twentytwo.gl

33 39 2
                                    

" apa?! tak nak sekolah?!" nak cair tahi telinga aku dengar omma memekik serupa nak kasi namsan tower nun jauh sana tu roboh.

" bukan tak nak sekolah. nak pindah sekolah." jelasku memperbetulkan ayat omma.

" ohh, boleh. nak pindah kat mana, sayang? asalkan kamu sekolah." aku diam cuba berfikir.

" ilsan? chul rindu dengan halmeoni." aku tersenyum lebar mengingatkan suasan kampung ilsan yang sudah hampir 2 tahun aku tinggalkan.

" ilsan? erm, ye lah. nanti omma uruskan eh?" aku mengangguk.

" tapi, chul nak jalan awal. kalau boleh, besok dah nak gerak ilsan. chul rindu yakmat dengan halmeoni-" ujarku memberi alasan.

since appa ada sesuatu yang perlu diuruskan di luar negeri, maka tinggallah aku dengan omma sahaja di rumah besar ni.

aku dapat agak lepas je aku pindah ni mesti omma upah orang gaji-

" ok, sayang, ok. jangan risau nanti omma uruskan." tangan omma lincah menaip di keyboard laptop.

" dan please jangan bagitau apa - apa kat guanlin? ataupun shuhua." omma terdiam.

" kenapa?"

🐣🐣🐣

" huwaa!" aku tersenyum melihatkan suasan di kampung yang aku dah tinggalkan hampir 2 tahun ni.

langsung takde kekurangan malah makin cantik!

" halmeoni! chul dah sampai!" laungku dari luar rumah.

" yaa! kejap halmeoni datang-" pintu slide kayu rumah halmeoni terbuka. aku tersenyum lebar memandang halmeoni sambil mendepakan tanganku.

halmeoni terkedek - kedek berjalan mendapatkanku. tubuhku dipeluknya erat.

" aigoo, makin comel cucu halmeoni sorang ni haa-" punggungku ditepuk - tepuk ramah oleh halmeoni.

" halmeoni pun nampak makin tua." terus halmeoni leraikan pelukan lalu menampar bahuku manja. aku tergelak kecil.

" tak nak ajak cucu halmeoni ni masuk ke?" soalku cuba menyakat.

" takmo. cucu halmeoni ni jahat kata halmeoni makin tua-" jeling halmeoni. aku memuncung.

" ye lah. halmeoni makin lawaa reciks hawau! haa, puas hati?" halmeoni tertawa halus.

" jomlah masuk." lenganku ditarik halmeoni masuk ke dalam rumah.

namun alangkah terkejutnya aku melihatkan seorang remaja lelaki sedang terbongkang di atas sofa ruang tamu halmeoni dengan popcorn berterabur di atas lantai.

" yakwoh, halmeoni! anak sape halmeoni angkut ni ha?! punyalah tak senonoh.." aku menggeleng kesal.

anjing kurap pun reti jaga kebersihan tau-

" budak jiran sebelah. junseo namanya. handsome kan?" aku tergelak kekok.

" hehe, handsome. muka handsome tapi perangai tak hand-" aku terdiam seketika.

kenapa waktu sekarang ni aku mesti teringat dekat guanlin?

" haa, jemputlah duduk. junseo sayang, bangun kejap. halmeoni nak kenalkan cucu perempuan halmeoni kat kamu ni-" tegak terus lelaki bernama junseo itu duduk.

[✔] Really Bad Boy ; 라이관린Where stories live. Discover now