada masanya. Masing-masing kelam-kabut kembali ke tempat duduk. Kehadiran guru menambah lagi rasa gementar yg ada hingga terasa sesak di dada. Angeline berpaling melihat Ryan. Seperti biasa, Ryan hanya menunduk dan selagi boleh dia mahu mengelak daripada bertentang mata dengan sesiapa.

     "Entah-entah...tempat tercorot lagi…" Ryan mengomel sendiri.

     Ketika itu, salah seorang budak perempuan di depannya berbisik,"Selagi ada Ryan Dickson Corot kat sini, memang selamatlah kita. Dah tentu yang corot itu dia punya. So aku tak risau pasal benda ni!"

     Selepas itu, mereka mengekek. Walaupun bisikan itu perlahan tapi Ryan rasa kata-kata itu sengaja dikuatkan supaya dia boleh dengar. Ya, dia terasa tapi tidak pandai marah kerana itu cuma kata-kata yang belum pasti. Mungkin mereka yang dapat nombor corot. Siapa tahu? Gelaran Ryan Dickson Corot diberikan oleh rakan-rakan sekelas. Walaupun tidak suka dengan gelaran itu, dia tidak pernah protes. Dia hanya diam walaupun dimalukan tanpa sebab.

     Cikgu berbaju merah dan berseluar hitam itu meliar memerhatikan anak didiknya dari depan kelas. Dia berdehem beberapa kali bagi memastikan suaranya lebih jelas dan lantang untuk memulakan 'syarahan'.

     "Pasal keputusan hari ni, nasihat saya cuma satu. Yang dapat keputusan baik tu mesti teruskan usaha. Yang sebaliknya pula…" Dia sempat menjeling Ryan. "…kamu mesti berusaha lebih gigih lagi. Hanya kamu saja yang tahu kesilapan sendiri dan kamu jugalah yg membaikinya untuk dapat yang lebih baik pada masa depan. Sekarang tinggal 3 bulan je lagi sebelum peperiksaan penting, jadi belajarlah bersungguh-sungguh, bukan sambil lewa!"

     Selepas itu, cikgu mula mengedarkan keputusan ujian. Seorang demi seorang nama dipanggil.

     "Lee Ai Li!"

     "Ya!" Salah seorang pelajar perempuan mengangkat tangan lalu bangkit untuk mengambil keputusan. Sebaik saja melihat kertas itu, riaknya berubah.

     "Failed ke tu?" Ryan meneka.

     "Syakila Mohd Rizal!" Sebaik menyerahkan keputusan, Ryan nampak cikgu mengangguk seolah-olah berpuas hati dengan pencapaian Syakila.

     Syakila nampak gembira dengan keputusannya. Senyuman tidak lekang dari bibir. Dah tentu dia ini rajin study dan buat ulang kaji. Ryan mengomel dalam hati. Tiba-tiba dia terdengar satu suara.

     "Macam mana?" tanya pelajar sebelah Syakila.

     "Nombor 5. Hehe!" Syakila tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya. Dia nampak berpuas hati dengan pencapaiannya kali ini.

      Nombor 5? Arghhh…sesuatu yg tidak mampu dia capai. Ryan berfikir lagi dengan hati yang kecewa dan tidak yakin.

      "Ryan Dickson!"

     =BERSAMBUNG=

Okay that's all guys. Vote and comment dibenarkan. •∆<

Biar Apa Pun...Kau Jua di HatiWhere stories live. Discover now