🌠 Episod 6 🌠

812 55 1
                                    

Air semakin berpeluh-peluh. Keringatnya membasahi setiap pelusuk anggota badannya. Tiba-tiba, setapak tangan hinggap lembut di bahu kirinya. Air mendongakkan kepala. Kelihatan Tanah tersenyum penuh makna.

"Sekali lagi kau buat hal. Kau akan tengok macam mana abang Tanah beraksi nanti." Senyuman penuh makna dari Tanah itu dilemparkan kepada Air. Air menggeletar kerana terlalu cuak.

"Bb-baikk ab-abang tt-tanah!" Oleh kerana terlalu cuak, dia mengiyakan sahaja ugutan abang sulungnya itu.

"Sudah! Disebabkan kau buat hal dekat sekolah hari ni, abang Tanah akan hukum kau."

"Eik? Hukum apa pulak ni?"

"Sebagai hukuman, kau perlu bersihkan ruang tamu hari ni."

"Alaaa, penat lah.."

"Ouh penat ya, tidur sampai banjirkan kelas tak penat pulak?"

"Eheheh, sorry bang tanah. Okay, Air ikut cakap abang."

"Bagus lah kalau macam tu. Ingat! Buat, jangan tak buat. Abang nak pergi masak pulak ni."

"Yela, yela."

"Haa yang lain pergi naik atas, jangan kacau Air buat kerja."

"Ook-kkay abang Tanah!" Petir, Angin, Api, Cahaya dan Daun hanya menurut perintah.

Sebelum naik ke tingkat atas, Api sempat memusingkan mukanya memandang Air dan menjelir lidah tanda mengejek kembarnya itu. Air yang melihat kelakuan Api itu berasa sedikit marah.

'Tak guna kau Api, sebab kau lah aku kena buat kerja ni!' Namun, Air hanya melepaskan geramnya di dalam hati.

👊⚡🍃🔥💧🍀✨

1 jam berlalu, Air sudah selesaikan tugasnya. Tanah juga sudah selesai memasak. Air yang kepenatan menuju ke sofa dan baring untuk melepaskan lelah di dada. Tanah juga turut menuju ke ruang tamu.

"Makanan dah siap!" Tanah melaungkan suaranya dari bawah. Dalam beberapa minit kemudian, Petir, Angin dan Api turun ke bawah. Setibanya di tingkat bawah, Api terus menuju ke dapur dan melihat makanan apakah yang dimasak oleh abang sulungnya itu. Manakala Petir dan Angin pula melabuhkan punggung mereka di sofa buat seketika.

"Eh, mana Cahaya dan Daun?" Melihat ketiadaan adik kembar bongsunya, Tanah mula melontarkan soalan kepada Petir.

"Ouh, diorang tengah mandi. Kejap lagi turun lah tu." Tanah yang mendengar kenyataan Petir itu hanya mengangguk faham.

Tidak berapa lama kemudian kedengaran seseorang memberi salam dihadapan rumah mereka. Tanah yang turut mendengar salam itu, menyuruh Petir membuka pintu. Apabila pintu dibuka, sekujur tubuh seorang gadis yang dikenalinya, tertancap di hadapan matanya.

"Ouh, Yaya. Masuklah."

"Eh! takpe, takpe. Yaya sekejap je ni nak jumpa Tanah sekejap. Lagipun, Yaya ada bawakan kuih ni untuk minum petang korang."

Angin yang mendengarkan perihal itu terus melontarkan soalan . "Kak Yaya buat ke kuih tu?"

"Eh, taklah, kak Yaya beli je. Tak sempat nak buat. Hehehe." Yaya hanya tersengih-sengih menerangkan jawapannya. Angin hanya mengangguk-angguk faham.

SIBLINGS LOVESWhere stories live. Discover now