zero.gl

142 84 91
                                    

nama aku hong chanmi, nama panggilan aku ialah chul. tapi tak banyak yang panggil aku macam tu.

aku jugak dikenali sebagai mangsa buli kepada manusia ciptaan tuhan bernama lai guanlin.

sumpah aku tak tahu kenapa, mengapa dan apa sebenarnya salah aku sampaikan dia buli aku teruk macam ni sekali.

nak dikata keturunan hong ni ada masalah dengan keturunan lai kenal pun tidak. aku sendiri tak tahu apa dendam guanlin ni pada aku.

yang hairannya, dia punya buli tu bukan buli biasa - biasa. dalam dia buli fizikal aku, dia buli sekali mental aku.

dia bagi fake hope, dia sakitkan aku dan dia buat aku nangis. dia tak pernah sekalipun minta maaf.

tapi entah kenapa, aku tetap sayangkan dia. tak kiralah teruk mana sekalipun dia buli aku, aku tetap sayang dia.

aku tak sampai hati nak tolak tawaran dia. entah - entah kalau dia suruh aku bunuh diri pun aku sanggup.

walaupun aku tahu penantian dan kesetiaan aku pada dia tu tak berbaloi, aku tetap tak boleh berhenti.

bukan sebab takut akan ugutan dia, tapi aku takut dengan kelebihan yang dia ada.

yang aku sendiri bagi dia. keyakinan aku ada pada dia. semangat aku ialah dia.

yaa..

sungguh, aku tak yakin dengan diri aku sendiri–

sebab tu aku berikan pada dia. aku perlukan dia.

dia keyakinan aku–

satu - satunya semangat aku.

the bad boy.

really bad boy.

🐣🐣🐣

pakk!

aku tersentak apabila sebuah buku latihan geografi mendarat tepat di atas buku tulisku. aku mendongak untuk melihat siapa pelakunya.

" kau free tak?" soal guanlin sambil menarik kerusi kosong dari meja hadapanku lalu dengan enaknya, punggung syaitonnya itu dilabuhkan di atas kerusi jeongin.

" mak-maksud awak?" guanlin menongkat dagu memandang ke arahku.

" jangan buat - buat tak faham boleh tak? cukup baik aku nak minta kau dengan cara baik. faham - faham ajelah apa yang aku nak."

" kalau kau tak nak buatkan aku boleh je datang rumah kau malam ni. aku tau, parents kau takde kan? bolehlah aku, menyelam sambil minum air–" guanlin tersenyum sinis.

aku meneguk air liur yang terasa kelat. kenapalah aku mesti jumpa dengan jantan jahanam macam dia ni? stress hidup aku dibuatnya!

" jangan ambil masa yang lama untuk berfikir, hong chanmi. masa berjalan–" aku mengeluh.

" ok, saya buat. muka surat?" guanlin tersenyum puas.

" thank, chul sayang. muka surat 23 dan 24. nanti abang bagi awak 'upah' eh.. buat baik - baik–" guanlin terus berlalu pergi meninggalkanku.

aku mencebik, sekarang sayanglah. nanti? kau maki - maki aku?

aku mengeluh. apalah nasib kena jadi hamba tak berbayar dia ni. aku merenung belakang tubuh guanlin yang baru sahaja berlalu ke luar kelas.

[✔] Really Bad Boy ; 라이관린Where stories live. Discover now