🌠 Episod 4 🌠

840 66 13
                                    

Enjin kereta dimatikan. Petir melangkah keluar dari keretanya dan menuju ke pintu rumah. Jam menunjukkan sudah pukul 1 petang. Hari ini kelasnya hanya setengah hari sahaja. Dari luar, dia dapat menghidu bau makanan yang sangat digemarinya.

'Ayam kicap!' Getus hati Petir . (La.. Ingatkan makanan ape lah tadi kan ? 😂)

Petir membuka kasutnya dan memberi salam. Tanpa dijawab salamnya oleh sesiapa, dia terus meluru masuk ke dalam rumah. Ruang dapur terus diterjahnya. Tudung saji dibuka dan benarlah firasatnya berkata ketika di pintu rumah.

"Wahhh. Ayam kicap!!!"

Pinggan diambil dan tiga senduk nasi dituang ke dalam pinggan. Lauk ayam kicap turut diambilnya berketul-ketul. Petir menikmati makanan itu dengan penuh nikmat. Yalah, bukan senang nak melantak ayam kicap hari-hari.

Tanah yang baru selesai mandi menuju ke dapur apabila mendengar bunyi sudu dan pinggan berlaga di dapur. Apabila dilihat dengan jarak dekat, rupanya Petir sudah pulang.

"Eh? Petir, bila kau balik?"

"Baru je tadi.."

"Eik? Baru balik terus melantak ayam kicap? Berketul-ketul pulak tu. Dahlah, jangan lah ambik banyak sangat. Aku tau lah kau suka ayam kicap tapi ingatlah sikit tiga orang adik kau tu belum pulang dari sekolah lagi. Nanti diorang pulang, tak ada makanan... Kebuluran lah jawabnya"

"Hehe, sorry. Okay Petir tak amik dah lauk."

Tidak lama kemudian, Cahaya turun ke dapur untuk minum air.

"Eh Abang Petir? Bila balik?" Soalan dari Cahaya itu diabaikan oleh Petir.

Cahaya yang malas bertanya berkali-kali kini meneruskan hasratnya untuk minum air. Memandangkan dia masih kecil, agak terkial-kial untuk dia menuang air sendiri. Petir yang melihat gelagat adiknya itu berasa kasihan dan membantunya.

"Eh, terima kasih abang Petir"

Petir menguntumkan sebaris senyuman di bibirnya yang comot. Cahaya yang berada di atas kerusi memandang pinggan nasi abangnya itu. Riak mukanya berubah terkejut.

"Eh melampau betul abang petir makan. Ni makan ke, melantak ni? Sampai berketul-ketul ayam diambilnya. Ish, ish, ish.."

"Eh, lantak aku lah, ni kan makanan favourite aku. Suka hati lah."

Cahaya hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah abangnya itu.

Sedang asyik Cahaya dan Petir berbual, tiba-tiba kedengaran salam diberi dihadapan pintu rumah. Daun yang berada di ruang tamu membuka pintu rumah. Ternyata Angin, Api dan Air sudah pulang.

Namun, setelah pintu rumah terbuka, api terus meluru masuk rumah dan mencari Tanah. Pintu yang tertolak, terkena pada Daun dan dia terjatuh. Angin yang melihat situasi itu memarahi Api kerana tidak berhati-hati.

"Daun, kau okay tak ni?" Angin mengurut-ngurut kaki Daun. Dia seorang abang yang agak prihatin. Cahaya dan Petir yang melihat situasi itu dari jauh hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala melihat sikap Api yang sebegitu rupa.

Api mencari Tanah. Dia menjerit-jerit di dalam rumah memanggil Tanah seperti ada tsunami yang bakal melanda. Air yang tidak tahan dengan perangai Api itu memarahi Api. Namun Api masih menjerit-jerit memanggil Tanah seperti Tsunami bakal melanda betul-betul. Oleh kerana dia masih belum diam, Air membuat keputusan dan.....

"Tekanan Air!" Api yang disimbah dengan tekanan air itu terus berhenti menjerit-jerit.

Daun dan Cahaya yang melihat 'drama' itu berasa teruja.

"Woahhh! Abang Air ada kuasa ke? Kenapa kiteorang tak pernah tahu pun selama ni?" Cahaya dan Daun menunjukkan riak wajah ingin tahu. Manakala Api pula mencebik bibir tidak puas hati dengan tindakan Air.

Tanah, Petir dan Angin berbincang seketika.

"Abang rasa, sudah tiba masanya kau berdua patut mengetahui hal ini." Tanah memulakan bicara manakala Petir dan Angin hanya mengangguk-ngangguk.

"Tahu apa?" Cahaya dan Daun menyoal serentak.

BERSAMBUNG ~

.
.
.
.
.

Okay, tq readers! Kalau tak best, komen sahaja di bawah okay? Btw, maaf kalau episod ni pun pendek juga. Last but not least, Luv you all. 💞

— Author fateyha_ 💙

SIBLINGS LOVESWhere stories live. Discover now