"Bye abang Tanah! Kiteorang pergi sekolah dulu."
Angin dan Api melambai Tanah sebelum menaiki bas sekolah. Berbeza pula dengan Air yang hanya menguap tak habis-habis. Gelagat mereka bertiga itu hanya diperhatikan oleh Tanah dengan reaksi gelengan kepala. Perangai adik-adiknya itu mungkin menyakitkan kepala namun jika dikenangkan kembali, perangai mereka bertiga agak menghiburka hatinya walaupun ketika gelisah.
— ❤❤❤ —
Jam kini menunjukkan angka 8:30 pagi. Petir masih belum bangun dari tidurnya meskipun kelasnya bakal bermula 30 minit lagi. Tanah yang baru selesai mengemas dapur, menuju ke arah ruang tamu dan melihat jam di dinding memandangkan hari sudah begitu cerah namun Petir masih belum bangun.
"Eh? 8:30? Petir tak bangun lagi ke? Kejap lagi ada kelas." Tanah yang agak terkejut dengan waktu itu terus menuju ke tingkat atas untuk mengejut adiknya ke kampus.
"Petir, bangun. Dah pukul 8:30 ni."
Suara itu sayup-sayup kedengaran di telinga Petir. Setelah dicam berkali-kali, barulah dia tersedar dari lenanya dengan reaksi terkejut.
"Hah? 8:30? Aku dah lewat!!!"
Tanpa melengahkan masa lagi, Petir terus berlari memasuki bilik air. Tanah yang melihat gelagatnya hanya mampu menggelengkan kepala.
'Kesian adik aku penat, kerja yang tak sepatutnya dia buat pun kena buat juga.' Keluhan itu terbit di dasar hati Tanah secara tiba-tiba. Dia berasa sedikit sedih kerana ditinggalkan ibu bapanya ketika adik-adiknya masih kecil.
— ❤❤❤ —
Petir memandu keretanya agak laju oleh kerana dia sudah lewat. Jam kini sudah menujukkan pukul 8:50 pagi. Dia juga tidak sempat menjamah apa-apa.
"Hisy, ni semua Air punya punca lah. Nak bangun pun susah. Penat aku kejut. Kalau dia mudah bangun takdalah aku penat macam ni." Petir membebel sendirian di dalam keretanya .
5 minit kemudian, dia tiba di kampusnya. Sejurus mendapatkan parking, dia terus berlari ke arah kelasnya. Setelah tiba di hadapan kelasnya, dia berhenti berlari dan mengumpul udara untuk menstabilkan pernafasannya semula.
Tiba-tiba bahunya dicuit oleh Gopal dari belakang. Petir memusingkan tubuhnya. Ternyata bukan Gopal sahaja yang berada di belakangnya, tetapi Fang, Yaya dan Ying juga turut berada di belakangnya.
"Eh korang rupanya. Puas aku tercari-cari."
"Deyy. Apasal kau lambat harini?" Gopal yang mencuitnya sebentar tadi kini membuka mulutnya dan bersuara.
YOU ARE READING
SIBLINGS LOVES
Fiksi PenggemarFanFic BoBoiBoy ini hanyalah REKAAN semata-mata. ✨ •°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°• /// Siblings Loves ❤ /// Mengisahkan tentang kehidupan suka duka 7 elemental BoBoiBoy iaitu Tanah, Petir, Angin, Api, Air, Daun dan Cahaya. Boboiboy mengalami sua...