Fang, Gopal, Yaya dan Ying tiba di rumah 7 elemental. Angin sudah menanti di muka pintu rumah sedari tadi.
"Angin, kenapa kau panggil kiteorang? Ada emergency apa?" Gopal mula mengajukan soalan.
"Yaa lorr. Kenapa tiba-tiba saja? Ada masalahkah?" Ying turut kelihatan ingin tahu.
"Hm, mana Petir dan Tanah?" Yaya pula sudah mencari-cari kelibat Petir dan Tanah.
"Itulah masalahnya sekarang!" Angin membuka bicara. Dia semakin risau tentang kehilangan 2 abangnya itu.
"Ha kalau macam tu. Ceritalah dekat kiteorang." Fang sedari tadi ingin mengetahui hal sebenar setelah menerima DM dari Angin di Instaspace.
"Aku akan cerita. Tapi bukan di sini. Nanti adik-adik aku dengar." Angin mula mengajak 4 orang rakannya itu ke tempat yang lebih tersembunyi.
Dalam masa yang sama, di sebalik dinding, kelihatan Api menghendap abangnya dan rakan-rakan abangnya. Air juga turut menemani Api. Namun Api terkejut kerana abangnya ingin beredar dari kawasan rumahnya.
"Eh, weyh Air. Ikut aku cepat!"
"Huwarghh! Nak pergi mana pulakkk. Aku nak tido ni.." Air yang baru bangun dari tidur menggeliat dan merungut.
"Hisyyy! Kau ni tak habis-habis dengan tido kau tuh. Jomlah teman aku ikut abang Angin."
"Eh, abang Api tengok apa tu?" Api terkejut apabila pusing ke belakang setelah ditegur oleh seseorang.
"Eh Daun, buat apa kat sini?" Api cuak kerana Daun mengikutinya. Kelihatan Cahaya juga turut mengikuti Daun.
Daun mengabaikan soalan Api. Dia melihat apa yang Api lihat. Apa yang dia nampak cuma abangnya Angin, dan rakan-rakan abangnya.
"Eh, apa abang Angin buat—" Tiba-tiba mulut Daun ditutup oleh Api.
"Ish kau ni. Cakap kuat-kuat tu kenapa. Nanti abang Angin dengar macam mana?" Api memarahi Daun kerana sifatnya yang terlalu lurus bendul.
"Alaa abang Api ni. Tak payah lah marah-marah. Bagitau je la dekat Cahaya dan Daun." Cahaya membuka kata apabila melihat abang dan adiknya seperti hilang kawalan.
"Okay! Korang boleh join abang. Tapi kena diam. Tengok je apa yang berlaku." Api , Cahaya dan Daun bersetuju untuk bekerjasama. Berbeza pula dengan Air yang sedari tadi tidur.
👊⚡🍃🔥💧🍀☀
"Tanah dan Petir dah hilang.."
"Haa?! Hilang?!" Mereka berempat terkejut.
"Dey! Macam mana boleh hilang?" Gopal yang tidak puas hati mula mengajukan soalan.
"Hm, macam ni ceritanya..." Angin memulakan ceritanya.
10 minit kemudian~
"Haa. Macam tulah kisahnya..."
"Tapi, takkanlah sebab aku diorang bergaduh?" Riak muka risau jelas terpancar di wajah Yaya. Dia kelihatan berasa bersalah atas apa yang terjadi.
"Hm. Aku taktaulah Yaya. Tapi ape yang penting sekarang kita kena cari diorang. Fang, aku perlukan bantuan kau. Aku rasa, kehilangan diorang ni ada kaitan dengan alien yang pernah culik Ochobot dulu."
YOU ARE READING
SIBLINGS LOVES
FanfictionFanFic BoBoiBoy ini hanyalah REKAAN semata-mata. ✨ •°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°• /// Siblings Loves ❤ /// Mengisahkan tentang kehidupan suka duka 7 elemental BoBoiBoy iaitu Tanah, Petir, Angin, Api, Air, Daun dan Cahaya. Boboiboy mengalami sua...